Friday, September 21, 2012

LDK: 3 personaliti


Nama Aktiviti:Ice Breaking 3 Personaliti Diri Anda.

Sasaran:
Dalam aktiviti ice breaking ini 3 personaliti diri anda ini disasarkan kepada kelompok pelajar unit Bimbingan Dan Kaunseling kumpulan 2 yang di ajar oleh cikgu Julianah.Unit bimbingan kumpulan 2 ini terdiri daripada 40orang pelajar, yang terdiri daripada BK1 dan BK2.
Peralatan:
Didalam ice breaking ini saya  menggunakan peralatan kertas mahjung.
Jangka masa /tempoh
Aktiviti ini mengambil masa lebih kurang 40minit untuk 40 0rang pelajar.
Objektif dan Falsafah
1.Kita lebih kenal diri sendiri dan membuat pendedahan kendiri.
2.Lebih kenal dan mesra dengan ahli-ahli kelompok.Ini kerana tidak semua ahli rapat dan mengenali rakan masing-masing dengan lebih mendalam,memandangkan juga kumpulan bimbingan berasingan kelas iaitu dari bk 1 dan bk 2.
3.Memberi focus dan mendengar dengan aktif.

Langkah-langkah:
Langkah1: setiap pelajar akan diarah mencari rakan yang mempunyai saiz kasut yang sama.
Langkah 2:Setelah ahli dapat mengenal pasti rakan yang mempunyai saiz kasut yang sama,mereka akan duduk dalam kumpulan masing-masing.
Langkah 3:Didalam kumpulan itu lah mereka akan meluahkan 3 personaliti masing-masing dan akan menulis personaliti yang sama dengan ahli kelompok dalam kumpulan dan menulisjuga personaliti yang tidak sama.
Langkah 4:Setiap kumpulan akan memilih wakil dari kumpulan untuk membentangkan personaliti ahli kumpulan setelah berbincang dan meluahkan persoaliti diri.

Refleksi
Hasil daripada aktiviti ice-breaking yang dilakukan pelajar dapat mengenali diri dan rakan-rakan dengan lebih dekat lagi dan hubungan diantara pelajar akan lebih mesra.Tambahan pula,tidak semua unit bk1 dan bk 2 kenal diri masing-masing dengan rapat disebabkan kelas yang berasingan.

created by: maznah

No comments:

Post a Comment