Friday, September 21, 2012

LDK: siapakah saya?, rantaian, banggunan kukuh


LDK 1
Tajuk       
Siapakah saya? 
Sasaran  
Murid atau kanak-kanak yang kurang menumpuhkan perhatian dan sesuai untuk semua peringkat umur kanak-kanak dan juga murid sekolah seramai 40 orang. 
Objektif  
Menguji kemampuan murid atau kanak-kanak untuk membuat pemerhatian serta kebolehan mereka mendengar secara mendalam dan jelas

Peralatan
Tape recorder atau voice recorder 
Jangkamasa
20 minit 
Langkah
Beberapa orang murid akan merakam suara mereka pada satu kawasan yang tidak akan didengari oleh murid yang lain. Mereka akan merakam sesuatu yang menjelaskan tentang diri mereka dalam perkataan. Contohnya, saya berumur 7 tahun, mempunyai rambut yang panjang dan memakai kasut hitam. Siapakah saya? Atau bagi peserta kanak-kanak yang berumur lebih tua mereka boleh merakam ciri-cirinya yang tidak diketahui oleh peserta yang lain atau boleh dilihat. Contohnya, “saya mempunyai seekor kucing bernama Angelina dan saya suka berbasikal pada setiap hujung minggu”. Siapakah saya? Atau bagi kumpulan yang sudah mengenali antara satu sama lain mereka boleh mengubah suara mereka semasa melakukan rakaman suara.
Selepas itu, suara yang dirakam akan dimainkan semula dan para peserta akan meneka suara siapakan yang sedang bercakap.
Pada akhir aktiviti ini, fasilitator boleh membuat kesimpulan bahawa adalah penting untuk mereka mengetahui maklumat rakan supaya perhubungan dapat dieratkan lagi. Melalui perhatian dan kepekaan serta mendengar dengan baik adalah penting agar mereka dapat mengenali rakan-rakan yang lain. Mendengar dan memberikan tumpuan yang baik juga boleh diaplikasikan semasa berada dalam kelas agar murid dapat memahami apa yang sedang dipelajari seterusnya dapat memberikan maklumbalas terhadap isu yang sedang dibincangkan.
FALSAFAH
Menumpukan perhatian dan peka terhadap persekitaran sosial.

LDK 2
Tajuk
Membuat satu rantaian yang panjang

Sasaran
Pelajar dalam kelas seramai 20 -30 orang

Objektif
Mewujudkan kerjasama dan menanamkan sikap jujur dalam diri setiap ahli

Peralatan
Sebarang alat yang dimiliki oleh ahli kumpulan

Jangkamasa
5 minit

Langkah
1.    Minta setiap murid membentuk beberapa buah kumpulan di mana terdiri daripada 4-5 orang dalam satu kumpulan
2.    Arahkan mereka untuk membuat satu rantaian yang panjang. Mereka boleh menggunakan sebarang benda atau alat yang dimiliki contohnya tali kasut, pen, buku, beg dan lain-lain
3.    Walau bagaimanapun kumpulan tidak dibenarkan untuk mengambil alat atau benda yang berada jauh daripada tempat di mana mereka berada.
4.    Sesiapa yang melanggar peraturan akan dianggap batal

Falsafah
1.    Menguji sejauh mana kejujuran ahli dalam setiap kumpulan
2.    Mewujudkan kerjasama  dan semangat kesatuan

LDK 3
Tajuk 
Membina bangunan yang kukuh

Sasaran  
Sasaran adalah kepada pelajar yang kurang mendengar arahan dengan betul dan seterusnya menyegarkan minda mereka. aktiviti ini juga sesuai untuk mewujudkan nilai kerjasama dalam sebuah kumpulan yang kurang berkerjasama. (4-5 orang pelajar dalam satu kumpulan)

Objektif  
Menguji kemampuan pelajar membuat interpretasi terhadap setiap arahan yang diberikan. Menggalakkan kerjasama dan kerja sepasukan, membantu menyedarkan pelajar tentang kepentingan mendengar arahan dengan teliti serta memberi perhatian dan penumpuan dan juga

Peralatan
Surat khabar lama

Jangkamasa
5 hingga 10 minit

Langkah
  1. Arahkan pelajar untuk membentuk satu kumpulan seramai 6 hingga 8 orang
  2. Terangkan peraturan bahawa ahli kumpulan tidak boleh menggunakan bahan atau sumber lain selain daripada surat khabar lama yang telah disediakan.
  3. Minta setiap kumpulan membina satu bangunan yang kukuh dengan menggunakan surat khabar lama yang telah disediakan untuk setiap kumpulan.
  4. Berikan mereka masa selama 5 hingga 10 minit untuk menyiapkan bangunan tersebut.
  5. Setelah siap sila periksa hasil kerja setiap kumpulan. Pilih lum[ulan yang telah berjaya membina satu bangunan yang kukuh.
  6. Semasa aktiviti ini, terdapat kumpulan yang akan berusaha untuk membina bangunan yang tinggi tetapi tidak kukuh. Arahan sebenarnya ialah mereka perlu membina bangunan yang kukuh dan bukannya bangunan yang tinggi. Mereka hanya perlu memastikan bangunan yang dibina adalah kukuh. Mereka akan keliru di mana bila terfikir atau terdengar perkataan bangunan mereka pasti akan mengandaikan bahawa ia haruslah tinggi. Walau bagaimanapun arahan adalah fokus kepada kekukuhan bangunan dan bukan kepada sejauh mana tinggi bangunan yang dihasilkan.
  7. Fasilitator membuat kesimpulan ringkas bahawa mendengar arahan dengan teliti serta memberi perhatian dan penumpuan adalah sangat penting bagi mencapai sesuatu matlamat dan dalam menghasilkan sesuatu. Selain itu, kerjasama juga adalah sangat penting agar dapat menyelesaikan sesuatu tugasan samada ia adalah tugasan yang susah atau mudah.

FALSAFAH
Mendengar arahan dengan jelas dan dapat membuat interpretasi dengan tepat terhadap setiap arahan.

created by: juthersa


1 comment: