Monday, May 18, 2015

Pengalaman Adalah Cikgu Paling Kejam


Sekejam-kejam manusia bernama cikgu, kejam lagi pengalaman. Bila dengar je berita kekejaman cikgu, muka masih mampu tersenyum. Dalam hati terdetik, itu belum cukup kejam.

Apa bayangan kekejaman cikgu pernah kita gambarkan? Apa perbuatan cikgu yang dianggap kejam dalam mendidik anak murid? Kalau setakat rotan, berdiri atas kerusi, berjemur di tengah panas, gigit telinga, itu belum cukup kejam.

Terasa hati sangatkah ibu bapa dengan kekejaman cikgu bila cikgu suruh anaknya sapu sampah akibat membuang plastik gula-gula merata-rata? Kalau itulah definisi kekejaman seorang cikgu, masih boleh diperbetulkan lagi.

Pernah dengar cikgu bernama Pengalaman? Dia lagi kejam. Kadang-kadang dia mengajar kita dengan cara yang tak terfikir dek akal. Mengajar ilmu perniagaan tanpa belas kasihan. Sampai terduduk anak muridnya bila tersilap langkah.

Cikgu bernama Pengalaman yang mengajar subjek politik juga kejam. Dia mengajar kita sampai ada yang mati. Tengok la sejarah negara kita. Cikgu Pengalaman mengajar kita erti sebuah kemerdekaan. Tok nenek berkorban dan terkorban dalam proses pembelajaran itu. Kita kalau taknak diperlakukan oleh cikgu yang bernama Pengalaman ni, kenalah belajar bersungguh-sungguh.

Lihatlah bumi sebelah Timur. Para Cikgu sedang mengajar manusia subjek Politik. Lihatlah di barat, Cikgu Pengalaman sedang mengajar subjek Akhlak. Lihatlah di serata dunia. Cikgu Pengalaman mengajar dengan cara yang amat kejam.
Pengalaman Mengajar Erti Kedewasaan

Berhati-hatilah dengan Cikgu Pengalaman. Dia ada bersama kita setiap masa. Kita sayangi dan hargai dia. Kekejaman dia adalah satu rahmat buat kita.

Thursday, February 5, 2015

Pekeliling Berkaitan Guru Bimbingan & Kaunseling

1.      KP : 8613/Jld 3/6. Asrama Sekolah (Selain daripada asrama-asrama sekolah berasrama penuh dan Sekolah Menengah Sains), Bertarikh 2 Oktober 1973.

 2.      Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 6A/1975. Disiplin, Murid-murid Menghisap Rokok, Bertarikh 5 September 1975. 

3.      Surat Pekeliling Bil 7/1975 Salahguna Dadah, Garis Panduan Untuk Guru Panduan Dan Guru Besar, Bertarikh 19 Ogos 1975.

 4.      Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 4/1978. Acara Suaikenal Di Sekolah-sekolah, Bertarikh 2 Mei 1978.            

 5.      KP(BS)  8786-51/Jld III/ (34). Laporan Penggal Kes-kes Penyalahgunaan Dadah,  Bertarikh 27 Jun 1978.       

6.      Surat Pekeliling Ikhtisan Bil 1/1983. Garis Panduan Kempen Anti Merokok Di Sekolah-sekolah, Bertarikh 25 Februari 1983. 

7.      KP(BS) 8591/Jld II (4). Acara Suaikenal Di Sekolah-sekolah, Bertarikh 17 Mac 1983. 

8.      Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 8/1983. Mengenakan Hukuman Biasa Terhadap Murid-murid Yang Melakukan Perbuatan Salah Laku Yang Tidak Dinyatakan Dalam Peraturan-peraturan Pelajaran, Bertarikh 7 November 1983. 

9.      Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 4/1984. Perhimpunan Sekolah, Bertarikh 14 Jun 1984. 

10.  Surat Kelulusan Perbendaharaan Bil KK/BP(29.00) 248/14.25 (Jld 2/73). Kelulusan Kadar Penyediaan Bermasak Bagi Peserta-peserta Kursus Dalam Perkhidmatan Yang Menghadiri Kursus Di Dalam Kawasan Ibu Pejabat ( Lingkungan 25 KM). 

11.  Pekeliling Perbendaharaan Bil 5 Tahun 1995. Peraturan Mengenai Kadar-kadar Dan Syarat Bayaran Saguhati Kepada Pensyarah/Penceramah Sambilan.    

12.  Surat Pekeliling Iktisas Bil.1 / 1995. Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta Kegiatan Kokurikulum dan Sukan Di Dalam dan Di Luar Kawasan Sekolah. 

13.  Surat Pekeliling Iktisas Bil. 9 / 1995. Rancangan Kegiatan Sekolah Selepas Peperiksaan UPSR Bagi Murid-Murid Tahun 6. 

14.  Surat Pekeliling Iktisas Bil. 2 / 1996. Penampilan Diri Pelajar, Kekemasan dan Kerapian Berpakaian. 

15.  Surat Pekeliling Iktisas Bil. 3 / 1996. Panduan Tambahan : Pelantikan Guru Kaunseling Sepenuh Masa di Sekolah Menengah.

16.  Surat Pekeliling Iktisas Bil. 4 / 1997. Hukuman Ke Atas Murid Menghisap Rokok. 

17.  Surat Pekeliling Iktisas Bil. 2 / 1999. Penganjuran Program Motivasi Di Sekolah. 

18.  Surat Pekeliling Iktisas Bil. 4 / 2002. Pelaksanaan Program Sekolah  Selamat. 

19.  Surat Pekeliling Iktisas Bil. 5 / 2002. Lawatan Sekolah Pada Hari Persekolahan.

 20.  Surat Pekeliling Iktisas Bil. 14 / 2002. Pelaksanaan Pendidikan Wajib di Peringkat Rendah 2003. 

21.  Surat Pekeliling Iktisas Bil 3 / 2003. Ke Arah Membudayakan Nilai Berterima Kasih. 

22.  Undang-undang Malaysia Akta 611. Akta Kanak-kanak 2001. 

23.  Undang-undang Malaysia Akta 580. Akta Kaunselor.             

24. Hak Asasi Kanak-kanak di Konvensyen Geneva.

Wednesday, January 21, 2015

KATA PUJANGGA

Jika anda FAIL(gagal) jangan putus asa,
sebab FAIL bermaksud First Attempt In Learning (langkah pertama dalam pembelajaran)

END (tamat) bukanlah pengakhiran,
malah END bermaksud Effort Never Die (usaha tidak sesekali berhenti)

jika NO (tidak) sebagai jawapan,
ingatlah NO bermakna Next Opportunity (peluang seterusnya)

peganglah kata2 ini

kata terakhir sebelum melangkah pergi

SALAM
TEMAN NAK MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPAD SAHABAT2 YANG BANYAK MEMBANTU  DAN MEMBERI TUNJUK AJAR SEPANJANG BERKHIDMAT DI XXX.

BEKERJALAH DEMI TUHAN DAN RAKYAT. PASTIKAN AUTORITI AWAM INI BERFUNGSI SEPERTI YANG SEPATUTNYA DAN BUKAN SEBALIKNYA KERNA SISTEM ITU AKAN TERGANGGU

PERUBAHAN BUKAN SATU TAKDIR YANG HARUS DITUNGGU, SEBALIKNYA TANGGUNGJAWAB MENGGERAKKAN MASSA KEARAHNYA.
SELAMAT MAJU JAYA.