Friday, September 22, 2017

SELAMAT TAHUN BARU 1439H

Selamat menyambut tahun yang ke 1439 dalam kalendar Hijriyah. Hasil ijtihad Khalifah Umar ibnu al-Khattab, maka umat Islam mempunyai kalendarnya sendiri. Selain itu, ia menyebabkan generasi umat Islam sehingga hari ini sentiasa memperingati peristiwa hijrah Rasulullah dari Mekah ke Madinah.

Umar telah memilih tahun penghijrahan Nabi, bukan tahun kelahiran baginda, bukan tahun pengangkatannya sebagai Rasul dan bukan tahun kewafatannya, sebagai tarikh permulaan kalendar. Ia menunjukkan bahawa Umar dan sahabat-sahabat di zaman itu amat menghargai betapa pentingnya hijrah dalam seluruh kehidupan Nabi, berbanding peristiwa-peristiwa lain.

Ada banyak sunnah Rasulullah yang boleh kita ikuti, dari cara beribadah, berpakaian sehinggalah ke cara berperang. Tetapi, satu sunnah yang harus kita hidupkan ialah sunnah berhijrah. Umat Islam harus berani berubah, melakukan turning point dalam kehidupan dan mencuba kaedah dan platform baru dalam memperbaiki nasib umat.

Semoga kita semua tergolong dalam kalangan orang-orang yang berhijrah.

Saturday, August 27, 2016

Minda Sedar dan Minda Separa Sedar

Minda Sedar (Conscious Mind) – minda yang kita boleh kawal, seperti berfikir, belajar, memasak, berbual, dan banyak lagilah

Minda Separa Sedar (Subconscious Mind) – ia tidak berfungsi secara logik, lebih kepada emosi, rasa hati, imaginasi, mimpi

90% daripada badan kita adalah milik minda separa sedar. Kita perlu seiringkan kedua-dua minda ni supaya kita dapat menjadi insan yang lebih baik, dan berjaya dalam hidup. Contohnya minda sedar kita kata saya nak dapat cemerlang untuk peperiksaan. Tapi minda separa sedar kita tak inginkannya pun, asyik berfikiran negatif, rasa diri tak layak, tak pandai, so kita takde usaha pun ke arah itu. Kedua-duanya tak seiring, so kita jadi malas, lemau, takde semangat untuk dapatkannya. Nak study pun asyik bertangguh, sebab minda separa sedar kita tak mengarahkan badan kita untuk buat pun, dan menarik tenaga-tenaga dan sumber-sumber negatif dekat dengan kita.

Cara nak aktifkan minda separa sedar


Kita boleh aktifkan dan mantapkan minda separa sedar pada waktu-waktu yang dipanggil sebagai alpha wave di mana ianya adalah waktu perantaraan minda sedar dan minda separa sedar.
  • Waktu hujan
  • Waktu kita berehat
  • Waktu solat
  • Waktu hampir tidur

Waktu-waktu ini adalah di mana kita di dalam keadaan tenang dengan suasana yang tenang. Paling senang nak buat masa kita nak tidur.
  • Pejamkan mata
  • Bercakap dengan diri sendiri di dalam hati, apa yang nak kita berlaku esok atau bila-bila
  • Berdoa pada Allah, mintak apa yang kita nak dan hajati
  • Ulang banyak-banyak kali

Cth: Nak bangun awal untuk study 

Cakap dalam hati, “aku nak bangun pukul 3pg esok”, “aku nak studi”, “bangun siti bangun, pukul 3pg dah”, “bagus siti, berjaya bangun awal”.

Ucapkan kata-kata yang positif sahaja, spesifikkan hajat kita, ulang kata-kata tu banyak kali, sampai terlelap pun takpe. Percayalah, pukul 3pg atau mungkin lebih awal, kita akan terbangun dengan sendirinya.

Selain waktu-waktu itu, kita masih boleh aktifkan minda separa sedar kita sendiri. Bukan hanya pada waktu alpha tadi, bila-bila masa kita nak aktifkan pun boleh, tapi pastikan tiada gangguan luar la ye. Caranya adalah dengan menggunakan teknik pernafasan alpha.


Bila minda separa sedar kita banyak dimasukkan dengan elemen-elemen baik dan positif, kesannya ia akan menarik situasi-situasi baik, orang yang baik-baik, dan benda-benda yang baik kerana kesemuanya mempunyai getaran tenaga yang baik.