Friday, September 21, 2012

LDK: Amboi dan Bamboi, hai..nasi goring


LDK 1
Tajuk :Amboi dan Bamboi
Masa: 20 minit
Alat: Tiada
Bilangan: Tiada had
Objektif:
  1. menyegarkan fikiran
  2. memberi perhatian dan tumpuan
  3. berikhtiar secara aktif untuk mencapai kejayaan

langkah:
  1. beritahu semua ahli kelompok bahawa mereka dikehendaki mengenal pasti secara senyap dua orang dalam kelompok. Beritahu mereka bahawa mereka perlu memberi nama kepada rakan yang dipilih itu dalam hati. Seorang rakan di namakan “Amboi” dan seorang lagi sebagai “Bamboi”.
  2. terangkan kepada ahli kelompok bahawa tugas mereka ialah pergi sedekat yang boleh kepada “Amboi” dan pada masa yang sama. Mereka harus terus menjauhkan diri sejauh-jauhnya daripada “bamboi” dan perlu menghalang “amboi” mendekati “bamboi” dengan cara mereka sendiri tanpa disedari oleh rakan “amboi”dan “bamboi” tadi.
  3. pastikan aktiviti ini difahami dengan jelas. Berikan masa 5-10 minit untuk aktiviti ini dilakukan. Perhatikan interaksi yang berlaku di kalangan ahli kelompok dan strategi mereka dalam merapat dan menjauhkan diri daripada “amboi” dan “bamboi”.
  4. bincang perasaan ahli dan reaksi mereka tentang aktiviti ini. Apakah strategi yang mereka gunakan untuk menghalang “amboi” mereka daripada mendekati “bamboi”? bolehkan mereka meneka siapakah yang menjadi “amboi” dan “Bamboi”? apakah pembelajaran yang boleh mereka simpulkan daripada aktiviti ini
LDK 2 
Tajuk: hai..nasi goring
Masa: 20 minit
Alat: tiada
Bilangan ahli: 20-30 orang

Objektif:

  1. menyegarkan minda supaya cergas.
  2. menyedarkan ahli supaya selalu cergas memberi penumpuan apabila seseorang itu bercakap.

Langkah:
  1. minta semua ahli berdiri. Terangkan kepada mereka supaya mengikut apa yang dilakukan oleh fasilitator.
  2. fasilitator melakukan aktiviti dengan melafazkan ayat berikut sambil menggunakan isyarat tangan:
“saya” (tunjuk pada diri) suka (letak kedua tangan di dada) makan (tunjuk mulut seperti makan) nasi (gunakan hujung jari seperti menggaul nasi) goring (buat isyarat dengan tangan seolah-olah menggoreng), nasi (isyarat nasi) goreng (isyarat goreng) saya (tunjuk pada diri) tidak (goncang tangan isyarat tidak) suka (isyarat).”
  1. mula-mula biarkan ahli melakukan aktiviti ini dengan perlahan. Apabila mereka sudah selesa, minta mereka melakukannya dengan cepat. Sesiapa yang teragak-agak atau salah menunjukkan isyarat, ahli tersebut diminta keluar atau duduk. Lakukan aktiviti ini berulang-ulang sehingga tinggal hanya seorang atau sekumpulan yang kecil.
  2. berikan penghargaan kepada ahli atau kumpulan yang berjaya melakukan aktiviti ini tanpa sebarang kesilapan.
  3. fasilitator menggerakkan perbincangan dengan bertanya reaksi ahli tentang aktivti ini. Minta ahli yang pertama keluar atau duduk tadi menerangkan mengapa berlaku demikian.apakah perasaannya?mengapa ahli yang tetap tidak membuat silap, boleh berbuat demikian. Kaitkan hasil aktiviti ini dengan objektif dan rumuskan dengan situasi sebenar yang memerlukan mereka melakukan sesuatu tugas dengan penuh penumpuan. Jika tiada penumpuan maka akan berlaku banyak kesilapan dalam tugas tersebut.
 created by: edmund

No comments:

Post a Comment