Friday, September 21, 2012

LDK: Menaiki Rakit


Tajuk : ‘Menaiki Rakit’
Sasaran : Semua Golongan
Objektif Aktiviti :
1. Melahirkan semangat kekitaan dikalangan peserta.
2. Meningkatkan kesedaran bahawa perlunya semangat kerjasama.
3. Membina sikap saling perlu memerlukan bila keadaan terdesak.
Senarai Peralatan : Kertas Suratkhabar
Jangka Masa : 45 minit
Langkah- Langkah :
1. Fasilitator membentangkan kertas surat khabar di atas lantai.
2. Semua peserta dikehendaki berdiri di atas surat khabar tersebut.
3. Fasilitator mengoyakkan kertas surat khabar tersebut sedikit demi sedikit sehingga menjadi     kecil. Peserta tidak dibenarkan meletakkan kaki di tempat yang tiada surat khabar di atas lantai.
4. Peserta akan berpaut antara satu sama lain agar tidak jatuh.
5. Peserta yang terjatuh dari 'rakit' dikira batal dan terkeluar. (Asingkan peserta lelaki dan perempuan)

Falsafah :

1. Menyedarkan peserta bahawa kerjasama adalaha penting.

 

2. Tidak mementingkan diri sendiri dalam saat kesusahan bak kata pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

2. Hidup ini banyak dugaan dan cabaran.

3. Perlunya kita berganding bahu untuk mempertahankan maruah dan akhlak kita.

created by: joyce jay jamil

2 comments:

  1. assalamualaikum..mohon copy ye..trima kasih..jazakallahu khair..

    ReplyDelete
  2. Terbaik..Cikgu Man. Terima kasih

    ReplyDelete