Monday, September 16, 2013

PENDIDIKAN TULEN VS PENDIDIKAN PLASTIK.

Dalam negara mancapai kemerdekaan ke 56 pelbagai agenda dan dasar telah ditambah dan diperkenalkan. Terdapat dasar yang memudahkan dan terdapat juga yang menyusahkan. Teman yang bergelar pendidik mungkin lebih memahami dengan adanya PBS, KSSR, KSSM, SPS dan sebagainya.

Sejak 56 tahun yang lalu juga tidak putus2 agenda perpaduan diwar2kan. Adakah 56 tahun tidak cukup untuk menyatupadukan rakyat melalui elemen pendidikan. TRANFORMASI yang diagung2kan sepatutnya menjadi wadah memperkasakan pendidikan kebangsaan. Sebaliknya juga berlaku. Dasar2 sedia ada perlu ditambah nilai , tetapi apa yang berlaku dasar2 diubah kedasar baru dan peringkat pelaksana perlu bermula dari awal.

Jika  pada tahun 70an dan 80an sistem peperiksaan  diubah kepada sistem yang lebih mudah iaitu memperkenalkan sistem jawapan OMR tiada lain adalah untuk meningkatkan taraf pendidikan bumiputera. 56 tahun masih belum cukupkan bumiputera didik untuk bersaing secara terbuka. Jika belum, siapakah yang membodohkan bumiputera?

Kebanjiran IPTA & IPTS bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Ini bagus untuk memberi pelbagai pilihan dan bertambah baik jika ianya PERCUMA. Maknanya mahasiswa yang dikeluarkan tidak dibelenggu hutang dan mendapat tekanan selepas tamat menara gading. Isu yang sering diungkap adalah mahasiswa tidak berkualiti sehingga ranking universiti tempatan jatuh baru2 ini.

Apapun isu dan cabarannya, pendidikan tulen perlu dikembalikan. Pendidikan plastik dipraktikkan ketika ini dimana pelaksana perlu mengikut ketetapan pemerintah. Jika pada tahun 70an mahasiswa mobilise secara sendiri, tetapi kini segalanya disusun oleh pemerintah. Pembetulan perlu dilakukan dari elemen pendidikan terendah hingga ke tertinggi supaya pemerkasaan itu benar2 terjadi dan bukan retorik semata2.

Monday, July 1, 2013

10 Perangkap Syaitan

Mengikut para ulama, syaitan akan menguasai tubuh badan manusia melalui sepuluh pintu:

1. Melalui sifat bohong dan angkuh

Dua sifat inilah yang amat mudah tersemai dan menyubur dalam diri manusia. Ia berpunca daripada keegoan manusia itu sendiri yang lazimnya akan mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan dan kesenangan.

2. Melalui sifat bakhil dan kedekut

Setiap harta benda dan kemewahan yang diperoleh adalah kurniaan ALLAH yang seharusnya dibelanjakan ke jalan yang hak. Ia boleh digunakan untuk membantu kesempitan hidup orang yang memerlukan sama ada melalui kewajipan berzakat atau bersedekah.

3. Melalui sifat takbur dan bongkak

Sifat ini selalunya bertapak dalam diri seseorang manusia yang merasakan dia sudah memiliki segala-galanya dalam hidup ini. Mereka terlupa bahawa kesenangan dan kenikmatan yang dikurniakan itu boleh ditarik oleh ALLAH pada bila-bila masa saja. ALLAH Taala berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang takbur.'' (An-Nahl:23)

4. Sifat khianat

Khianat yang dimaksudkan bukan sahaja melalui perbuatan merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain, tetapi juga mengkhianati hidup orang lain dengan tidak mematuhi sebarang bentuk perjanjian, perkongsian dan sebagainya.

5. Sifat tidak suka menerima ilmu dan nasihat

Junjungan Rasulullah s.a.w. selalu menasihati para sahabat baginda agar menjauhkan diri masing-masing daripada menjadi golongan manusia yang dibenci ALLAH iaitu golongan yang tidak suka diri mereka dinasihati atau mendengar nasihat orang lain.

6. Melalui sifat hasad

Perasaan hasad dengki selalunya akan diikuti dengan rasa benci dan dendam yang berpanjangan. RasuluLlah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Hindarilah kamu daripada sifat hasad kerana ia akan memakan amalan kamu sebagaimana api memakan kayu yang kering " (Riwayat Bukhari dan Muslim).

7. Melalui sifat suka meremehkan orang lain

Sifat ego manusia ini selalunya akan lahir apabila seseorang individu itu merasakan dirinya sudah sempurna jika dibandingkan dengan orang lain. Orang lain dilihat terlalu kecil dan kerdil jika dibandingkan dengan apa yang dia miliki. Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawa RasuluLlah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik iaitu orang tua Muslim, orang yang berilmu dan imam yang adil.'' (Riwayat Muslim).

8. Melalui sifat ujub atau bangga diri

Menurut Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Jangan kamu bersenang lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba ALLAH itu bukan orang yang bersenang-senang sahaja.'' (Riwayat Abu Naim daripada Muaz bin Jabal)

9. Melalui sifat suka berangan-angan

Islam adalah anti kemalasan. Orang yang berat tulang untuk berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup akan dipandang hina oleh ALLAH dan manusia. Mereka lebih gemar berpeluk tubuh dan menyimpan impian yang tinggi tetapi amat malas berusaha untuk memperolehnya.

10. Melalui sifat buruk sangka

Seseorang yang suka menuduh orang lain melakukan sesuatu kejahatan tanpa diselidiki terlebih dulu amat dicela oleh Islam. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: ``Nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang berkata itulah sebenarnya yang telah rosak dirinya.'' (Riwayat Muslim)

Wednesday, January 16, 2013

EGG ON SPIDER NET


MASA : 30 MINIT
ALATAN : TALI, TELUR
                                                                                                           
PROSEDUR
 

  1. Ahli kumpulan berada dalam bulatan.
  2. Tiap ahli kumpulan akan diberikan segulung tali dan sebiji telur.
  3. Ahli kumpulan dikehendaki untuk membuat sarang labah-labah mengikut kreativiti masing-masing bagi menampung telur yang akan diletakkan di tengah-tengah pusat sarang labah-labah terbabit.
  4. Fasilitator perlu memastikan bahawa sarang labah-labah yang telah dibentuk dapat menampung telur yang akan diletakkan ditengah-tengah sarang labah-labah tersebut.
  5. Setelah itu, semua ahli kumpulan dikehendaki untuk membawa telur terbabit bergerak ke satu kawasan yang ditetapkan.
  6. Pastikan bahawa telur yang dibawa itu  tidak jatuh dan pecah.

FALSAFAH

  1. Memupuk kerjasama dikalangan ahli kumpulan.
  2. Kerja sepasukan menuntut banyak nilai-nilai positif seperti, toleransi, kerjasama, berfikiran terbuka, tolong menolong dan lain-lain.
  3. Penyelesaian masalah secara kumpulan lebih bekesan jika ada kerjasama dan cara kerja yang sistematik dan efektif.
  4. Sudah menjadi lumrah manusia untuk hidup secara berkumpulan/kelompok.
  5. Bak kata pepatah ‘Yang Berat Sama Dipikul Yang Ringan Sama Dijunjung’ 

CELIK TELINGA (KOMUNIKASI)


MASA : 30 MINIT
ALATAN : KERTAS A4, PEN

PROSEDUR
  1. Minta peserta duduk berpasangan atas kerusi dengan belakang membelakangi antara satu sama lain.
  2. Secara bergilir, setiap peserta diminta bertanya soalan-soalan mengenai latar belakang rakannya selama 3 - 4 minit.
  3. Minta peserta kembali ke tempat duduk asal.
  4. Edarkan kertas A4 kepada semua peserta
  5. Minta seorang peserta tampil kehadapan dan berikan sekeping gambar (Lampiran B). Arahkan peserta tersebut menjelaskan gambar yang diberikan dan peserta-peserta lain dikehendaki melukis gambar tersebut. Mereka tidak dibenarkan bertanya atau berbincang.
Setelah selesai bandingkan semua lukisan.
  1. Dapatkan seorang peserta lain untuk tampil kehadapan. Ulangi langkah 5 tetapi menggunakan gambar C. Kali ini peserta lain dibenarkan bertanya seberapa banyak soalan.
Setelah selesai, bandingkan semua lukisan.
  1. Dapatkan maklum balas peserta mengenai ketiga-tiga aktiviti diatas dan proses perlaksanaannya.
  2. Buat rumusan dan kaitkan dengan isu-isu komunikasi dan kepimpinan. 
FALSAFAH

  1. Komunikasi memainkan peranan yang penting dalam keberkesanan kepimpinan dan organisasi.
  2. Komunikasi bersemuka penting untuk memastikan mesej jelas dan tidak disalah tafsir.
  3. Komunikasi sehala akan menyebabkan penerima merasa tidak puas hati dan mesej mudah disalah tafsif atau ditolak.
  4. Komunikasi dua hala akan menjadikan mesej jelas dan kedua-dua pihak berpuashati.
  5. Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang dapat berkomunikasi dengan berkesan dalam semua keadaan.

REMPAH RATUS


MASA : 30 MINIT
ALATAN : SUP BUNJUT ADABI

PROSEDUR.
1.      Peserta diberi bungkusan sup bunjut yang mengandungi rempah ratus
2.      Setiap ahli diminta untuk mengkelaskan mengikut bahan-bahan yang terkandung di dalam sup bunjut terbabit.
3.      Kebebasan diberi dalam menggunakan instrument dalam pembahagian tersebut.

FALSAFAH

1.      Menilai kewibawaan individu sebagai patriotisme
2.      Membentuk dinamika diri dan kumpulan
3.      Menilai semangat pejuangan diri
4.      Membentuk pemikiran yang kreatif dan logik
5.      Meningkatkan kebolehan membuat keputusan yang Saintifik. 

GARI TANGAN


MASA : 30 MINIT
ALATAN : TALI

PROSEDUR.
1.      Sediakan gari tangan dengan menggunakan tali sepanjang 3 kaki. Pada kedua-dua hujung
2.      Tali itu, buat ikatan longgar seolah-olah bentuk gari.
3.      Minta peserta mencari pasangan masing-masing
4.      Berikan 2 gari tangan kepada setiap pasangan
5.      Panggil satu pasangan peserta kedepan dan buat demonstrasi aktiviti ini. Masukkan gari tangan pada kedua-dua tangan peserta (dua peserta), kemudian buka satu hujung gari pada tangan kiri peserta pertama, silangan gari ke gari peserta ke dua dan masukan balik hujung gari tadi ke tangan kiri peserta pertama.
6.      Sekarang kedua-dua pasangan ini bukan sahaja tangan mereka di gari tetapi pasangan ini juga telah digari apabila dibuat persilangan tali gari tadi.
7.      Minta semua pasangan lain berbuat demikian.
8.      Dalam masa 10 minit, minta semua pasangan melakukan sesuatu yang membolehkan mereka terpisah dari ikatan gari tangan TANPA membuka ikatan gari pada kedua-dua tali tersebut.
9.      Fasilitator membuat pemerhatian dan membuat rumusan berdasarkan aktiviti ini

FALAFAH
1.      Setiap kita terikat dengan berbagai tanggjawab, peranan, etika dan peraturan hidup
2.      Apabila kita dibelenggu masalah, mesti ada cara untuk mengatasinya  
3.      Sesuatu perkara yang kelihatan sukar akan menjadi senang jika kita bersedia berfikir secara kreatif dan positif.