Wednesday, June 22, 2011

Makrifatullah Harus Difahami

Ahammiah Ma'rifatullah
1. Kepentingan ilmu makrifatullah

Syarah:

Riwayat ada menyatakan bahawa perkara pertama yang mesti dilaksanakan dalam agama adalah mengenal Allah (awwaluddin makrifatullah) . Bermula dengan mengenal Allah,maka kita akan mengenali diri kita sendiri. Siapakah kita, dimanakah kedudukan kita berbanding makhluk-makhluk yang lain, apakah sama misi hidup kita dengan binatang-binatang yang ada di bumi ini, apakah tanggungjawab kita dan kemanakah kesudahan hidup kita. Semua persoalan itu akan terjawab secara tepat setelah kita mengenali betul-betul Allah sebagai Rabb dan Ilah. Yang Mencipta, Yang Menghidupkan, Yang Mematikan dan seterusnya.

Dalil:

47:19. Ayat ini mengarahkan kepada kita dengan bahasa (ketahuilah olehmu) bahawasanya tidak ada ilah selain Allah dan minta ampunlah untuk dosamu dan untuk mukminin dan mukminat. Apabila al-Quran menggunakan sighah amar (perintah) maka ia menjadi wajib menyambut perintah tersebut. Dalam konteks ini mengetahui atau mengenali Allah (makrifatullah ) adalah wajib.

3:18: Allah menyatakan bahawa tidak ada tuhan melainkan Dia, dan telah mengakui pula para malaikat dan orang-orang yang berilmu sedang Allah berdiri dengan keadilan. Tidak ada tuhan melainkan Dia Yang Maha Perkasa dan Maha Bijaksana.

22:72-73: Allah telah menjanjikan kepada mereka yang mengingkari ayat-ayat Allah samada ayat qauliah atau kauniah dengan api neraka. Janji ini Allah turunkan di dalam surah al-Hajj ayat 72-73: Apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang terang kamu dapati pada muka-muka orang kafir kemarahan. Hampir-hampir mereka menendang orang-orang yang membacakan kepada mereka ayat-ayat kami. Katakanlah kepada mereka : Hendakkah aku khabarkan kepada kamu dengan yang lebih buruk daripada itu , iaitulah neraka yang telah dijanjikan oleh Allah kepada mereka yang kufur dan itulah seburuk-buruk tempat kembali. Wahai manusia, dibawakan satu permisalan maka hendaklah kamu dengar ! Sesunggguhnya orang-orang (berhala-berhala) yang engkau sembah selain Allah tidak akan mampu mencipta seekor nyamuk sekalipun seluruh mereka berkumpul untuk tujuan itu. Dan jika mereka dihinggapi oleh seekor lalat, mereka tidak mampu untuk menyelamatkan diri. Lemahlah orang yang menuntut dan orang yang dituntut (sembah).

Oleh yang demikian makrifatullah menerusi ayat-ayatNya adalah suatu kepentingan utama perlu dilaksanakan agar terselamat dari api neraka.

39:67 : Mereka tidak mentaqdirkan Allah dengan ukuran yang sebenarnya sedangkan keseluruhan bumi berada di dalam genggaman-Nya pada Hari Kiamat dan langit-langit dilipatkan dengan Kanan-Nya. Maha Suci Dia dan Maha Tinggi Dia dari apa yang mereka sekutukan.

Orang-orang kafir tidak mentaqdirkan Allah dengan taqdir yang sebenarnya kerana mereka tidak betul-betul makrifatullah. Ayat ini menarik kita agar tidak salah taqdir terhadap hakikat ketuhanan Allah yang sebenarnya. Oleh itu memerlukan makrifatullah yang sahih dan tepat.

2. Tema perbicaraan makrifatullah - Allah Rabbul Alamin

Syarah:

Ketika kita membicarakan tentang makrifatullah, bermakna kita berbicara tentang Rabb, Malik dan Ilah kita. Rabb yang kita fahami dari istilah al-Quran adalah sebagai Pencipta, Pemilik, Pemelihara dan Penguasa. Manakala Ilah pula mengandungi erti yang dicintai, yang ditakuti dan juga sebagai sumber pengharapan. Kita boleh lihat hal ini di dalam surah An-Naas : 1-3. Inilah tema di dalam makrifatullah. Jika kita menguasai dan menghayati keseluruhan tema ini, bermakna kita telah mampu menghayati makna ketuhanan yang sebenarnya.

Dalil:

13:16 : Katakanlah: Siapakah Rabb segala langit dan bumi ? Katakanlah : Allah. Katakanlah: Adakah kamu mengambil wali selain daripada-Nya, yang tiada manafaat kepada dirinya dan tidak pula dapat memberikan mudarat ? Katakanlah: Adakah bersamaan orang yang buta dengan orang yang melihat ? Bahkan adakah bersamaan gelap dengan Nur (cahaya)? Bahkan adakah mereka mengadakan bagi Allah sekutu-sekutu yang menjadikan sebagaimana Allah menjadikan, lalu serupa makhluk atas mereka ? Katakanlah : Allah Allah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dan Dia Esa lagi Maha Kuasa.

6:12: Katakanlah : Bagi siapakah apa-apa yang dilangit dan dibumi ? Katakanlah: Bagi Allah. Dia telah menetapkan ke atas diri-Nya akan memberikan rahmat. Demi sesungguhnya Dia akan menghimpunkan kamu pada Hari Kiamat, yang tidak ada keraguan padanya. Orang-orang yang merugikan diri mereka, maka mereka tidak beriman.

6:19: Katakanlah : Apakah saksi yang paling besar ? Katakanlah: Allah-lah saksi di antara aku dan kamu . Diwahyukan kepadaku al-Quran ini untuk aku memberikan amaran kepada engkau dan sesiapa yang sampai kepadanya al-Quran. Adakah engkau menyaksikan bahawa bersama Allah ada tuhan-tuhan yang lain ? Katakanlah: Aku tidak menyaksikan demikian. Katakanlah: hanya Dialah tuhan yang satu dan aku bersih dari apa yang kamu sekutukan.

27:59: Katakanlah: Segala puji-pujian itu adalah hanya untuk Allah dan salam sejahtera ke atas hamba-hambanya yang dipilih. Adakah Allah yang paling baik ataukah apa yang mereka sekutukan.

24:35: Allah memberi cahaya kepada seluruh langit dan bumi

2:255 Allah. Tidak ada tuhan melainkan Dia. Dia Hidup dan Berdiri Menguasai seluruh isi bumi dan langit.

3. Didukung dengan dalil yang kuat:, 75: 14-15

Syarah:

Makrifatullah yang sahih dan tepat itu mestilah bersandarkan dalil-dalil dan bukti-bukti kuat yang telah siap disediakan oleh Allah untuk manusia dalam berbagai bentuk agar manusia berfikir dan membuat penilaian . Oleh kerana itu banyak fenomena alam yang disentuh oleh al-Quran diakhirkan dengan persoalan tidakkah kamu berfikir, tidakkah kamu melihat, tidakkah kamu mendengar dan sebagainya. Pertanyaan-pertanyaan itu boleh mendudukkan kita pada satu pandangan yang konkrit betapa semua alam cakerawala ini adalah di bawah milik dan pentadbiran Allah s.w.t.

Dalil:

Naqli - 6:19: Allah menurunkan al-Quran kepada Rasul sebagai bahan peringatan untuk manusia

Aqli - 3:190: Kejadian langit, bumi dan pertukaran siang malam menjadi bukti bagi orang yang berfikir
Fitri - 7:172 : Pertanyaan Allah kepada anak adam di alam fitrah, bukan Aku tuhanmu ? Lalu diakuri

4. Dapat menghasilkan : peningkatan iman dan taqwa

Syarah:

Apabila kita betul-betul mengenal Allah menerusi dalil-dalil yang kuat dan kukuh, hubungan kita dengan Allah menjadi lebih akrab. Apabila kita hampir dengan Allah, Allah lebih lagi hampir kepada kita. Setiap ayat Allah samada dalam bentuk qauliah mahupun kauniah tetap akan menjadi bahan berfikir kepada kita dan penambah keimanan serta ketakwaan. Dari sini akan menatijahkan personaliti hamba yang merdeka, tenang, penuh keberkatan dan kehidupan yang baik. Tentunya tempat abadi baginya adalah syurga yang telah dijanjikan oleh Allah kepada hamba-hamba yang telah diredhaiNya.

5. Kemerdekaan

6:82 : Orang-orang yang beriman dan tidak memcampurkan keimanannya dengan kezaliman, untuk merekalah keamanan sedang mereka itu mendapat petunjuk.

6. Ketenangan

13:28 : Orang-orang yang beriman dan tenteram hatinya dengan mengingati Allah. Ingatlah (bahawa dengan mengingati Allah itu, tenteramlah segala hati.

7. Barakah

7:96: Kalau sekiranya penduduk negeri itu beriman dan bertaqwa, nescaya kami tumpahkan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi tetapi mereka itu mendustakan sebab itu Kami siksa mereka dengan sebab usahanya itu.

8. Kehidupan yang baik

16:97: Sesiapa yang melakukan kebaikan baik lelaki mahupun perempuan sedang dia beriman nescaya Kami siapkan dia dengan kehidupan yang baik

9. Syurga

10:25-26: Mereka yang melakukan kebaikan akan mendapat kebaikan dan tambahan dari Allah dan mereka akan menjadi penduduk tetap syurga Allah.

10. Mardhotillah:

98:8: Balasan untuk mereka di sisi tuhannya ialah syurga Adne yang mengalir sungai dibawahnya sedang mereka kekal selama-lama di dalamnya . Allah redha kepada mereka dan mereka redha kepada Allah. Syurga itu untuk orang-orang yang takut kepada Allah.

Ada satu lagu nasyid yang dinyanyi oleh Maher Zain bertajuk Open Your Eyes.. mengajak kita melihat ciptaan Allah dan mengenal sang pencipta.. maknanya makrifatullah lah... Ayuh bersama hayati lagu ini...

Bicara tentang Aqidah

Dari sudut bahasa AQIDAH diertikan sbg: Ikatan atau sangkutan, atau menyimpukan sesuatu

Dari sudut istilah AQIDAH diertikan sbg: Keyakinan ataupun keimanan terhadap sesuatu dan tidak akan terungkai oleh mana-mana pengaruh samaada dari dlaman mahupun luaran

Pengertian Aqidah dalam Al-Quran adalah, keimanan kepada Allah swt yakni mengakui kewujudan-Nya. Dari segi fungsinya Allah swt berperan sebagai Rabb , Malik dan Ilah seperti dapat dilihat dalam surah al-Fatihah ayat 1, 3, 4, surah an-Naas ayat 1, 2, 3. Berdasarkan ayat di atas, Aqidah Islamiyah dapat disimpulkan dengan rumusan Tauhid Rububiyah, Tauhid Mulkiyah, dan Tauhid Uluhiya

Secara ringkasnya disini saya sertakan pengertian Tauhid Rububiyah, Tauhid Mulkiyah dan Tauhid Uluhiyah yang saya catat ketika perbincangan dengan naqibah saya minggu lepas:

Tauhid Rububiyah: Meyakini hanya Allah S.W.T yang mencipta, memiliki dan memberi rezeki kepada manusia.

Tauhid Mulkiyah : Meyakini bahawa Allah adalah satu-satunya Tuhan yang memerintah, membuat hukum dan melindungi manusia.

Tauhid Uluhiyah : Meyakini Allah lah satu-satunya yang disembah dan layak disembah dan Allah lah matlamat utama kita.(Ibu kpd segala matlamat)

Berbalik kepada cerita Bola Besi ini…Bola Besi ini terdiri daripada 3 lapisan, lapisan paling dalam adalah lapisan yang diisi oleh Aqidah, Tasawwur. Manakala lapisan kedua terdiri daripada hati, emosi dan segala yang bersangkut paut dengan perasaan dan lapisan terakhir sekali iaitu lapisan paling luar pula diisi dengan pemakaian,perilaku,hobi dan segala yang bersangkut paut dengan luaran setiap insan…dan kita bahagikan Bola Besi ini kepada dua iaitu Bola Besi Muslim dan Bola Besi Kafir…

Seperti yang kita sedia maklum salah satu sifat besi ialah senang melebur…dan sekiranya kita telah memahami Aqidah kita yang sebenar..lapisan paling dalam itu akan melebur dan seterusnya mengenai lapisan kedua yang terdiri daripada hati,emosi dan perasaan..apabila leburan tersebut sudah menembusi lapisan kedua…leburan itu juga secara automatiknya akan menembusi lapisan ketiga yang terdiri daripada perilaku, pemakaian,hobi dan apa saja yang nampak pada luaran setiap insan…kesimpulan yang dapat dibuat dari teori Bola Besi ini ialah,
untuk melahirkan seorang insan yang benar-benar mengamalkan kehidupan sebagai seorang Muslim yang sejati..aqidah kita perlu dihadam,diyakini dan perlu difahami dengan sebenar-benar kefahaman. One point yg perlu ditekankan disini bahawa Aqidah kita sebagai seorang muslim bukanlah sekadar aqidah yang dihafal dan ungkapan di mulut semata-mata…kita mahukan setiap apa yang terbit dari jasad kita ini didasarkan kepada Aqidah yang benar…

Setiap insan dimuka bumi ini punya Bola Besi masing-masing, malah org kafir jua punya Aqidah mereka sendiri..dan seperti yang kita lihat sekarang..ramai Muslim yang terikut-ikut dengan cara hidup orang kafir secara sedar mahupun tidak..dari segi gaya hidup mahupun pemikiran..apa yang dapat disimpulkan disini..orang kafir telah meleburkan lapisan terdalam bola besi mereka seterusnya leburan bola besi mereka telah melebur sehingga palitannya juga terkena Bola Besi orang Muslim..yang dikesali, lapisan terdalam Bola Besi umat Islam zaman kini kebanyakannya tidak lagi tembus malah sangat mudah terpalit dengan leburan Bola Besi orang kafir..pointnya disini, Bola Besi kita tidak tembus untuk mempengaruhi Bola Besi orang kafir malah terlalu senang untuk terpalit dengan leburan Bola Besi mereka….

Saya juga masih memeriksa Bola Besi sendiri..masih dalam proses untuk meleburkan lapisan terdalam Bola Besi untuk menembusi lapisan kedua juga ketiga..tiada lain yang kita harapkan kecuali redhaNya…dan kita perlu ingat proses ini adalah satu proses yang berterusan dan bukannya suatu proses yang hasilnya akan kita perolehi dalam sebulan dua..mari kita muhasabah diri masing-masing….

Saya percaya setiap dari kita punya keinginan untuk kembali ke jalan Nya…tidak kira siapa pun kita..sejahat-jahat manapun manusia, jauh di sudut hatinya pasti ada keyakinan bahawa hanya kembali pada Allah itu kebahagiaan yang sebenar..cuma, kita perlu berusaha ke arah itu…carilah jalan itu kerana pasti ada jalan untuk kembali bagi mereka yang mahu..InshaAllah….

Dakwah hanya untuk orang tidak sibuk????

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
فَلْيَتَّقُوا اللَّهَ وَلْيَقُولُوا قَوْلًا سَدِيدًا
“Oleh sebab itu hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dan hendaklah mereka mengucapkan qawlan sadid. (Surah an-Nisa’ [4]:9)”
Ucapkanlah “qoulan syadida”. Begitulah perintah ALLAH SWT. Perintah yang membuatkan saya, sungguh pun tersangat sibuk menjayakan tugas dan amanah sebagai seorang profesional, namun harus mencoretkan sesuatu sebagai teguran sekaligus tazkirah buat mujahidah da’wah, agar sikap dan mind-set (fikrah) tidak menyimpang daripada sikap dan fikrah sebenar seorang mujahidah da’wah.

Sangat aneh tatkala student universiti sudah pandai memberikan alasan “sibuk” untuk alpa dan tidak bersungguh dalam da’wah. Apakah mereka menyangka bahawa bila tiba di alam kerjaya, kesibukan itu akan hilang? Adakah mereka menyangka betapa mujahid-mujahid da’wah yang telah menginfakkan dirinya, keluarganya, hartanya dan seluruh hidupnya di jalan ALLAH, adalah bukan student atau pekerja seperti mereka, sehinggakan mereka tidak pernah disibukkan dengan urusan pembelajaran atau pekerjaan?

Katakan saja anda tidak cintakan Islam, kerana jika benar anda cintakan Islam, mana mungkin semudah dan semurah itu alasan akan anda berikan. Janganlah anda menghina para mujahid da’wah, seakan-akan mereka ini tidak pernah sibuk hinggakan sentiasa mempunyai masa untuk diberikannya pada jalan ALLAH.

Janganlah anda menghina Abu Bakar as-Siddiq R.A, Umar al-Khattab R.A, dan sahabat-sahabat lain R.A, para tabi’in, tabi’it tabi’in, Hassan al-Banna, Yusuf al-Qaradhawi, dan lain-lain, yang hidup mereka full time sebagai pendakwah, sedang part time mereka sebagai Cikgu, atau peniaga, atau engineer dan sebagainya, dengan menganggap mereka-mereka ini tidak pernah bertembung dengan kesibukan duniawi. Mereka juga sibuk, tapi cinta mereka pada ALLAH, Rasul dan Islam mengatasi kesibukan duniawi mereka.

Harapan Pembimbing Pada Keikhlasan

Tajuk Buku: Fadhaih Elfitan فضائح الفتن
Oleh: Syaikh Muhammad Ahmad al-Rasyid

Sekali lagi syikh `Umar al-Tilimsani berbicara dengan kami, lantas dia bertanya:
Apakah yang berubah antara semalam dan hari ini dalam gedung dakwah?
Kita wajib mengiktiraf bahawa peristiwa-peristiwa yang berlaku telah membuat sesetengah kita tersasar dan ia telah membina kepahitan-kepahitan (hubungan) antara mereka.
Firman Allah: بل الإنسان على نفسه بصيرة ولو ألقى معاذيرة ( القيامة 14-15)
“Bahkan manusia itu menjadi saksi atas dirinya sendiri, sekalipun dia mengemukakan pelbagai alasan”.
Di zaman permulaan dakwah tiada ijazah sarjana (MA), tiada ijazah kedoktoran falsafah (Ph.D), tetapi jiwa-jiwa diwaktu itu lebih jernih. Saudaraku yang telah dipersiapkan Jamaah agar darahnya bercampur dengan darahku di medan jihad: Aku telah menuduhinya. Semua kita ulamak, tetapi kita kekurangan lebihan kasih sayang.
Tidak menakutkan kita, bilangan yang sedikit, atau kita ketiadaan kelengkapan, tetapi yang menakutkan ialah kita lupa diri, dengan itu kita tidak berada dalam keadaan damai dengan Allah.
Kalau kita benar-benar beriman kita akan menang hanya dengan isyarat telunjuk. Kita tidak mengharapkan hidup ikhlas seikhlasnya sepanjang hayat, cukuplah jika kita benar-benar ikhlas sejenak, sekadar satu rakaat solat.
Bukan kepintaran membawa kita mencapai matlamat, tetapi tawakkal, dan kita berdoa dan berkata:
اللهم لا سهل إلا ما جعلته سهلا
“Ya Allah, tiada yang mudah kecuali apa yang engkau jadikan mudah”.
Saling membantu antara sesama mukmin adalah asas, dengan merekalah takdir Allah akan berlaku dalam kemenangan.
هو الذى أيدك بنصره وبالمؤمنين (الأنفال 62)
“Dialah yang memperkuatkanmu dengan pertolongannya dan (pertolongan) para mukmin”.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya; mursyid, pembimbing yang mengkagumkan, dia membimbing dan menyempurnakan tanggungjawabnya.

Perubahan Kita adalah Perubahan Hati

Perubahan adalah satu hal yang jika diizinkan mahu sahaja kita melaluinya dari satu tahap sekarang ke satu tahap yang akan membawa kita ke syurga dan lebih dekat dengan Allah.

Titik tolak awal kita adalah dari dalam. Luaran hanya pengikut, patuh dan ‘islam’ dengan kehendak dalaman.

Oleh itu mereka yang tidak memahami ‘kaedah’ ini akan terumbang ambing dan terkagum dengan perubahan luaran yang berlaku. Tetapi tiba waktunya akan ter’kejut beruk’ dengan suatu yang tidak disangka-sangka sebaliknya berlaku.

Allah telah menceritakan sunnahNya ini di dalam kitab pedoman kita di jalan ini:

إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum itu sehingga mereka mengubah apa yang ada di dalam diri mereka. (13:11)



Apa yang ada di dalam diri?

Ianya adalah hati, perasaan, sikap, pandangan, tasawwur, diri atau katakanlah apa sahaja. Yang penting ianya bukan tangan, kaki, mulut, hidung, mata atau apa sahaja anggota zahir. Anggota zahir hanya mengikut kehendak hati dan perasaan. Oleh itu bila seseorang manusia telah berjaya mengubah hati manusia, maka ia telah berjaya mengubah manusia itu.



Ar-Rasul saw juga telah memaksa kita untuk memahami hal ini.

أَلاَ وَإِنَّ فِى الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ . أَلاَ وَهِىَ الْقَلْبُ[1]

Ertinya:

Ketahuilah, sesungguhnya di dalam jasad manusia itu ada seketul darah. Apabila ia baik , maka akan baiklah seluruh jasad. Apabila ianya rosak, maka akan rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah.. ia adalah hati.



Usaha awal ar-Rasul saw telah membuktikan hal ini. Fokus Rasul saw bukan pada meruntuhkan berhala batu dan kayu yang disembah oleh orang Quraisy. Berhala-berhala itu adalah dibina oleh tangan-tangan setelah di’suruh’ oleh hati-hati yang sesat dan tidak mengenali tuhan yang benar. Dan tangan-tangan itu tidak bersalah kerana ia menurut perintah ‘tuannya’.

Oleh itu, jika berhala yang diruntuhkan, manusia-manusia berhati ‘syirik’ itu akan membina berhala-berhala lain samada kayu, batu, besi, wanita, pangkat, duit dan lain-lain.