Friday, September 21, 2012

LDK: piramid, kenali rakan


LDK 1

TAJUK                                   :  Membentuk Piramid
MASA                                   :  10 minit
BILANGAN AHLI               :  4 orang
BAHAN / ALAT                  :  Duit Syiling atau batu
OBJEKTIF                             :  1)  Menyegarkan minda ahli.
                                                  2)  Menggalakkan fikiran kreatif dalam menyelesaikan masalah
LANGKAH
1. Gambar akan dilukis berbentuk pyramid seperti dalam rajah di bawah :

Text Box: o    o	    o	  o
   o    o     o
       o    o
          o









                                                      Rajah 1:1

2.  Setiap kumpulan akan diarahkan untuk mengeluarkan 10 duit syiling yang sama saiz.  Setiap kumpulan diminta untuk menyusun duit syiling tersebut seperti rajah di atas.

3.  Fasilitator akan memberikan arahan dengan menyatakan bahawa susunan tersebut adalah susunan pyramid yang terbalik.  Tugas kumpulan adalah untuk memperbetulkan sususan pyramid tersebut dengan hanya mengalihkan 3 sahaja duit syiling supaya ia membentuk piramid.

4.  Selesai sahaja aktiviti diatas, fasilitator bersama dengan semua kumpulan membuat penilaian dan perbincangan mengenai permainan sebentar tadi.  Tujuannya adalah untuk mengetahui mengapa ada kumpulan yang cepat menyelesaikan tugas dan ada yang sebaliknya.

REFLEKSI:
Di dalam menghadapi masalah yang sukar di dalam kehidupan ini sama ada ia masalah yang besar atau kecil, sememangnya ada jalan untuk menyelesaikannya.  Semua ini bergantung kepada individu itu untuk berani mengambil risiko.  Terdapat masalah yang memerlukan masa yang lama tetapi ada juga yang boleh melakukannya dengan segera.  Di dalam keadaan sebegini, kita haruslah mempunyai kesabaran dan kepercayaan terhadap diri sendiri dan kepada Tuhan bahawa usaha yang dibuat adalah yang terbaik bagi kita.


Text Box:          C
         o
o    o	   o	o
   o    o     o
 o    o    o   o
 A       o      B
          		
Text Box: A                B
o    o	   o	o
   o    o     o
       o    o
          o
          C		
Penyelesaian:  Alihkan butang A, B dan C seperti ditunjukkan di bawah.










 LDK 2
TAJUK                                   :  Mengenali rakan baru
MASA                                   :  40 minit
BILANGAN AHLI               :  4 orang
BAHAN / ALAT                  :  Kertas dan Pen
OBJEKTIF                             : 1)  Menggalakkan ahli mengenali rakan dengan lebih dekat
2) Menggalakkan ahli supaya tidak berasa takut atau malu berinteraksi                                  dengan ahli lain.
3) Memberi peluang kepada setiap ahli untuk bergaul dan bertukar-tukar maklumat dalam kumpulan.
LANGKAH
1.       Ahli akan berpasangan dengan seorang ahli yang lain yang mereka paling tidak kenali di dalam kelompok.

2.       Mereka diberikan masa 5 minit hingga 10 minit untuk mengenali antara satu sama lain.  Pada pertengahan masa tersebut, pengenalan akan diberhentikan agar setiap pasangan tersebut boleh menulis catatan tentang pandangan pertama mereka terhadap pasangan mereka.

3.       Setelah mereka selesai berbuat demikian, mereka dibenarkan menyambung semula perbualan mereka sehingga tamat masa tersebut.

4.       Setelah tamat sesi pertama ini, pasangan kedua tadi digabungkan dengan satu pasangan  kumpulan yang lain untuk membentuk kumpulan berempat.

5.       Dalam kumpulan ini, seorang ahli dari pasangan A tadi perlu mengenalkan pasangannya kepada pasangan B.  Mereka akan bergilir-gilir memperkenalkan pasangan masing-masing.

6.       Sesi kedua ini mungkin mengambil masa 10 hingga 15 minit iaitu sehingga keempat-empat ahli tadi mengenali antara satu sama lain.

7.       Seterusnya, dua daripada kumpulan berempat tadi akan bergabung  dengan membentuk 8 ahli.

8.       Fasilitator akan member peluang kepada kumpulan yang lebih besar ini berinteraksi secara bebas tanpa peraturan tertentu.

9.       Masa yang ditetapkan untuk menjalankan sesi yang ketiga ini ialah 15 minit.

REFLEKSI:
Teknik ini amat berguna bagi menggalakkan peserta mewujudkan rasa percaya antara satu sama lain dan seterusnya timbul rasa untuk lebih mengenali peserta-peserta lain secara lebih mendalam.

 created by: mary saging

No comments:

Post a Comment