Friday, September 21, 2012

LDK: titanic, love your look


LDK 1
TAJUK                       :  TITANIC

OBJEKTIF                 :  1. Peserta dapat berkongsi pengalaman dan terbuka untuk 
                                           berkongsi tentang kehidupannya.

  2. Supaya peserta dapat bertindak dengan pantas beserta dengan 
      pemikiran yang tajam.

  3. Keputusan mestilah dibuat secara tepat dan tidak terburu-buru.

PERALATAN                        :   Reben (warna hijau, merah, putih, kuning, biru), belon, tali, pen 
                                       marker dan gunting.

LAGU                         :   Lagu sumazau, dan lagu slow rock

JANGKA MASA       :   50 minit

LANGKAH-               : 1. Fasilitator memberikan penerangan kepada peserta apa yang   
LANGKAH                      perlu mereka hasilkan.

2. Fasilitator meminta peserta memilih reben mengikut warna   
    pilihan, belon, tali dan pen marker.

  3. Fasilitator meminta peserta untuk mengikat reben di   
     tangan sebelah kiri dan meniup belon. Kemudian peserta
     dikehendaki melukis sebuah kapal dan menulis 5 orang yang  
     perlu diselamatkan mengikut keutamaan di atas belon tersebut.  
     Belon itu perlu diikat di kaki kiri peserta.

   4. Fasilitator memaklumkan peserta bahawa belon itu perlu dijaga
     dan dilindungi sama seperti mereka bertindak sebagai
     penyelamat yang berada di dalam sebuah kapal dan perlu
     menjaga orang-orang penting di dalamnya.

4. Fasilitator meminta peserta menari sambil berpusing dalam 
    bulatan mengikut muzik yang telah ditetapkan kemudian sebaik
    sahaja muzik dihentikan, peserta saling memijak belon peserta  
    yang lain. Masa yang diperuntukan adalah 10 minit.

                                      5. Kumpulan diminta berkumpul mengikut warna reben yang
                                          dipilih.

                                      6. Dalam kumpulan peserta berbincang dan berkongsi tentang
                                          aspek :

~ Strategi keselamatan

~ Pendapat mereka tentang penyusunan nama tersebut.
 FALSAFAH               : 1. Seseorang itu perlu bijak bertindak.
   2. Tenang menghadapi saat-saat genting.
   3. Keputusan yang baik hasil pemikiran yang tajam.
   4. Menghargai dan menyayangi orang lain sama seperti 
       menyayangi diri sendiri
   5. Bijak menyusun strategi.

LDK 2
TAJUK                       :  LOVE YOUR LOOK

OBJEKTIF                 :  1. Peserta dapat berkongsi idea, pengalaman dan kemahiran di  
                              dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang
      diarahkan.

   2. Peserta dapat memperlihatkan bakat kepimpinan di dalam 
       merancang dan melaksanakan sesuatu tugas sehingga
       selesai.

   3. Peserta dapat bekerjasama berfikir secara kreatif dan kritis
       untuk menghasilkan sesuatu benda yang baru   

PERALATAN                        :   Kad manila, surat khabar, gam, pen marker, & gunting.

LAGU                         :  Sean Kingston (Beautiful Girl)

JANGKA MASA       :   50 minit

LANGKAH-               : 1. Fasilitator memberikan penerangan kepada peserta apa yang   
LANGKAH                     perlu mereka hasilkan.

2. Fasilitator meminta peserta membentuk 5 kumpulan iaitu, 8 
    orang dalam 1 kumpulan. Setiap kumpulan melantik seorang 
    ketua dan setiap kumpulan diberi peralatan tersebut di atas.

3. Fasilitator meminta setiap kumpulan untuk menghasilkan 1  
   pakaian menggunakan peralatan itu dan seorang ahli kumpulan
   menjadi model pakaian tersebut. Masa yang diberi adalah 40
   minit.

                                      4. Fasilitator meminta peserta menggayakan pakaian itu.

                                      5. Kumpulan diminta menamakan pakaian yang direka dan
                                          menjelaskannya. Hasilnya akan dipertandingkan.

  6. Fasilitator dan peserta-peserta berbincang tentang aspek :

~ Kekemasan
~ Pengurusan masa
~ Keunikan pakaian yang direka
~ Kerjasama ahli kumpulan


FALSAFAH               :1. Usaha Tangga Kejayaan.
  2. Bersatu Teguh Bercerai Roboh.
                                      3. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
  4. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
  5. Belajar menghargai pendapat orang lain.
  6. Kerja secara berkumpulan adalah lebih baik daripada secara   
      bersendirian.
 7. Jika kita dapat uruskan masa dengan baik untuk menjayakan
     sesuatu.
8. Kita dapat elakkan diri daripada melakukan perkara yang tidak              baik.



created by: merysia


No comments:

Post a Comment