Friday, September 21, 2012

LDK:jual barang, mari seberang


LDK 1
Nama Aktiviti : Jual Barang
Tempoh Masa : 15 minit
Kumpulan Sasaran : 10 hingga 40 orang
Bahan : -

Objektif Aktiviti
  1. Mengalakkan berlakunya komunikasi dikalangan peserta
  2. Mengalakkan sesi suai kenal dalam suasana yang lebih tenang
Langkah Pelaksanaan
  1. Semua peserta diarahkan untuk membuat satu bulatan besar dan di minta untuk memikirkan barangan yang hendak dijual – ( Tidak kira apa jua jenis barang yang hendak dijual )
  2. Fasilitator akan memulakan aktiviti jualan dengan menyebut jualannya, contohnya KAKI BESI, sambil melaungkan jualan, fasilitator akan bergerak mengikut bulatan peserta dengan aksi seperti mengayuh basikal.
  3. Fasilitator akan menyentuh seorang peserta dan peserta yang disentuh itu akan mengantikan tempat fasilitator sebagai penjual barang.
  4. Sama seperti fasilitator, peserta juga akan melakukan perkara yang telah dilakukan oleh fasilitator pada peringkat permulaan lagi.
  5. Begitulah seterusnya sehingga tempoh masa tamat. 

LDK 2
Nama Aktiviti : Mari Seberang
Tempoh Masa : 15 hingga 20 minit
Kumpulan Sasaran : 5 hingga 10 0rang
Bahan : Tali Dan Meja

Objektif Aktiviti
  1. Mengalakkan perkongsian pendapat dan penglibatan secara aktif dari ahli kumpulan
  2.  Memupuk kerjasama dengan ahli kumpulan sewaktu menghadapi tugasan yang melibatkan penglibatan ramai.

Langkah Pelaksanaan
  1. Setiap kumpulan diberikan tali yang telah diputuskan, setiap ahli mesti mempunyai tali.
  2. Kaki meja diikat dengan tali merentasi keempat-empat kaki meja.
  3. Tugas ahli kumpulan, perlu menyambung tali yang ada sepanjang yang mungkin tanpa ada yang terputus.
  4. Cabarannya ialah, tali hendaklah disambung oleh ahli  dibawah meja, dengan syarat ahli kumpulan tidak boleh tersentuh tali yang telah direntangkan di bawah meja.
  5. Sambil menyambung tali, setiap peserta yang talinya telah disambung akan ke sebelah meja, kemudian ahli kumpulan hendaklah menyeberangkan tali tanpa perlu tersentuh dengan tali penghalang.
 created by: kamaliah

No comments:

Post a Comment