Tuesday, January 24, 2012

ULASAN KRITIS (sesi 1, 2 dan 3)

Kaunseling adalah satu proses interaksi yang melibatkan seorang kaunselor dan juga klien. Kaunseling sebenarnya bukan bererti memberi nasihat walaupun terdapat cadangan yang diberikan. Malahan, kaunselor tidak memberi jawapan secara langsunng kepada semua persoalan klien tetapi mencari jawapan bersama.

Kaunseling adalah proses pertolongan yang profesional yang bertujuan membantu individu memahami dirinya dan alam sekelilingnya. Kaunselor akan mengembangkan pemikiran, menstabilkan perasaan dan mengubah tingkah laku klien kepada yang lebih diterima. Kaunselor juga menitikberatkan faktor kerahsiaan, Kaunseling juga memberi fokus kepada kemahiran membuat keputusan dan pengurusan masalah. Adalah menjadi tugas kaunselor menimbulkan pilihan yang dpat membantu klien menyelesaikan permasalahan dan membuat keputusan di tangan klien itu sendiri.

Situasi klien
Klien merupakan murid tahun 3 di Sk Malangan Baru. Dia tinggal bersama ayah, emak dan adiknya di Kiulu. klien tidak menyukai kawan-kawan sekelasnya yang suka mengganggunya.. Perasaan tidak senang hati ini akan terbawa-bawa ke rumah dan sering teringat akan sikap rakan-rakan sekelasnya hinggakan mengganggu dia belajar. Menurut klien, dia pernah diganggu dan dikacau oleh kawan-kawannya. Walau nagaimana pun klien tidak mengetahui mengapa kawan-kawanya sering mengganggunya. Walaupun klien tidsak suka diganggu kadangkala sebenarnya klien juga suka mengganggu kawan-kawanya didalam kelas. Tingkah laku yang ditunjukkan bertentangan dengan apa yang telah duinyatakan oleh klien. Klien sering menyalahkan orang lain, sedangkan kesalahan dirinya sendiri dia tidak Nampak.


Matlamat kaunselor menjalankan sesi kaunseling individu
Kaunselor telah menetapkan supaya klien menghargai diri dan orang lain. 3 sesi diatas adalah antara klient yang telah menjalankan sesi bersama saya semasa menjalankan latihan praktikum di sekolah. Pada asasnya klient menyatakan tidak mempunyai sebarang masalah. Tetapi klient ketika dikelas menunjukkan masalah tingkah laku menyebabkan dia menjalankan sesi kaunseling individu. Pada sesi yang pertama saya telah membina hunungan dengan klient dengan melihat persekitaran hidupnya samaada mempengaruhi kehidupannya atau pun tidak. Saya telah member tugasan melukis isi rumahnya dan klient telah melukis gambar bapa. Emak, adik, dirinya,datuk dan neneknya. Ini menunjukkan klient dikelilingi dengan kasih saying dan asalah bukan berpunca daripada rumah.

Selain itu klien juga ada mengakui bahawa diganggu kawan dan dia juga ada mengganggu norang lain. Klient telah dirasionalkantentang tingkahlakunya itu dan dapat menerima dengan baik. Selain itu nproses penerokaan agak kurang berjalan lancar kerana klien tidak mahu berkongsi banyak perkara dan setiap persoalan hanya dijawab dengan perkatan tidak tahu.

Dalam sesi yang kedua saya banyak meneroka berkaitan dengan kawan-kawan klien. Memang kawan banyak mempengaruhinya sama ada di dalam kelas ataupun di luar kelas. Berdasarkan sesi, kawan baiknya mempunyai tingkah laku yang hampir sama. Maka tidak hairanlah klient mempunyai tingkah laku seperti itu. Walaubagaimanapun klient mempunyai sifat sangat sayangkan keluarganya. Sikap ini amat tinggi didalam diri klien. Saya berasa bangga kerana klien sentiasa ingat tentang ibu bapanya dan bersedia membantu mereka dalam menjalankan jkerja rumah.

Teori yang diaplikasikan dalam sesi ini adalah teori pemusatan insan. Teori pemusatan insan ini diperkenalkan oleh CARL R.ROGERS(1902-1987 )yang berfokus kepada klien. Rogers melihat ahli-ahli terapi hanya bertindak sebagai penyedia kepada perkembangan peribadi seseorang.Beliau menenkankan kepada individu sebagai klien yang mana dianggapnya mempunyai banyak pengalaman sendiri dan berguna untuk diketahui bersama. Mengikut Rogers sejak bayi pengalaman dianggap sebagai kebenaran dan kenyataan. Bayi dikatakan menilai pengalamannya sebagai sudahkah dia memenuhi keperluan untuk kesempurnaan kendirinya ,apabila manusia berinteraksi dengan alam persekitaraan dan belajar tentang dirinya maka konsep kendiri semakin berkembang. Fitrahnya manusia mahu disukai dan dikasihi oleh orang lain.Manusia mengejar penghargaan kendirinya.Kemahuan terhadap penerimaan dan kendiri yang positif individu akan membina suatu keadaan yang baik dan tingkahlaku yang baik.

Antara kemahiran yang biasa digunakan dalam sesi ialah kemahiran mendengar, refleksi isi/perasaan, parafrasa, peneguhan minima, dan soalan-soalan terbuka. Mendengar disini merujuk kepada mendengar secara aktif dan memerhati,menerima dan memahami mesej yang disampaikan oleh klien sama ada secara lisan/bukan lisan /jelas/kabur manakala refleksi isi pula berlaku apabila kauselor memberi tumpuan kepada kandungan fakta yang disampaikan oleh klien . seperti refleksi isi, pemfokusankepada perasaan atau emosi klien yang dilahirkan secara lisan atau tidak merujuk kepada refleksi perasaan.

Sama juga seperti sesi kedua, dalam sesi ketiga klien masih menjawab tidak tahu atau tiada jika ditanyakan soalan. Maka teknik yang saya gunakan ialah memberi tugasan. Saya telah memberi tugasan supaya klien melukis diatas kerjas. Dengan itu akan lebih banyak soalan yang akan ditanya dan klien akan menjawab. Amat besar harapan saya agar klient dapat mengekalkan perubahan yang telah dialami dan ia bukan bersifat sementara. Saya juga berharap segala bimbingan yang saya telah berikan akan member kesan kepada masa depan klient.

Verbatim daripada sesi kaunseling individu (SESI 3)

Kaunselor : selamat pagi Acher….-membinsa hubungan
Klien : selamat pagi cikgu.
Kaunselor : sekarang kita masuk sesi kaunseling individu yang ketiga
Klien : ok….
Kaunselor : ok…. Sesi ketiga cikgu akan membuat penamatan sesi., cikgu nak
ingatkan balik apa peraturan dan peranan dalam sesi kaunseling.
Yang pertama berkaitan apa peranan cikgu dan apa peranan
Acher. Cikgu akan banyak bertanya soalan dan Acher akan banyak
menjawab soalan atau bercerita kepada cikgu. Kedua adalah
berkaitan kerahsiaan, apa sahaja yang kita bualkan disini Acher
tidak boleh cerita dengan orang lain. Sebelum cikgu menanatkan
sesi cikgu mahu tahu apa perasaan Acher sepanjang mengikuti
sesi bersama cikgu.-penstrukturan
Klien : gembira…..
Kaunselor : lagi… selain gembira?
Klien : rasa semangat….
Kaunselor : apa yang membuatkan Acher rasa bersemangat?
Klien : kerana saya dapat belajar….
Kaunselor : apa yang Acher belajar?
Klien : Bahasa melayu, muzik dan matematik
Kaunselor : sekali lagi cikgu beri peluang kepada Acher untuk apa yang Acher
mahu cakap?
Klien : tiada…..
Kaunselor : ok… cik mahu mengucapka terima kasih kerana mengikuti sesi
kaunseling dan menepati masa. Cikgu harap Acher akan belajar
bersungguh-sungguh kerana pendidikan akan mengubah hidup
kita, sekali lagi cikgu Tanya, ada apa-apa yang mahu Acher
cakap?-merumus
Klien : tiada
Kaunselor : kalau tiada Acher boleh balik ke kelas dan kita tamatkan sesi disini.
Ingat semua pesan cikgu dan belajar bersungguh-sungguh.

Verbatim daripada sesi kaunseling individu (SESI 2)

Kaunselor : ok Acher…. Boleh kita mulakan sekarang?
Klien : boleh….
Kaunselor : selamat pagi Acher….-membina hubungan
Klien : selamat pagi cikgu.
Kaunselor : sekarang kita masuk sesi kaunseling individu yang keberapa?
Klien : kedua….
Kaunselor : ok…. Sesi kedua, cikgu nak ingatkan balik apa peraturan dan
peranan dalam sesi kaunseling. Acher masih ingat lagi?-meminta
penjelasan
Klien : tidak….
Kaunselor : ok…. Yang pertama berkaitan apa peranan cikgu dan apa peranan
Acher. Cikgu akan banyak bertanya soalan dan Acher akan banyak
menjawab soalan atau bercerita kepada cikgu. Kedua adalah
berkaitan kerahsiaan, apa sahaja yang kita bualkan disini Acher
tidak boleh cerita dengan orang lain. Termasuk kawan-kawan
Acher di kelas. Boleh?-penstrukturan
Klien : boleh.
Kaunselor : Acher masih ingat apa yang kita sudah buat semasa sesi 1 dulu?
Klien : tidak cikgu…..
Kaunselor : ok… hari ini ada apa-apa yang Acher mahu berkongsi dengan
cikgu?
Klien : tak tahu……
Kaunselor : kelas Acher hari ini macam mana?
Klien : okey-okeylah….
Kaunselor : okey macam mana tu?-kemahiran menyoal
Klien : banyak kawan… seronok dan boleh bermain……….
Kaunselor : bermain??? Maksudnya Acher di kelas bermain la…..
Klien : tidaklah… belajar.
Kaunselor : sebelum ni Acher ada kelas apa?
Klien : Pendidikan moral.
Kaunselor : siapa yang ajar Pendidikan Moral?
Klien : Cikgu Muhini.
Kaunselor : Apa yang cikgu Muhini ajar dalam Pendidikan Moral?
Klien : emmmm………….. orang yang tidak menerima upah.
Kaunselor : macam mana tu?-meminta penjelasan
Klien : contohnya nenek minta tolong angkat barang, tidak perlu minta
upah la.
Kaunselor : apa yang cikgu muhini ajar Acher ada buat?
Klien : ada…..
Kaunselor : ada??? Buat apa?
Klien : emmmm…. Tulis ayat di papan putih.
Kaunselor : jadi apa yang cikgu Muhini ajar…. Kalau kita buat sesuatu tidak
perlu minta upah, betul?
Klien : iya….
Kaunselor : Acher pernah buat sesuatu di rumah kemudian minta upah?
Klien : ada…. Tapi kadang-kadang tidak.
Kaunselor : yang ada tu Acher minta upah macam mana?-kemahiran menyoal
Klien : saya tidak minta…. Tapi diberi….
Kaunselor : tidak minta….. habis siapa yang bagi?
Klien : nenek dan emak.
Kaunselor : nenek dan emak…… jadi kalau di kelas siapa yang paling rapat
dengan Acher?
Klien : emmmm….. Angel, Saufi dan Benny…
Kaunselor : Anggel anak cikgu Dalita ya….. kawan yang paling tidak rapat
dengan Acher siapa?-meminta penjelasan
Klien : Dell……….
Kaunselor : Dell???
Klien : Dell, Dodi dan Angelina…
Kaunselor : kenapa tidak rapat dengan mereka?
Klien : habis mereka menipu…. Saya tidak suka orang yang menipu-
pendedahan kendiri.
Kaunselor : Oooo…….. Acher tidak suka orang yang menipu….
Klien : iya…. Mereka juga suka membuli cikgu…..
Kaunselor : siapa yang mereka buli?
Klien : saya dan orang lain. Kalau sudah siap kerja mereka akan
mengacau….
Kaunselor : mereka buli macam mana?
Klien : kadang-kadang ada tumbuk… ada tendang…
Kaunselor : itu buli la…. Kacau macam mana?
Klien : ada…. Mereka kacau lagi kawan yang belum siap kerja.
Kaunselor : ahaaaaa…. Apa Acher buat kalau di buli dan di kacau?
Klien : bagitahu cikgu….. guru besar….
Kaunselor : bagitahu cikgu….. siapa yang Acher bagi tahu?
Klien : kadang-kadang bagitahu…. Kadang-kadang tidak.
Kaunselor : itulah sebabnya Acher tidak rapat dengan tiga orang tu….
Klien : Aaa….
Kaunselor : jadi, selain dari 3 orang di kelas….. siapa lagi yang Acher tidk rapat di sekolah ni?
Klien : Jason…..
Kaunselor : Jeson tahun berapa?
Klien : emmm…… td dia kacau saya…..
Kaunselor : kacau???
Klien : dia tumbuk saya…..
Kaunselor : tumbuk??? Tumbuk dimana?
Klien : disini (menunjukkan bahunya)
Kaunselor : lepas itu?
Klien : dia tendang kayu, papan di sekolah yang sudah rosak. Nasib baik
tidak berlubang.
Kaunselor : Acher tahu kenapa dia menumbuk?
Klien : tidak….
Kaunselor : tidak? Acher tidak Tanya dengan Jason?
Klien : malas mahu kawan dia.
Kaunselor : tapi Acher kena Tanya la dia kenapa buat macam itu….. untuk
yang akan datang Acher Tanya dia boleh? Macam mana Acher
mahu Tanya?
Klien : emmm….. Jason kenapa kau tumbuk saya???
Kaunselor : boleh ke macam tu?
Klien : boleh…..
Kaunselor : ok….. sekarang Acher bayangkan cikgu adalah Jason…. Cuba
Tanya kenapa Jason tumbuk Acher?
Klien : Jason pukul dan cubit saya….
Kaunselor : ahaaa… jadi apa Acher buat? Acher ada ganggu orang lain?
Klien : tidak…. Kadang-kadang sahaja.
Kaunselor : kadang-kadang sahaja…… kadang-kadang tu gangu siapa?
Klien : Crystal dan kris
Kaunselor : Apa yang Acher kacau?
Klien : saya pegi tarik rambut dan tutup telinga mereka.
Kaunselor : jadi apa yang mereka buat?
Klien : mereka pukul saya balik……..
Kaunselor : kenapa Acher suka sangat berkawan dengan Banny dan Saufi?
Klien : mereka suka bagi pinjam basikal kepada saya.
Kaunselor : Acher ada basikal?
Klien : tiada…… belum beli lagi
Kaunselor : dimana selalunya Acher main basikal?
Klien : di padang Kg Ramadan…….
Kaunselor : ok… Acher ada apa-apa mahu deceritakan?
Klien : tiada………….
Kaunselor : kalau tiada cikgu ada tugasan untuk Acher, lukis gambar kawan
baik Acher. Bolehkan…
klien : (melukis gambar Saufi dan Benny)
Kaunselor : tulis nama pada gambar tu sekali.
Klien : Aaa…..

Verbatim daripada sesi kaunseling individu (SESI 1)

Kaunselor : Selamat pagi Acher.- membina hubungan
Klien : Selamat pagi.
Kaunselor : Cikgu akan memperkenalkan diri, nama cikgu ialah Cikgu Othman.
Klien : Nama saya Acher
Kaunselor : Ok, sekarang kita akan berada dalam sesi kaunseling individu yang
pertama untuk Acher. Cikgu akan terangkan apakah peraturan
semasa sesi kaunseling. Pertama, apa peranan Acher dan apa
peranan Cikgu? Cikgu berperanan akan banyak bertanya soalan
dan Acher akan banyak menjawab soalan dan bercerita kepada
cikgu. Kedua, didalam sesi kaunseling kita ada kerahsiaan, apa
sahaja perbualan kita disini perlu dirahsiakan. Kecuali apa yuang
Acher ceritakan melibatkan orang ketiga. Contohnya Acher
bercerita kepada cikgu mahu mencederakan seseorang didalam
kelas, maka cikgu boleh melanggar etika kerahsiaan kita, Acher
boleh faham? Untuk sesi ini cikgu minta kebenaran Acher untuk
membuat rakaman suara sepanjang sesi, pertama cikgu mahu
Acher perkenalkan diri kepada cikgu. -Penstrukturan
Klien : Nama saya Aher, hobi saya bermain basikal, saya suka membaca
buku. Saya tinggl 4 orang didalam keluarga iaitu saya, adik, bapa
dan emak. Saya saying dengan keluarga saya. Bapa saya berniaga
dan emak saya tinggal di rumah.
Kaunselor : Sepanjang cuti sekolah selama seminggu, apa yang Acher buat di
rumah?-kemahiran menyoal
Klien : ada membaca, menulis, tengok tv dan pergi kerumah kawan. Ada
juga pergi tengok adik memancing.
Kaunselor : Ahaaaaa………… tengok sahaja adik memancing? –dorongan
minima
Klien : ya. Tengok sahaja.
Kaunselor : selalunya Acher pergi tengok adik memancing dengan siapa? –
kemahiran menyoal
Klien : dengan pak cik dan bapa.
Kaunselor : jadi kebiasaannya ada orang dewasalah……………. Kalau dirumah
Acher rapat dengan siapa?
Klien : rapat dengan adik.
Kaunselor : jadi…. Untuk sesi kita yang pertama ini Acer ada apa-apa mahu
cerita dengan cikgu? Cikgu mahu Acher faham bahawa sesi
kaunseling bukan untuk orang yang menghadapi masalah sahaja,
orang yang tidak menghadap masalah juga boleh datang.-
membuat interpretasi
Klien : tiada cikgu.
Kaunselor : sepanjang cuti sekolah Acher ada keluar dari Malangang?
Contohnya pergi makan angin atau berjalan-jalan.
Klien : ada…. Pergi ke Kampung Tombong.
Kaunselor : apa yang ada disana?
Klien : kerbau…
Kaunselor : maksud cikgu, apa yang menarik ada disana.
Klien : emmm…. Menarik dapat bermain dengan kawan.
Kaunselor : emmm… dapat bermain dengan kawan……. Siapa kawan-kawan
Acher yang ada disana? - parafrasa
Klien : Dody, Malory, Sheldon, Leo, Banny dan Kenneth…..
Kaunselor : Emmmm….. ok…. Sekali lagi cikgu mahu Tanya Acher, ada apa-
apa mahu dikongsi hari ini?
Klien : aaaa……….aaaaaaa……..
Kaunselor : apa-apa sahaja yang acher mahu cerita….. macam mana di kelas
Acher?- kemahiran menyoal
Klien : Dikelas semua okey cikgu.
Kaunselor : di kelas, dengan siapa Acher paling rapat?
Klien : emmm….. Banny dan Saufi….
Kaunselor : Ooooo….. itu kalu di kelas, kalau di sekolah ini?
Klien : Doti, Dell, Nell, Banny dan Saufi.
Kaunselor : semua tu tahun 3, betul? Kamu semua satu kampung ke?
Klien : Saya, Doti dan Saufi sama kampung. Dell dan nell kampung lain.
Kaunselor : Ooooo….. Acher anak keberapa dalam keluarga?
Klien : anak pertama.
Kaunselor : Ahaaa…. Anak pertama…. Jadi adik?
Klien : anak kedua, umur tujuh tahun.
Kaunselor : tahun 1 la….. siapa adik Acher?
Klien : Easter, tahun satu.
Kaunselor : Ooooo…… Acher hanya ada 2 orang adi beradik, maknanya
dan bapa Acher masih muda lagi betul? – kemahiran mendengar
Klien : Masih muda…
Kaunselor : Oooo….. Emak bekerja?
Klien : Emak jururawat di KK
Kaunselor : Jadi, kalau Acher pulang dari sekolah, siapa yang ada dirumah?
Klien : Datuk, nenek dan pak cik.
Kaunselor : Datuk, nenek dan pakcik tinggal sekali bersama Acher?
Klien : haah…
Kaunselor : bermakna di rumah Acher ada ramai la?
Klien : Aaa….
Kaunselor : kalau waktu lapang, Acher suka buat apa?
Klien : Bermain game.
Kaunselor : Game apa tu?
Klien : PSP.
Kaunselor : PSP….. game apa tu?
Klien : Play Station…
Kaunselor : Ooooo….. Play Station…. Pakai CD ke game tu?
Klien : tidak, yang kecil tu cikgu.
Kaunselor : emmm…. Mini PSP la tu….. siapa yang belikan game tu?
Klien : Pak cik.
Kaunselor : Pak cik…… mahal ke game tu?
Klien : tak tahu…. Pak cik cakap RM1,000.
Kaunselor : Pak cik bagi hadiah pada Acher ke apa game tu?-kemahiran
menyoal
Klien : Dia bagi pinjam sahaja..
Kaunselor : Ehemm…… bagi pinjam sahaja…. Game apa yang Acher suka
main?- parafrasa
Klien : Game lawan padang.
Kaunselor : macam mana game tu? Boleh cerita dengan cikgu?
Klien : Olympus nama game tu.
Kaunselor : macam mana peraturan main game tu?
Klien : kalu padang tekan tiga segi, kalau mahu lompat tekan S.
Kaunselor : ehemmmm….- dorongan minima
Klien : tekan l dan R kalau mahu naik tinggi
Kaunselor : ehemmmmm….. sewaktu awal-awal td Acher ada cakap sayang
sangat dengat emak dan bapa kn?- refleksi perasaan
Klien : Betul….
Kaunselor : Apa yang membuatkan Acher sayang sangat dengan mereka?
Klien : bapa saya belikan basikal dan emak saya belikan mainan.
Kaunselor : sebab itu sahaja?
Klien : mereka tolong saya dan bagi duit dengan saya.
Kaunselor : ehemmm…… kalau Acher ambil duit dari bapa dan emak…. Acher
kena buat apa?- menyemak persepsi
Klien : tolong bapa cuci kereta di sungai.
Kaunselor : bapa bagi berapa selalunya?
Klien : RM 1
Kaunselor : RM 1….. lagi….
Klien : tolong emak masak juga ada. Dapat lagi RM 1 dan saya simpan di
dalam tabung.
Kaunselor : tabung…… besar tabung Acher?
Klien : besar sikit.
Kaunselor : Besar sikit? Buat atau beli tabung tu?
Klien : beli…..
Kaunselor : Acher pernah kira ada berapa duit dalam tabung tu?
Klien : sudah banyak sekarang. Saya tidak tahu ada berapa.
Kaunselor : kalau tabung tu sudah penuh, dimana Acher simpan duit?
Klien : Sembunyi dalam almari.
Kaunselor : tidak hilang ke simpan dalam almari? Mana tahu adik ambil ke…..
Klien : tidaklah…..saya kunci.
Kaunselor : jadi…. Acher sayang dengan emak dan bapa sebab mereka bagi
duit dengan Acher….. dan beli mainan. Acher biasanya main
dengan siapa?- konfrantasi
Klien : dengan Adik….
Kaunselor : adik Acher lelaki atau perempuan?
Klien : perempuan…
Kaunselor : Oooo…. Jadi dalam keluarga Acher siapa yang paling Acher
sayang?
Klien : semua…..
Kaunselor : memang la sayang semua, tapi mesti ada yang paling acher
sayang….. contohnya Acher suka cerita masalah kepada orang
tu….. -konfrantasi
Klien : emmm….. emak, datuk, nenek dan bapa….
Kaunselor : bermakna orang yang paling Acher sayang emak la….Emak Acher
pergi kerja pukul berapa?-refleksi makna
Klien : pukul 6…
Kaunselor : maknanya emak Acher pergi kerja…. Acher masih belum pergi
sekolah.
Klien : belum…
Kaunselor : Siapa yang hantar Acher pergi sekolah?-kemahiran menyoal
Klien : jalan kaki sahaja.
Kaunselor : rumah Acher dekat dengan sekolah?
Klien : jauh….
Kaunselor : Acher jalan kaki sorang-sorang?
Klien : Tidak….. adik dan kawan-kawan….
Kaunselor : Emak Acher balik kerja pukul berapa?
Klien : pukul 4 atau pukul 6 petang. Ada juga kadang-kadang pulang awal
macam pukul 2.
Kaunselor : kebiasaannya emak Acher pulang awal atau lewat?
Klien : Awal sikit…
Kaunselor : Awal sikit tu macam mana?-meminta penjelasan
Klien : Awal yang terlampau, tapi bukan terlampau.
Kaunselor : ehaaa…… bermakna kalau makan tengahari emak akan masak di
rumah kalau pulang awal……
Klien : Haah…. Saya selalu minta emak nasi kuning tu.
Kaunselor : selalunya makan sama-sama atau sendiri-sendiri?
Klien : kami makan ramai-ramai… saya, adik, bapa dan emak.
Kaunselor : ehemmmm…. Jadi datuk, nenek dan pak cik?
Klien : mereka makan diluar.
Kaunselor : macam mana pula dengan makan malam?
Klien : makan sama-sama juga.
Kaunselor : maknanya datuk, nenek dan pak cik pun ada sekali?-refleksi
makna
Klien : Aaa….
Kaunselor : kebiasaannya berdoa dulu sebelum makan?
Klien : Aaa…. Datuk yang selalu baca doa.
Kaunselor : Datuk baca doa macam mana?
Klien : macam biasa la…
Kaunselor : cikgu mana biasa tu….. boleh Acher baca doa macam datuk acher
baca?
Klien : boleh…. Tuhan berkatilah makanan ini kerana makanan ini akan
buat kami sihal. Amen…..
Kaunselor : kenapa bukan Acher yang baca doa sebelum makan?
Klien : saya belum tahu cikgu…-pendedahan kendiri
Kaunselor : tadi tu yang Acher baca?
Klien : tadi tu pendek saja cikgu….
Kaunselor : disebabkan Acher anak lelaki dalam keluarga, selepas ini Acher
yang baca doa. Boleh?
Klien : emmm…. Boleh.
Kaunselor : ok…. Sekarang cikgu ada satu tugasan mahu Acher buat…. Cikgu
akan bagi Acher satu kertas kosong, kemudian Acher lukis gambar
keluarga Acher. Siapa yang tinggal di rumah Acher….. Acher
pandai melukis?
Klien : pandai…….
Kaunselor : Cikgu bagi sedikit masa dengan Acher untuk melukis. Acher ada
bawa pensil?
Klien : ada….
Kaunselor : cikgu bagi masa dalam 10 minit, kalu tidak cukup nanti cikgu
tambah masa.
Klien : (Klient melukis seperti yang disuruh oleh kaunselor)
Kaunselor : boleh Acher terangkan apa yang Acher lukis?
Klien : Ini emak, ini bapa, ini adik, ini saya, ini rumah saya dan kereta
bapa saya.
Kaunselor : eh…. Dimana datuk, nenek dan pakcik?
Klien : Di dalam rumah….-meminta penjelasan
Kaunselor : Oooo…. Didalam rumah…… di rumah Acer ada 7 orang
semuanya, betul?
Klien : Aaa…..
Kaunselor : Acher ingat siapa jiran-jiran Acher?
Klien : satu sahaja.
Kaunselor : satu sahaja??? Daripada gambar ini rumah Acher besar ke?
Klien : kecil sahaja, ada 4 bilik. Saya ada bilik sendiri. Nenek dan datuk
kadang-kadang tidur di bilik saya.-meminta penjelasan
kaunselor : ini gambar apa?
Klien : matahari
Kaunselor : maknanya ini waktu siang la.
Klien : iya…… pak cik tu adik beradik dengan emak saya.
Kaunselor : sudah ada uban ke rambut datuk dan nenek?
Klien : ada… banyak. Tapi nenek ada sikit sahaja.
Kaunselor : cikgu suruh Acher lukis gambar keluarga supaya cikgu dapat
tengok Acher tinggal dengan siapa dengan lebih jelas. Jadi lukisan
ini cikgu simpan boleh?-merumus
Klien : boleh…..
Kaunselor : jadi kalau Acher tiada apa-apa mahu di cakapkan lagi, cikgu
ingatkan sekali lagi peraturan kita iaitu berkaitan kerahsiaan dan
apa peranan cikgu dan apa peranan Acher. Acher cerita sahaja
kalau ada apa-apa. Cikgu tidak akan cerita pada orang lain. Ada
apa-apa lagi?-penstrukturan.
Klien : tiada…..
Kaunselor : kalau tiada apa-apa…. Acher boleh balik ke kelas.

Kemahiran Dalam Sesi Kaunseling

Kaunselor yang ingin memberikan perkhidmatan kaunseling yang baik perlu menguasai serta menggaplikasikan beberapa kemahiran-kemahiran asas kaunseling/membantu. Kecekapan menguasai kemahiran-kemahiran ini sangat berguna ketika berhadapan dengan klien yang berada dalam ketidakseimbangan emosi dan psikologi.

Prof Datin Dr Aizan(2002) menyatakan antara kemahiran yang asas dalam membantu adalah kemahiran membina perhubungan, kemahiran menggalakkan klien bercakap, kemahiran membalas, kemahiran penstrukturan, kemahiran menyoal, kemahiran parafrasa, kemahiran mendengar, kemahiran memimpin secara langsung, kemahiran berkomunikasi, kemahiran melakukan dorongan minima, kemahiran membuat refleksi perasaan, kemahiran membuat interpretasi, kemahiran membuat klarifikasi, kemahiran meneroka, kemahiran pemfokusan, kemahiran mencabar, kemahiran berempati, kemahiran menghadapi kesenyapan, kemahiran mengetahui teori dan teknik-teknik kaunseling, kemahiran memberi maklumat, kemahiran merumus, kemahiran meninjau klien, kemahiran konfrontasi dan kemahiran menyemak persepsi.

Sebelum sesi kaunseling dimulakan, kaunselor seharusnya menyemak rekod-rekod klien untuk mendapatkan maklumat yang dianggap berguna. Kaunselor juga harus menyemak diskripsi tugas klien. Ini mungkin berguna untuk membantu dalam menilai prestasi dan proses membina matlamat kemudian nanti. Selain itu, kaunselor juga hendaklah menyediakan tempat dan masa yang sesuai untuk berbincang tanpa banyak gangguan.

Seterusnya dalam satu sesi kaunseling yang berjaya, kaunselor haruslah cuba menjadikan klien berasa selesa pada awal setiap sesi. Nyatakan sebab pertemuan dengan jelas, sambil menekankan yang kaunselor berasa prihatin dengan keadaan yang dihadapi oleh klien dan bersedia memberikan bantuan. Jika tidak klien akan berasa terancam dan menjadi defensif

(a) Membina hubungan
Merupakan langkah yang paling awal dalam sesi kaunseling. Tujuannya adalah untuk membina perhubungan yang mesra, saling mempercayai dan rasa selamat antara kaunselor dan klien supaya klien sedia berbincang. . Kaunselor mesti membina suasana sekeliling dan tingkah laku yang meyakinkan dan menunjukkan kemesraan dengan klien. Dalam kemahiran ini terdapat beberapa sub kemahiran asas seperti membina suasana alam sekeliling, suasana terapeutik, ruang untuk berkomunikasi, penampilan diri, ekspresi muka, kontak mata, pergerakan tangan dan kaki, nada suara, senyuman dan akhir sekali cara cara duduk dalam kaunseling. Kemahiran ini digunakan oleh kaunselor untuk membawa klien menghadapi realiti dengan cara menyelaraskan mental, emosi, tingkah laku, komunikasi lisan dan bukan lisannya. Dalam sesi kaunseling, ekspresi muka dapat membantu menerangkan erti mesej yang hendak disampaikan.
Oleh itu, adalah penting bagi para kaunselor mempamerkan ekspresi muka atau wajah yang dapat menyakinkan klien. Wajah atau mimik muka adalah hasil kombinasi daripada sinaran atau pandangan mata, kedutan dahi, muka dan hidung dan riak yang lahir daripada muka semasa berinteraksi. Antara aspek yang ditekankan ialah

1. Pembentukan suasana yang kondusif.
Pembentukan suasana yang kondusif merujuk kepada keselesaan bagi klien dan kaunselor. Keselesaan ini di khusukan kepada bebas dari gangguan seperti bau, bising, dan kedudukan perabut, susun ataur kerusi, dan pandangan yang tidak menghalang klien dari melihat kaunselor.

2. Pembentukan suasana yang teraputik.
Bagi pembentukan suasana yang teraputik pula, setelah suasana yang kondusif dipenuhi, suasana yang aman dan tenang tampa ganguan akan wujud dengan sendirinya, suasana aman dan tenang ini membolehkan perbincangan, penghayatan perasaan dan penglahiran idea tampa rasa terancam, suasana ini adalah suasana yang teraputik.

3. Jarak(Ruang untuk komunikasi).
Jarak dalam konteks ini merujuk kepada kedudukan klien dan kaunselor, jarak tidaklah harus jauh dan terlalu dekat, jarak yang ideal ialah1-1.5 meter, pada jarak ini segala bentu komunikasi dapat diperhatikan oleh kedua-dua pihak, dengan itu proses interpretasi dapat dilakukan dengan jayanya.

4. Penerimaan tampa syarat.
Merujuk kepada penerimaan tampa syarat oleh kaunselor terhadap klien.

5. Personaliti dan gesture kaunselor.
Kaunselor haruslah menampilkan imej yang kemas bagi mencipta keyakinan klient, gesture badan kaunselor juga amat penting bagi membina interpretasi yang baik dimata klien.

Contoh :
Kaunselor : Apa khabar hari ini?
Klien : Baik
Kaunselor : Terima kasih kerana sudi datang untuk sesi kaunseling
Klien : Sama-sama

(b) Mendengar dengan aktif
Merupakan satu kemahiran yang paling asas dan penting dalam sesi kaunseling. Dalam hal ini, kaunselor perlu lebih banyak meluangkan masanya mendengar daripada menyampuk percakapan klien. Untuk benar-benar memahami apa yang telah diperkatakan oleh klien, kaunselor perlu memberikan tumpuan dan pemerhatian yang sepenuhnya untuk mendengar semua percakapan klien tersebut. Selain dari tutur kata, gerak geri (body language) klien semasa bercakap juga patut dilihat dan didengar sama. Segala tingkah laku klien itu turut memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan makna sesuatu pengucapannya itu. Pemahaman yang tepat hanya akan diperolehi dengan adanya pendengaran yang baik. Di dalam konteks kaunseling, terdapat beberapa perkara yang perlu di dengar iaitu isi kandungan yang diperkatakan, perasaan yang dilahirkan melalui tingkah laku tanpa lisan dan juga mendengar perasaan yang dinyatakan.
Mendengar adalah berkait rapat dengan memberi perhatian. Brammer (1973) merumuskan : tampa perhatian, mendengar sahaja tidak akan membawa kepada kefahaman, maka komunikasi tidak wujud. Mendengar dengan aktif amat penting dalam setiap tahap kaunseling, pentingnya mendengar secara aktif kereana ianya melibatkan tiga kompenen iaitu kontak mata, gaya mendengar, dan respon, ketiga kompenen ini menunjukkan tindakan memberi perhatian dengan aktif ataupun mendengar dengan aktif.

Contoh:
Kaunselor : tadi kamu ada menyatakan saying dengan emak kamu? Betul…..
Klien : iya….. saya ada cakap begitu tadi.

(c) Dorongan minima
Dorongan minima adalah kemahiran yang digunakan oleh kaunselor bagi menggalakkan klien meluahkan isi hati mereka. Ia membolehkan klien rasa bahawa kaunselor sedang mendengar dan menumpukan perhatian terhadapnya apa yang diceritakan oleh klien. Contoh dorongan minima menganggukkan kepala, senyuman, wajah yang tenang atau menggunakan separa bahasa seperti ‘Mmm! Mmm!, Hmm! Hmm!.
Klien : saya merasakan diri saya sudah tidak suci lagi….
Kaunselor : hmmm…. (sambil mengangguk kepala)

(d) Pendedahan Kendiri
Kaunselor menggunakan kemahiran ini apabila dia berhajat untuk mendapat klien berkongsi sesuatu maklumat dengannya. Matlamat yang didedahkan hendaklah bersesuaian dan berfungsi. Maklumat yang boleh menyebabkan klien berasa rendah diri atau kurang cekap hendaklah dielakkan. Pendedahan kendiri disini merujuk kepada mendedahkan perihal peribadi kepada oaring lain, dalam erti kata lain menceritakan kisah peribadi bagi tujuan untuk difahami dan dibantu atau hanya satu bentuk perkongsian. Pendedahan kendiri boleh juga melibatkan kaunselor, dimana menceritakan kisah kaunselor dari segi pengalaman.

Contoh :
Klien : Cikgu, saya selalu bergaduh dengan rakan sampai muka saya jadi
lebam
Kaunselor : Kawan cikgu dulu pun bertumbuk sampai lebam dan ada lagi yang
sampai masuk hospital sebab luka

(e) Kemahiran Menyoal
Dalam peringkat penerokaan, soalan terbuka amat digalakkan iaitu soalan yang tidak memerlukan jawapan yang khusus. Manakala, soalan tertutup hanya digunakan pada situasi yang sesuai tetapi harus dielakkan supaya klien aktif meluahkan masalahnya. Namun begitu, ada kalanya pertanyaan atau pun soalan langsung tidak mendapat sebarang jawapan. Oleh yang demikian, soalan yang hendak ditanyakan biarlah sesuai, mudah difahami dan menyenangkan klien menjawab dengan rela.
Soalan tertutup:
Soalan tertutup merujuk kepada menghadkan jawapan kepada satu atau beberapa perkataan sahaja, dan jawapan ini memberikan jawapan yang khusus. Soalan tertutup bertujuan untuk mendapatkan kepastian bagi sesuatu fakta.

Soalan terbuka:
Soalan terbuka ini bertujuan untuk menjemput perbincangan, perjelasan, dan huraian yang panjang lebar, ia tidak memerlukan jawapan yang khusus.
Soalan terbuka juga penting dalam menggalakkan penerokaan serta memberikan ruang kepada klien meluahkan perasaan mengikut arah yang dipilihnya sendiri tanpa dikhususkan oleh kaunselor, dimana klien yang mengawal rundingan.
Kaunselor : Apakah perasaan kamu apabila diejek oleh rakan?
Klien : Saya tidak suka kawan mengejek saya sebab sama seperti
menghina
Kaunselor : Boleh jelaskan dengan cikgu, kenapa kamu rasa dihina bila diejek
oleh rakan?
(f) Konfrontasi
Konfrontasi adalah kata-kata yang boleh mencabar perasaan, pandangan dan juga tingkah laku tanpa lisan mereka. Konfrontasi teknik yang digunakan oleh kaunselor bagi mengetahui dengan lebih mendalam ruang dalaman klien. Teknik ini perlu digunakan dalam situasi yang sesuai supaya tidak menyebabkan klien berdiam diri. Kemahiran ini hanya dilaksanakan selepas terbentuknya hubungan yang baik antar klien dengan kaunselor. Kaunselor perlu menggunakan nada suara yang lembut, yang mengambil unsur-unsur mengambil berat supaya mesej yang disampaikan tidak disalahtafsirkan.
Ini merupakan kemahiran untuk menunjukkan kepada klien yang huraian tentang dirinya atau satu-satu situasi adalah berbeza dengan pandangan kaunselor. Konfrotasi digunakan apabila klien tidak mahu mengaku sesuatu, tidak mahu bertindak atau tidak melihat dari suatu sudut yang berlainan

Contoh:

Klien : Bilakah rombongan ke Melaka itu akan bertolak?

Kaunselor : Saudara telah menyatakan beberapa kali saudara tidak
meminati rombongan tersebut, tetapi saudara kerap
bertanya .
Konfrontasi menimbulkan suatu risiko tetapi jika Berjaya akan dapat mempercepatkan proses kaunseling. Sekiranya perhubungan di antara kaunselor dengan klien belum mesra atau kukuh, konfrotasi hendaklah dielakkan.
Ini merupakan kemahiran untuk menunjukkan kepada klien yang huraian tentang dirinya atau satu-satu situasi adalah berbeza dengan pandangan kaunselor. Konfrotasi digunakan apabila klien tidak mahu mengaku sesuatu, tidak mahu bertindak atau tidak melihat dari suatu sudut yang berlainan.

g) kemahiran menyemak persepsi
Ia merupakan kemahiran dimana klien dirasionalkan oleh kaunselor berkaitan dengan sesuatu perkara. Contohnya menyatakan tingkahlaku yang negatif klient tidak dapat membezakannya.

Contoh:
Klien : saya sering bergaul dengan gangster dan suka bergaduh
Kaunselor : pada kamu perbuatan tersebut baik ataupun tidak?

h) Parafrasa
Merupakan kemahiran mengulang ayat klient tanpa mengubah makna asal. Ia bertujuan untuk mendapatkan kepastian dan menyatakan bahawa kaunselor faham dengan apa yang dinyatakn oleh klient. Selain itu ia juga adalah respon kaunselor setelah mendengar isi dan memerhati tingkahlaku klien, pemahaman kaunselor ini dinyatakan dalam ayat yang agak pendek, kebiasaannya, prafrasa melibatkan penggunaan kembali maksud atau ayat klien dalam bentuk yang lain tampa mengubah makna

Contoh:
Klien : saya berasa tidak selesa berada disini.
Kaunselor : oooo…. Kamu tidak selesa disini……

i) Kemahiran Refleksi Perasaan / Emosi
Refleksi emosi juga merujuk kepada refleksi perasaan iaitu respon kaunselor untuk menggambarkan emosi klien bagi menunjukkan empati kaunselor.

Contoh ;
Klien : Bila dapat buktikan pada makcik bukan saya yang ambil duit
simpananya, barulah saya rasa lega kerana ayah masih
mempercayai saya.
Kaunselor : Jadi, sekarang kamu merasa lebih selamat dan tenang?

Kaunselor merefleksi keadaan emosi klien pada ketika itu dan dengan itu mengkomunikasikan penerimaannya terhadap klien. Dengan itu, klien akan merasa dirinya difahami dan seterusnya menjadi lebih terbuka dalam mempersepsikan masalahnya.

j) Kemahiran Refleksi Makna / Isi
Refleksi isi merupakan respon kaunselor untuk menggambarkan isi perbualan dengan klien yang menunjukkan kefahaman kaunselor. Isi perbincangan mungkin dibuat berdasarkan kepada beberapa sesi pertemuan yang telah berlangsung. Tujuannya adalah untuk membuat semakan. Disamping itu juga, memberi keyakinan kepada klien bahawa masalahnya diberi sepenuh perhatian oleh kaunselor.

Refleksi isi biasanya dibuat dalam situasi-situasi seperti ;
- Kaunselor menstruktur permulaan sesi kaunseling dengan mengimbas kembali perkara yang telah dibincangkan dalam temubual yang lalu
- Klien mula membuat kenyataan yang mengelirukan dan tiada kaitan dengan masalahnya
- Apabila hendak mengambil sesuatu tindakan akan datang, kaunselor dan klien membuat penilaian apa yang telah dipelajari dari perbincangan sebelumnya
- Pada peghujung sesi, kaunselor memberitahu klien apa yang didapati dan telah dipelajari daripada sesi tersebut.

Contoh:
Klien : kadang-kadang saya akan mimpi yang bukan-bukan
membuatkan saya terganggu.
Kaunselor : bermakna kamu tidak dapat tidur dan ia member kesan
kepada hidup kamu, betul?

k) Kemahiran meminta penjelasan.
Merupakan kemahiran yang perlu ada kepada kaunselor dalam menjalankan sesi. Ia adalah keadaan dimana kenyataan dari klient untuk memberikan kefahaman yang jelas tentang apa yang telah dibincangkan.
Contoh:
Kaunselor : tadi kamu cakap nenek dan datuk tinggal bersama
kamu, tetapi tidak dilukis disini.
Klien : oooo….. datuk dan nenek berada didalam rumah.
Sebab itu saya tidak melukis gambar mereka.

l) Membuat interpretasi
Keadaan dimana kaunselor menjelaskan makna apa yang telah dibincangkan dan apa isu tersirat yang klient tidak Nampak semasa berbincang. Ia merupakan suatu proses aktif dimana kaunselor menjelaskan makna perkara atau isu yang dibawa oleh klien mengikut kefahaman kaunselor dari perspektif yang baru, kemahiran ini bererti memberi penghuraian kepada klien supaya klien dapat melihat perkara dari sudut perspektif yang berbeza.

Contoh:
Klien : tekanan yang saya alami ini hanya tuhan yang tahu
Kaunselor : saya faham……. Tekanan kamu bukan sahaja disebabkan
masalah tersebut sahaja. Tetapi juga msalah yang lain.

m)Kemahiran merumus
Kemahiran merumus adalah satu proses untuk merangkum beberapa idea yang telah dibincang dan perasaan-perasaan yang diluahkan oleh klient. Kaunselor memberi tumpuan kepada perkara-perkara seperti;

- apa yang telah klient ucapkan (isi)
- bagaimana ia menyatakan perasaannya (emosi ketika itu)
- maksud, masa dan kesan kenyataannya (proses).

Tujuan membuat rumusan ialah untuk menimbulkan kefahaman yang mendalam dan kesedaran diri klient dalam proses tolong bantu, bimbingan dan penyelesaian kepada sesuatu masalah.

Kemahiran membuat rumusan terbahagi kepada dua iaitu rumusan kecil dan rumusan besar. Rumusan kecil ialah penerangan terhadap susuatu isu yang telah dibingcangkan, manakala rumusan besar pula ialah ringkasan keseluruhan bagi member gambaran tentenag apa yang telah dibincangkan.

Contoh:
Klien : itu sahaja yang dapat saya kongsikan setakat ini.
Kaunselor : berdasarkan apa yang telah kamu ceritakan, saya dapat
merumuskan bahawa keluarga kamu sangat sayangkan kamu,
tetapi mungkin ada sesuatu yang menyebabkan kamu berasa
tersisih atau tidak diberi perhatian

Rumusan kecil
Rumusan ini dibuat bebrapa kali dalam satu sesi dan bertujuan untuk membantu klien mengingat kembali apa yang sedang dibincangkan.

Contoh:
Kaunselor: Jadi imran pada minggu lalu kita telah membincangkan tentang................dan.........

Rumusan besar
Rumusan besar ini merujuk kepada rumusan penamat atas segala sesi yang pernah dilakukan dan di bincangkan.

Contoh:
Kaunselor: sebelum saya menutup sesi bagi permasalahan kamu ini maka, saya akan merumuskan apa yang telah kita lalui sepanjang sesi berlangsung.

Langkah-langkah dalam proses kaunseling

Proses kaunseling bermula dengan pra-sesi membina hubungan dan membuat penstrukturan antara kaunselor dengan klien. Hubunganboleh terbina apabila persediaan kaunselor memadai, layanan yang baik diberikan dan perbualan antara kaunselor dengan klien berlaku dalam keadaan yang selesa dan terpeutik.


(a) Prasesi
Persediaan bagi kaunselor untuk peringkat ini bergantung kepada situasi di mana khidmat kaunseling itu diberikan sama ada klien dirujuk atau datang sendiri. Pada peringkat ini, kaunselor perlu menyediakan diri dengan mengetahui serba sedikit tentang profil klien menurut Abdul Ghani Sulaiman (2003). Ini boleh dilakukan dengan meminta klien mengisi borang biodata yang berkaitan tentang peribadi, peralatan fizikal, dan maklumat atau rekod-rekod mengenai klien. Antara kemahiran yang diperlukan adalah seperti berikut:
Perancangan prasesi
Sebelum sesi kaunseling dimulakan, kaunselor seharusnya menyemak rekod-rekod klien untuk mendapatkan maklumat yang dianggap berguna. Kaunselor juga harus menyemak diskripsi tugas klien, ini mungkin berguna untuk membantu dalam menilai prestasi dan proses membina matlamat kemudian nanti. Tingkah laku dan prestasi yang ditunjukkan oleh bakal klien hendaklah disenaraikan manakala tingkah laku standard dan prestasi yang dijangka juga perlu disediakan..Kaunselor juga hendaklah menyediakan tempat dan masa yang sesuai untuk berbincang tanpa banyak gangguan.

Keselesaan klien
Di awal sesi, kaunselor haruslah cuba menjadikan klien lebih selesa, tetapi jangan bercakap berbelit-belit sehingga boleh mengelirukan klien. Nyatakan sebab pertemuan dengan jelas, sambil menekankan yang kaunselor berasa prihatin dengan keadaan yang dihadapi oleh klien dan bersedia memberikan bantuan. Kaedah yang dijalankan tidak mengancam klien agar klein tidak berasa terancam agar matlamat kaunseling tercapai.

(b) Kemahiran Membina Hubungan
Tahap ini termasuklah memberi perangsang kepada klien agar sentiasa tenang dengan memberikan tanggapan pertama yang positif.Kaunselor mesti membina suasana sekeliling dan tingkah laku yang meyakinkan dan menunjukkan kemesraan. Berikut adalah beberapa kemahiran asas yang diperlukan:

Membina suasana sekeliling.
Oleh kerana sesi perbincangan kaunseling selalunya mengambil masa kira-kira 30 minit atau lebih serta tajuk perbincangan adalah serius, tempat yang sesuai diperlukan. Kerusi meja yang sesuai perlu disediakan seperti kerusi idak menyakitkan pinggang, atau bergoyang-goyang sehingga mengganggu tumpuan atau pemikitan. Keadaan bilik tidak terlalu panas, terlalu sempit atau terlalu bising. Jangan gunakan tempat lalu-lalang sehingga mengganggu pemerhatian klien atau kaunselor. Tidak ada bau yang tidak menyenangkan seperti bau dari tandas yang berdekatan atau fail atau buku yang bertimbun di atas meja sehingga menyusahkan penglihatan klien atau kaunselor.

Kaunselor perlu membina hubungan yang baik dengan klien bagi menggalakkan klien bercerita atau meluahkan perasan secara tidak langsung tanpa dipaksa. Hubungan yang baik dapat membantu kaunselor memahami masalah klien dengan lebih mendalam lagi.
Menurut Mizan Adiliah, Halimatun Haliliah (2002), kemahiran membina hubungan bertujuan memberi perangsang kepada klien supaya sentiasa tenang dengan memberikan tanggapan pertama yang positif. Kaunselor mesti membina suasana sekeliling dan tingkah laku yang menyakinkan dan membentuk kemesraan. Menurutnya lagi antara tingkah laku yang ditonjolkan oleh kaunselor adalah seperti menunjukkan tingkah laku lisan yang mesra, menunjukkan keinginan untuk menolong, mendengar apa yang diperkatakan oleh klien.
Selain itu juga, kaunselor perlu membina suasana alam sekeliling, suasana tereutik, jarak iaitu ruang bagi berkomunikasi, penampilan diri, kontak mata, kedudukan dan pergerakan tubuh badan, senyuman dan nada suara.
Oleh yang demikian dapatlah disimpulkan bahawa kemahiran membina hubungan perlu diaplikasikan sepanjang sesi bagi mewujudkan kejelikitan dan suasana yang terapeutik antara kaunseling dan klien. Suasana terapeutik ini bukan sahaja antara kaunselor dank lien tetapi perlu memperhatikan suasana fizikal yang kondusif dan jarak antara ke dua-duanya.

(c) Penerokaan masalah
Tugas kaunselor adalah utnuk mendapatkan maklumat yang relevan untuk
memberi makna kepada masalah dan menganalisis meklumat tersebut untuk mencari punca masalah. Masalah yang timbul berpunca daripada tiga keadaan samada diri sendiri, orang lain tetapi melibatkan diri klien dan takdir yang berlaku. Setelah punca masalah dapat dikenalpasti kaunselor bersama klien akan menganalisis secara terperinci.
Kemahiran meneroka dengan mengaplikasikan segala asas kemahiran kaunseling. Ini bertujuan untuk membantu kaunselor membuat penerokaan secara mendalam terhadap kliennya dan menimbulkan perasaan empati terhadap permasalahan klien. Pernyataan klien pada peringkat awal tidak semestinya betul dan tepat, tetapi terpulang pada kebijaksanaan kaunselor mencungkil mempelawa dan memujuk kliennya menghuraikan aspek-aspek tertentu dalam masalah itu. Semua ini akan membatu kaunselor mengenal pasti punca dan pokok masalah awal.
Menurut Eisenberg dan Delaney (1977), peringkat penerokaan adalah proses berlakunya komunikasi yang didorong keikhlasan dan kejujuran serta berterus terang terhadap peranan sebenar yang hendak dibincangkan antara ke dua-dua pihak. Segala perasaan tidak logic, tidak rasional sama ada dalam diri kaunselor atau klien perlu dihindari supaya tidak mengganggu pencapaian matlamat sebenar kaunseling.
Bagi menjayakan sesi penerokaan kaunselor perlu bermatlamat untuk mendapatkan sebanyak yang mungkin permasalahan klien. Selain itu, kaunselor juga perlu mewujudkan perasaan terapeutik di dalam sesi.

(d) Mengenal Pasti Masalah dan Menentukan Matlamat Kaunseling
Peringkat ini dilakukan selepas meneroka masalah klien sepenuhnya. Tujuannya
adalah untuk memudahkan kaunselor membantu klien menyelesaikan masalah yang di hadapi klien. Ianya dibentuk hasil daripada perbincangan antara klien dan kaunselor setelah masalah klien dikenalpasti. Kemahiran yang dilakukan pada peringkat ini adalah untuk membantu memperjelaskan semula punca masalah dan membentuk matlamat sesi. Selain itu, kemahiran yang lebih mencabar seperti konfrantasi dan membuat interpretasi juga memainkan peranan yang amat penting.

(e) Memilih Alternatif Penyelesaian dan Tindakan
Kaunselor berbincang dengan klien untuk membentuk pelan tindakan. Mereka
akan membincangkan alternatif yang dipilih dengan mengambil kelebihan dan kekurangan setiap pilihan yang dipilih. Kaunselor akan menentukan jangka masa sesuatu perubahan harus berlaku. Selain itu, kaunselor bertanggungjawab menilai kejayaan sesuatu alternatif yang dipilh melalui maklumbalas yang diterima oleh klien itu sendiri.
Dalam memilih strategi-strategi ini, Suradi (1996) berpendapat bahawa ada empat strategi yang harus diutamakan oleh seseorang kaunselor bagi memberi informasi kepada kliennya.
1. Satu gambaran tentang pendekatan rawatan yang ada kaitan dengan kliennya
2. Ada persefahaman pada tiap-tiap prosedur
3. Kemungkinan sesuatu keadaan bagi setiap taip-taip prosedur itu termasuklah kebaikan dan risikonya sekali
4. Waktu dan aktiviti-aktiviti yang terlibat pada setiap strategi itu
Kesimpulannya, peringkat alternatif penyelesaian dan tindakan kaunselor perlu
Prihatin terhadap kemampuan perkembangan klien supaya dapat mengambil tindakan yang sesuai bagi membantu klien.

(f) Penamatan dan susulan
Membuat penematan adalah peringkat akhir dalam sesi akaunseling
Selepas klien dapat membantu dan memilih alternatif yang dianggap sesuai bagi mengatasi masalah yang dihadapinya.
Pada peringkat ini, kaunselor perlu menggunakan peneguhan dengan tujuan menyakinkan pelajar dan memastikan pelajar benar-benar melaksanakan alternatif yang dipilih. Selain itu, kaunselor juga perlu memastikan objektif klien tercapai dan dia dapat mengaplikasi pembelajarn yang diperolehi semasa sesi di dalam pergaulan seharian. Kemahiran lain yang perlu dilakukan oleh kaunselor iaitu menstruktur sesi untuk penamatan, menyemak semula kemajuan dan pencapian matlamat dan pengukuhan pembelajaran yang diperolehi.
Secara keseluruhannya, proses kaunseling diakhiri dengan penamatan iaitu kaunselor akan membuat rumusan besar pada peringkat ini. Kaunselor akan menyatakan semula isi penting yang diceritakan oleh klien pada awal sesi hingga mendapat jalan penyelesaian

Sunday, January 1, 2012

Manusia seperti Sebuah BUKU

Cover depan adalah tanggal lahir.
Cover belakang adalah tanggal kematian.

Tiap lembarnya, adalah tiap hari dalam hidup kita dan apa yg kita lakukan.
Ada buku yg tebal.
ada buku yg tipis.

Ada buku yg menarik dibaca.
ada yg sama sekali tidak menarik.

Sekali tertulis, tidak akan pernah bisa di’edit’ lagi.

Tapi hebatnya seburuk apapun halaman sebelumnya, selalu tersedia halaman selanjutnya yg putih bersih, baru dan tiada cacat.

Sama dengan hidup kita, seburuk apapun kemarin,
Tuhan selalu menyediakan hari yang baru untuk kita.

Kita selalu diberi kesempatan baru untuk melakukan sesuatu yg benar dalam hidup kita setiap harinya.. Kita selalu bisa memperbaiki kesalahan kita dan melanjutkan alur cerita kedepannya sampai saat usia berakhir. yang sudah ditetapkanNYA.