Friday, September 21, 2012

LDK: ice breaking


ICE BREAKING  (KELOMPOK BESAR)

Aktiviti 1         : Salam Mesra
Masa              : 20 Minit
Alatan                        : Tiada
Objektif          :
1.    Mewujudkan suasana yang selesa di kalangan peserta.
2.    Mengurangkan rasa tertekan, takut.

Langkah        :
1.    Buat bulatan besar ( asing lelaki dan perempuan )
2.    Bilang 1. 2. 3. mengikut peserta.
3.    Peserta angka ganjil buat bulatan di dalam. Peserta di luar ikut arah jam dan peserta di dalam lawan arah jam.
4.    Setiap peserta memperkenalkan diri kepada semua ahli dalam bulatan.

Perbincangan:
1.    Apakah perasaan adik-adik… takut… tak selesa… malu…
2.    Apakah respons rakan-rakan adik apabila bercerita tentang diri… suka…dll

Pengajaran   :
1.    Pengenalan diri akan mewujudkan perhubungan yang mesra dengan orang yang belum dikenali.


Aktiviti 2         : Dunia ku dunia baru
Masa              : 30 Minit
Alatan            : Tiada
Objektif          :
1.    Memberi peluang kepada peserta berkenalan antara satu sama lain dalam suasana yang menyeronokkan.
2.    Mengurangkan rasa malu, rendah diri dan takut apabila berada dalam kelompok yang belum dikenali.

Langkah        :
1.    Peserta diberi kad yang masing-masing bernombor 1 –6.
2.    Setiap nombor akan mewakili satu gerakan tertentu.
3.    Peserta lelaki dan perempuan diminta berbaris sebelum kad diedarkan kepada mereka.
4.    Ketua menyatakan bahawa peserta berada dalam dunia baru. Di dunia ini tiada siapa yang boleh bertutur. Mereka hanya boleh melakukan gerakan yang tertentu. Mereka semua perlu mencari rakan yang sama jenis untuk membentuk satu perkampungan.
-          Jenis pertama aksi menangis
-          Jenis kedua aksi burung terbang
-          Jenis ketiga aksi ketawa
-          Jenis keempat aksi garu kepala
-          Jenis kelima aksi bunyi motor
-          Jenis keenam aksi bunyi kucing
5.    Apabila bertemu dengan jenis yang sama mereka perlu mengangguk dan cari rakan lain yang sama jenis.
6.    Ketua memastikan peserta tidak bercakap selain bunyi tertentu.
7.    Jika ada jenis yang tidak menemui jenis yang sama. Maka mereka perlu buat gerakan itu dan rakan mereka hendaklah menjemput mereka masuk kelompok.

Perbincangan:
1.    Bagaimanakah perasaan peserta menjalankan aktiviti
2.    Bagaimana cara berinteraksi apabila tidak boleh bertutur.

Pengajaran   :
Untuk berkenalan dengan seseorang, kita perlu mempunyai sifat peramah, sedia menghampiri dan tidak menunggu ditegur oleh orang lain.








LDK  (Kendiriku)

Aktiviti            :           Akukah itu?
Masa              :           30 minit
Alatan                        :Kertas A4 dan pen/pensel
Objektif          :           1.  Peserta mengenal diri mereka yang sebenar.
2.  Peserta akan dapat menyedari keadaan diri mereka.
3.  Timbul keinginan untuk meneroka keadaan diri sendiri.

Langkah        :          
1.            Peserta diminta untuk melukis gambar mereka sendiri mengikut kebolehan masing-masing. (Kecantikan lukisan itu tidak penting)
2.            Peserta diminta tidak duduk terlalu dekat (jarak antara peserta) semasa melakukan tugas ini.
3.            Letakkan tanda yang mudah untuk kenal pasti lukisan masing-masing. Tetapi jangan tulis nama pada lukisan tersebut..
4.            Masa diberikan antara 5 – 7 minit untuk menghasilkan lukisan tersebut..
5.            Ketua akan mengumpul semua lukisan yang telah siap dan kemudian menyerahkan semula kepada peserta. Tetapi  kena pastikan bahawa lukisan yang dibuat itu tidak diserahkan kepada empunya lukisan.
6.            Peserta diminta untuk mengenal pasti tuan empunya lukisan gambar tersebut dengan hanya menunjukan sahaja apabila diminta oleh ketua tanpa bergerak atau bangun dari kerusi.
7.            Bagi peserta yang salah meneka , ketua akan cuba bertanya mengapakah susah untuk mengenal pasti empunya lukisan gambar tersebut dan bagi yang meneka dengan betul ketua  akan menanyakan sebab mereka bolah meneka dengan betul.

Pengajaran/
Rumusan      : 1. Susah untuk mengenal pasti seseorang itu dengan hanya melihat  
                            pada luaran sahaja kerana mungkin apa-apa yang dilihat tidak sama
                            dengan sikapnya yang sebenar.
  2. Orang tidak akan dapat mengenal diri kita jika sekiranya kita sendiri
       tidak kenal siapa diri kita

#          Semoga kamu mendapat cukup kebahagiaan untuk membuat kamu bahagia, cukup cubaan untuk membuat kamu kuat, cukup penderitaan untuk membuat kamu menjadi manusia yang sesungguhnya, dan cukup harapan untuk membuat kamu positif terhadap kehidupan.

created by: sunarti

13 comments: