Friday, September 21, 2012

LDK: jambatan


TAJUK : “JAMBATAN”
SASARAN : SEMUA PERINGKAT UMUR
OBJEKTIF AKTIVITI :                                                                           
1.    Menggalakkan peserta untuk mengekspresikan diri
2.    Mengeratkan hubungan antara para peserta
3.    Melahirkan kesefahaman dan perpaduan antara peserta
4.    Menyemai semangat bekerjasama dalam kumpulan

PERALATAN :
1.    PVC (panjang = 10 kaki)

JANGKA MASA : 15 – 30 MINIT
LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN:
1.    Para peserta dikehendaki untuk membentuk kumpulan kecil (10 orang)
2.    Semua kumpulan kecil akan dibekalkan sebatang PVC
3.    Kemudian, kumpulan kecil ini akan membuat barisan lurus masing-masing (bahagian bahu bersentuhan)
4.    Setiap peserta dalam kumpulan kecil tersebut akan menggunakan jari telunjuk sahaja untuk memegang (menyangkut) PVC yang telah dibekalkan.
5.    PVC tersebut tidak dibenarkan daripada terjatuh daripada jari setiap ahli dalam kumpulan kecil tersebut
6.    Fasilitator akan menyuruh semua kumpulan kecil untuk turun mencangkung ke bawah bersama – sama ahli kumpulannya masing-masing sambil memegang (menyangkut) PVC di jari.
7.    Kumpulan kecil yang dianggap gagal ialah apabila PVC terjatuh ataupun paras ketinggian tidak sama rata semasa mencangkung untuk turun ke bawah (tidak sekata).

FALSAFAH :
Kepentingan kerjasama dan kesefahaman dalam interaksi lisan mahupun bukan lisan dalam kumpulan (pasukan) amat penting bagi melahirkan pasukan yang berkesan dan mampu mencapai matlamat kerja berpasukan.

 created by: melur

No comments:

Post a Comment