Thursday, July 28, 2011

PEKELILING IKTISAS UNTUK UBK

Senarai Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran Malaysia dan Undang-Undang / Peraturan Untuk Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
a) Surat Pekeliling Iktisas Bil.1 / 1995.
Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta Kegiatan Kokurikulum dan Sukan Di Dalam dan Di Luar Kawasan Sekolah.

b) Surat Pekeliling Iktisas Bil. 9 / 1995.
Rancangan Kegiatan Sekolah Selepas Peperiksaan UPSR Bagi Murid-Murid Tahun 6.

c) Surat Pekeliling Iktisas Bil. 2 / 1996.
Penampilan Diri Pelajar, Kekemasan dan Kerapian Berpakaian.

d) Surat Pekeliling Iktisas Bil. 3 / 1996.
Panduan Tambahan : Pelantikan Guru Kaunseling Sepenuh Masa di Sekolah Menengah.

e) Surat Pekeliling Iktisas Bil. 4 / 1997.
Hukuman Ke Atas Murid Menghisap Rokok.

f) Surat Pekeliling Iktisas Bil. 2 / 1999.
Penganjuran Program Motivasi Di Sekolah.

g) Surat Pekeliling Iktisas Bil. 4 / 2002.
Pelaksanaan Program Sekolah Selamat.

h) Surat Pekeliling Iktisas Bil. 5 / 2002.
Lawatan Sekolah Pada Hari Persekolahan.

i) Surat Pekeliling Iktisas Bil. 14 / 2002.
Pelaksanaan Pendidikan Wajib di Peringkat Rendah 2003.

j) Surat Pekeliling Iktisas Bil 3 / 2003.
Ke Arah Membudayakan Nilai Berterima Kasih.

k) Undang-undang Malaysia Akta 611.
Akta Kanak-kanak 2001.

l) Undang-undang Malaysia Akta 580.
Akta Kaunselor.

m) Hak Asasi Kanak-kanak di Konvensyen Geneva.

11 amalan sunnah khusus bulan Ramadhan

"Adalah penting bagi kita untuk mengetahui kalam Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam dalam bab kaifiat dan fadhilat ibadah.

Ini kerana ia merupakan janji benar yang menjadi jaminan yang kukuh untuk kita berpegang dengannya. Menjadi sumber motivasi buat orang-orang yang beriman.

Berikut adalah beberapa hadith Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam yang menerangkan kepada kita bagaimana untuk mendapatkan impak maksima dari kebaikan Ramadhan.

Saya telah memetiknya dari kitab Riyadhus-Solihin susunan Imam an-Nawawi dan kitab Feqh as-Sunnah susunan Sheikh Sayyid Sabiq. Semoga kita semua dapat mengamalkannya, insyaALLAH.

1. Keutamaan Sahur Dan Mentakhirkannya Selama Tidak Khuatir Akan Terbitnya Fajar
Dari Anas radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bersahurlah kamu sekalian kerana sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat barakah.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari Zaid bin Tsabit radhiAllahu ‘anhu berkata: “Kami sahur bersama-sama dengan Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam, kemudian kami melaksanakan solat.” Ada seseorang bertanya: “Berapa lama antara sahur dengan solat itu?” Ia menjawab: “Kira-kira 50 ayat.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari ‘Amr bin ‘Ash radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Kelebihan puasa kami dan puasa ahli Kitab adalah adanya makan sahur.” (HR Muslim)

2. Segera Berbuka Puasa Apabila Sudah Masuk Waktu Berbuka
Dari Sahl bin Sa’d radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Manusia itu selalu dalam kebaikan selama mereka segera berbuka puasa.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari Anas radhiAllahu ‘anhu berkata: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam sentiasa berbuka dengan beberapa biji ruthob (kurma yang baru masak) sebelum solat. Jika tidak ada ruthob (kurma yang baru masak), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam berbuka dengan tamar (kurma yang sudah kering). Jika tidak tamar (kurma yang sudah kering), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam meneguk air beberapa teguk.” (HR Abu Daud dan At-Turmudzi)

3. Berdo’a sepanjang berpuasa dan ketika berbuka.
Diriwayatkan oleh Turmudzi dengan sanad yang hasan, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Ada 3 golongan yang tidak ditolak do’a mereka, iaitu orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, pemimpin negara yang adil dan orang yang teraniaya.”

4. Menjauhi perkara-perkara yang bertentangan dengan ibadah puasa.
Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alahi wasallam bersabda: “Puasa itu adalah perisai, oleh kerana itu, apabila salah seorang di antara kamu sekalian berpuasa maka janganlah berkata kotor dan janganlah bertengkar/berteriak. Apabila ada seseorang yang mencaci-maki atau mengajak berkelahi, maka hendaklah ia berkata: “Sesungguhnya aku sedang berpuasa””. (HR Bukhari & Muslim)
Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: ‘Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan perbuatan buruk, maka Allah tidak memerlukan ia meninggalkan makan dan minumnya.” (HR Bukhari)

5. Bersiwak atau menggosok gigi.
Amir bin Rabi’ah berkata, “Saya melihat Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersiwak dan beliau pada saat itu sedang berpuasa. Kerana seringnya, maka saya tidak dapat membilang dan menghitungnya.” (HR Bukhari)
Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu mengatakan bahwa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Andaikan tidak memberatkan umatku, niscaya mereka kuperintahkan bersiwak pada setiap kali berwudhu.” (HR Bukhari)

6. Bermurah hati dan banyak menderma.
Dari Ibnu Abbas radhiAllahu ‘anhu katanya: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam adalah seorang yang paling dermawan, dan sifat dermawannya itu lebih menonjol pada bulan Ramadhan yakni ketika ditemui Jibril. Biasanya Jibril menemuinya pada setiap malam bulan Ramadhan, dibawanya mempelajari al-Quran. Maka Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam lebih murah hati melakukan kebaikan dari angin yang bertiup.” (HR Bukhari)

7. Menggandakan amalan membaca dan mempelajari al-Quran.
(Hadith Ibnu Abbas di atas menyatakan bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bertadarus (mempelajari al-Quran) dengan Jibril pada setiap malam Ramadhan.)
Membaca al-Quran adalah amalan biasa ummat Islam, tetapi sempena bulan Ramadhan, hendaklah kita tumpukan betul-betul dan menggandakannya. Para ulama apabila tibanya bulan Ramadhan akan memberhentikan kuliah yang diajar mereka dan menumpukan kepada mempelajari al-Quran. Membaca untuk memahami al-Quran yakni mentadabbur al-Quran adalah lebih utama dari membaca laju untuk mengkhatamkannya beberapa kali pada bulan Ramadhan.

8. Memberi makan untuk berbuka puasa.
Dari Zaid bin Khalid Al-Juhanny radhiaAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa yang memberi makan untuk berbuka orang yang berpuasa, maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu.” (HR At Turmudzy)

9. Mendirikan malam dengan solat sunnat (solat Tarawih)
Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam telah bersabda: “Barangsiapa yang mengerjakan solat sunnat pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala dari ALLAH, maka akan diampunilah dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari & Muslim)

10. Giat beribadah pada 10 hari terakhir Ramadhan
Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata: “Bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam apabila masuk sepuluh terakhir bulan Ramadhan. diramaikannya waktu malam, dibangunkannya ahli keluarganya dan diikat erat kain sarungnya.” (HR Bukhari & Muslim)

11. Beriktikaf pada 10 terakhir Ramadhan.
Dari Ibnu Umar radhiAllahu ‘anhu berkata: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan sehingga Beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam dipanggil ALLAH Ta’ala, kemudian setelah beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam wafat, isteri-isterinya meneruskan kebiasaan Beliau itu.” (HR Bukhari & Muslim)

Semoga kita semua dapat mengambil pengajaran yang besar dari hadith-hadith Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam di atas. Janganlah dilepaskan peluang untuk mendapatkan pahala yang besar hasil dari usaha kita untuk bersungguh-sungguh melaksanakan sunnah di atas.

Selain dari sunnah yang telah dinyatakan di atas, jangan lupa dan meremehkan lain-lain sunnah Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam seperti senyum, beri salam, solat jamaah di masjid, berbuat baik kepada ahli keluarga dan jiran, beri tadzkirah, merendah diri dan lain-lain.

Mudah-mudahan hidayah dan taufiq menyinari hati dan jiwa kita semua dan mudah-mudahn melekat ke dada kita semua akan nilai besar Taqwa, amin.

Monday, July 25, 2011

Déjà vu @pernah lihat


Foto di atas adalah foto ilustrasi "Puncak gunung es" yang terkenal. Para ahli "otak" sering menggunakan ilustrasi di atas untuk menunjukkan seperti apa pikiran kita yang sebenarnya. Permukaan air adalah batas kesadaran kita. Pikiran Sadar kita adalah bongkahan yang muncul di atas permukaan laut. Sedangkan pikiran bawah sadar adalah bongkahan raksasa yang ada di dalam laut.

Menurut mereka, sesungguhnya sebagian besar informasi yang kita terima tersimpan di pikiran bawah sadar kita dan belum muncul ke permukaan. Hanya sebagian kecil dari informasi yang kita terima benar-benar kita ingat atau sadari. Prinsip ini adalah kunci penting untuk memahami Déjà vu.

Jadi intinya,banyak peristiwa yang kita alami tersimpan di pikiran bawah sadar kita.

Déjà vu terjadi ketika sebuah ingatan yang berada di pikiran bawah sadar kita muncul ke pikiran sadar kita dan ini dipicu dengan keadaan yang sama persis dengan apa yang pernah kita alami.

Wednesday, July 20, 2011

10 cara mudah untuk menjadi lebih bertenaga dan 0% lesu

Semua orang ingin menjadi lebih bertenaga dan kurang lesu setiap hari, minda 100% bersedia, dan mampu berlari ke sana ke mari tanpa perlu berasa mengah, semput, atau lesu selepasnya. Pendek kata semua mahu kesihatan fizikal mereka berada pada tahap optimum, namun mungkin tak ramai juga yang mengetahui cara-caranya. Berikut aku kongsikan 10 cara bagaimana aku mengekalkan kecergasan dan menjadi lebih bertenaga setiap hari.

1 – Kurangkan pengambilan gula
Ada tiga ketika sahaja dalam hidup yang dibolehkan makan/minum makanan/minuman yang mengandungi gula, iaitu ketika awal pagi, selepas bersenam, dan juga ketika berbuka puasa. Lain daripada tiga ketika ini, katakanlah tidak kepada gula. Ini kerana pengambilan gula yang berlebihan (G.I tinggi) akan menggalakkan insulin dirembes oleh sel-sel beta pankreas secara mendadak, proses yang dikenali sebagai insulin spike. Tugas insulin ialah untuk membawa gula ringkas tadi masuk ke dalam sel-sel untuk ditukarkan kepada glycogen, dan ini mengakibatkan para gula dalam darah jatuh dengan mendadak sekaligus diikuti dengan rasa mengantuk.

2 – Minum lebih banyak air
Air lebih mudah terhidrat dari badan, terutamanya jika anda tinggal di kawasan yang panas seperti Malaysia ini. Kekurangan air akan menyebabkan diri keletihan (kes paling mudah dapat dilihat ketika kita berpuasa). Justeru itu banyakkan meminum air setiap hari, disamping kurangkan juga pengambilan kopi dan apa sahaja minuman yang berasaskan caffein kerana caffein ini bersifat diuretic; badan akan lebih kerap menyingkirkan air menerusi air kencing. (Tahukah anda: Aku sudah lama berhenti dari minum kopi sejak beberapa bulan yang lalu. Mengantuk ketika awal pagi? Tak pernah pun..)

3 – Jangan sesekali mengelak makan
Dan ini amat penting, terutamanya sarapan pagi. Sarapan pagi merupakan mukadimah dan kunci metabolisma anda supaya tubuh lebih bertenaga untuk menempuh hari yang baru. Kajian juga menunjukkan mereka yang mengambil sarapan setiap pagi lebih mudah untuk turun berat badan berbanding mereka yang tidak mengambil sarapan pagi.

4 - Bernafas dengan betul
Kebanyakan individu bernafas dengan cara ‘pendek’ (chest/shallow breathing), dan cara ini sebenarnya kurang tepat meskipun hal ini (bernafas) dilakukan tanpa kita sedari dan di luar kawalan kita. Bernafas secara ‘mendalam’ (Diaphragmatic breathing) seperti yang kita belajar dalam kelas pendidikan jasmani masa di sekolah dahulu adalah cara bernafas yang betul, kerana dengan cara ini kita dapat memaksimumkan kemasukan oksigen ke dalam badan, sekaligus memastikan sel-sel badan mendapat bekalan oksigen yang mencukupi untuk menjalankan tugas masing-masing.

5 – Dapatkan tidur yang mencukupi
Bunyinya seperti mudah, tetapi berapa ramai di antara kita yang mempraktikan tidur (malam) 8 jam sehari? Tidur yang mencukupi dan berterusan ini penting untuk memastikan otak mendapat ‘makanan’ dan rehat yang mencukupi, yakni menerusi tidur. Bila waktunya kita masuk tidur juga penting kerana HGH (Human Growth Hormone) yang mana penting untuk pertumbuhan otot dan fungsi imun lebih banyak dirembeskan sekitar jam 11pm dan 1am (berdasarkan jam biologi anda). Justeru itu, masuk tidur sebelum jam 11pm adalah amat digalakkan.

Monday, July 11, 2011

KISAH PEMUDA BERMALAM DI SYURGA

Lima orang buruh yang sangat miskin tinggal di sebuah kampong yang kecil. Mereka tidak mempunyai pekerjaan tetap untuk menampung sara hidup diri sendiri dan keluarga.
Kelima-lima mereka berpakat untuk mencari pekerjaan di bandar bersebelahan dengan kampong mereka.

Mulalah mereka membanting tulang di Bandar setiap hari dari pagi hingga ke petang. Mereka hanya pulang ke kampong menemui keluarga pada cuti hujung minggu. Namun salah seorang daripada mereka tidak begitu. Setelah selesai pekerjaan yang dilakukan ketika menjelang waktu Maghrib, dia segera menunaikan solat, kemudian bergegas pulang ke rumahnya di kampong. Keesokannya dia datang semula ke Bandar untuk meneruskan kerjanya.

Keadaan itu membuatkan kawan-kawan berasa hairan. Mereka berkata kepadanya, “mengapa kamu memenatkan diri berulang alik tidur bersama keluarga di kampong yang jauh jaraknya, pada hal kamu tak ada isteri dan anak-anak?”

Dia menjawab, “sesungguhnya aku pulang setiap malam untuk tidur di syurga!”
Kata-kata itu disambut dengan gelak ketawa oleh teman-temannya. Mereka berkata, “selama ini kami anggap kamu seorang yang siuman. Mungkin disebabkan kamu terlalu penat berulang alik fikiran kamu jadi kacau. Lebih baik kamu jumpa doctor supaya dia periksa dan rawat kamu.”

Dia menjawab, “sebelum jumpa doctor, mari kita jumpa seseorang yang boleh jadi orang tengah yang dapat menentukan bahawa kata-kataku adalah benar dan kamu tidak akan mendustaiku lagi.”

Mereka bertemu dengan seorang imam di sebuah masjid, lalu menceritakan kisah kawan mereka itu.

Dengan tenang imam meminta lelaki itu menceritakan kisahnya.

Dia berkata, “saya adalah anak tunggal kepada dua ibu bapa yang telah tua. Sayalah yang bertanggungjawab mencari nafkah untuk menyara mereka. Selepas selesai bekerja dan menunaikan solat Maghrib, saya terus pulang ke rumah saya di kampong. Setiba di rumah saya dapati ayah dan ibu saya telah makan malam dan tidur dengan nyenyak. Saya mengambil selimut dan tidur di hujung kaki mereka. Apabila fajar menjelang, saya membangungkan mereka untuk menunaikan solat Subuh. Saya sediakan air untuk mereka berwuduk, menyediakan sarapan dan keperluan-keperluan mereka. Selepas itu barulah saya ke Bandar untuk menyambung kerja dengan hati yang tenang. Saya benar-benar rasa bahagia kerana dapat menghabiskan malam saya di syurga.”

Imam berkata kepada empat orang sahabatnya, “demi Allah, sahabat kamu ini benar! Sesungguhnya Nabi s.a.w. bersabda (maksudnya): “Syurga itu di bawah telapak kaki ibu”