Friday, September 21, 2012

LDK: teka silang kata, mencari pasangan


LDK 1
Tajuk: Teka Silang Kata
Masa: 10 minit
Alat: kertas dan pensel
Bilangan ahli: 4 orang setiap kumpulan
Objektif:
  1. menggalakkan ahli bekerjasama
  2. menggalakkan ahli berfikir dengan kreatif.
Langkah:
  1. bahagikan ahli kelompok kepada beberapa kumpulan dengan empat orang ahli dalam setiap kumpulan. Edarkan satu kertas yang mempunyai bentuk silah kata.
  2. terangkan bahawa setiap kumpulan diberikan masa 5 minit untuk menulis seberapa banyak perkataan dalam bahasa melayu dalam bentuk silang kata.
  3. terangkan peraturannya bahawa setiap kumpulan perlu menulis satu perkataan yang dipersetujui oleh semua ahli sebelum ahli lain boleh mencadangkan perkataan lain
  4. tekankan juga bahawa sangat penting setiap ahli menyumbangkan perkataan supaya tugas tidak tertumpu kepada seorang ahli sahaja.
  5. nyatakan juga bahawa satu poin akan diberikan pada setiap abjad dalam perkataan.
  6. minta mereka mencari satu tema dan membina perkataan berdasarkan tema itu. Misalnya, alat sukan, barang dapur dan sebagainya.
  7. lepas 10minit minta mereka berhenti dan kira berapa patah perkataan yang mereka tulis.
  8. kumpulan yang mendapat markah tertinggi diistiharkan sebagai pemenang. Berikan ganjaran kecil.
  9. bincang bersama ahli bagaimana mereka berjaya atau gagal mendapatkan perkataan yang dikehendaki dan apakah strategi yang mereka gunakan untuk membuat aktiviti ini.
  10. fasilitator meminta mereka merumuskan bagaimana aktiviti ini dapat dikaitkan dengan kehidupan seharian mereka.

LDK 2
Tajuk:mencari pasangan
Masa: 20minit
Alat: tiada
Bilangan ahli: tiada had
Objektif:
  1. membolehkan ahli berkenalan dengan lebih mendalam dan merasa selesa di antara satu sama lain.
  2. ahli dapat memahami persepsi rakan terhadapnya.
Langkah:
  1. fasilitator menerangkan kepada semua ahli kelompok bahawa mereka diberikan masa untuk berfikir tentang seorang rakan dalam kumpulan yang mereka rasa selesa dan telah mengetahui latar belakangnya walaupun ringkas.
  2. minta setiap ahli memilih dengan senyap seorang rakan tanpa memberitahunya dan menulis satu iklan “mencari pasangan” untuknya.
  3. contoh:
“gadis berumur 22 tahun, berasal dari Kuching Sarawak, mempunyai ijazah dalam teknologi maklumat. Orangnya tinggi lampai, bercermin mata, kulit sawo matang, berambut pendek dan suka tersenyum.seorang yang suka aktiviti luar sperti luar seperti traking, berenang dan bermain bola tampar. Berpersonaliti happy go lucky dan gemarkan warna biru. Makanan kegermarannya ialah roti canai.
  1. beri masa kepada ahli menulis iklan rakan yang mereka pilih.
  2. setelah siap, tampal semua iklan disekeliling bilik, minta ahli berjalan membaca iklan tersebut dan cuba meneka siapakan ahli yang dimaksudkan.
  3. jika tekaan merek betul, pergi pada orang berkenaan dan dapatkan maklumat lain daripadanya. Tanyakan samada maklumat yang terdapat pada iklan itu benar atau tidak. Apakah lagi yang boleh di masukkan dalam iklan tersebut.?
  4. pada mereka yang tidak dipilih dan tiada iklan dipaparkan, bincangkan apakah perasaan mereka dan mengapa agaknya mengapa mereka tidak dipilih untuk diiklankan.
  5. fasilitator boleh meminta ahli membuat rumusan tentang pembelajaran yang mereka dapati dalam aktiviti berkenaan.

created by: clarence

No comments:

Post a Comment