Friday, September 21, 2012

LDK: mudahnya, cari & pasang


LDK 1
Tajuk:alahai..mudahnya!!
Masa: 10 minit
Alat: 10 butang atau batu
Bilangan ahli: Tiada Had
Objektif
  1. menyegarkan minda ahli
  2. Menggalakkan fikiran kreatif dalam menyelesaikan masalah.
Langkah :
  1. lukiskan  gambar seperti dalam gambar di bawah
     О       О       О      О
          О     О     О
              О     О
                              О

  1. edarkan sepuluh butang atau batu kepada setiap kumpulan dan minta mereka menyusunnya seperti yang ditunjukkan dalam gambar.
  2. berikan arahan dengan mengatakan bahawa susunan tersebut adalah susunan pyramid yang terbalik. Tugas kumpulan ialah membetulkan susunan tersebut dengan hanya mengalihkan 3 butang/batu supaya menjadi bentuk pyramid dalam masa 30 saat.
  3. bincangkan mengapa ada kumpulan yang cepat menyelesaikan tugas ini dan mengapa ada yang sukar melakukannya.
  4. rumuskan bahawa dalam menghadapi masalah, sama ada besar atau kecil memang terdapat jalan penyelesaiannya. Terpulanglah kepada individu untuk berfikir dal mencari iktihar bagi menyelesaikan masalah tersebut di samping berani mengambil risiko. Terdapat penyelesaian yang memerlukan masa tetapi ada juga yang boleh dilakukan dengan segera. Kita perlu mempunyai ketabahan dan kepercayaan kepada diri sendiri dan kepada Tuhan bahawa usaha yang dibuat adalah yang terbaik bagi diri kita.

LDK 2
Tajuk; cari dan pasang
Masa : 30 minit
Alat: kertas tebal atau kad manila yang dipotong menjadi beberapa bentuk dan saiz yang boleh membentuk satu segi empat bagi setiap kumpulan. Satu set segi empat mengandungi 6 keratan bagi kumpulan yang terdiri daripada enam orang ahli. Semua keratan kertas itu mestilah terdiri daripada warna yang sama, tetapi bentu dan saiz berbeza.



Objektif:
  1. menggalakkan ahli bergaul dan berkenalan antara satu sama lain.
  2. menyedarkan ahli bahawa kerjasama adalah penting untuk menjayakan sesuatu tugas.

Langkah:
  1. gaulkan keratan kertas tebal atau kad manila yang secukupnya untuk setiap ahli di dalam kotak.
  2. terangkan kepada ahli bahawa mereka dikehendaki mengambil hanya satu keratan sahaja
  3. dalam masa 10minit, minta ahli mencari keratan yang sepadan daripada rakan lain dan mencantumkannya sehingga menjadi satu segiempat.
  4. apabila mereka telah mendapat semua ekratan yang dapat membentuk segiempat maka ahli yang mempunyai keratan itu menjadi ahli kumpulan tersebut.
  5. berikan mereka masa 10 minit untuk berkenalan dan bertukar-tukar maklumat
  6. fasilitator menerangkan bahawa dalam aktiviti kumpulan seterusnya mereka dikehendaki berada dalam kumpulan masing-masing dan mendapatkan seberapa banyak maklumat yang boleh tentang ahli kumpulan mereka.
 created by: tito

No comments:

Post a Comment