Friday, September 21, 2012

LDK: masuk kandang kambing


Tajuk: masuk kandang kambing….
Masa: 30 minit
Alat: Empat atau lima set kad gambar ayam, kucing, harimau, kambing,itik dan sebagainya
Bilangan ahli : 20-30 orang atau lebih

Objektif:
1.       Menggalakkan ahli kelompok supaya tidak berasa takut atau malu berinteraksi dalam kumpulan.
2.       Memberi peluang kepada ahli bergaul dan bertukar-tukar maklumat dalam kumpulan.
3.       Menggalakkan ahli berasa selesa dengan bahasa bukan lisan dan komunikasi melalui bunyi.

Langkah:
1.       Sediakan empat atau lima set kad yang mengandungi gambar binatang seperti kucing, harimau, kambing, ayam, itik, burung, ikan, dan sebagainya atau fasilitator bolehmenyediakan kad bernombor daripada 1 hingga 4 atau 5 mengikut bilangan ahli bagi satu kategori binatang.
2.       Edarkan kad tersebut kepada ahli dan beritahu supaya ahli tidak menunjukkan kad tersebut kepada rakan-rakan mereka. Sekiranya menggunakan nombor tuliskan apa nama binatang bagi setiap nombor. Misalnya nombor 1 ayam.
3.       Dakam masa dua minit, minta ahli mencari rakan-rakan kelompok mereka tanpa bercakap tetapi mencari dengan membunyikan bunyi binatang berkenaan. Pastikan kumpulan mempunyai sekurang-kurangnya lima oorang ahli.
4.       Apabila setiap ahli telah mendapat kumpulannya, fasilitator mengarahkan mereka untuk berdiridalam kumpulan dalam bentuk bulatan.
5.       Terangkan kepada mereka yang satu kumpulan orchestra akan ditubuhkan dengan muziknya daripada bunyi binatang kumpulan masing-masing.
6.       Fasilitator menjadi konduktor orchestra dengan menunjukkan kepada kumpulan-kumpulan tertentu. Apabila kondoktor menunjukkan kepada satu kumpulan, maka kumpulan itu haris membunyikan bunyi binatangnya.Lakukan aktiviti ini sehingga fasilitator berpuas hati dan semua ahli mengambai bahagian.
7.       Fasilitator membimbing perbincangan dengan bertanya:
a).  Apakan aktiviti mereka terhhadap aktiviti ini?
b)Mengapakah terdapat ahli yang mengambil masa membunyikan bunyi binatang?
c)  Apakah yang timbul dalam fikiran mereka?
d)  Mengapakah mereka berupaya membunyikan bunyi binatangdalam bentuk orchestra?
e)  Apakah pembelajaran yang mereka dapati melalui aktiviti ini?
       8.     Fasilitator merumuskan bahawa dalam suasana gembira berkenalan, kita kadang kala mengetepikan rasa segan silu lalu mengambil bahagian. Dengan berbuat demikian, ahli akan berasa selesa sesame sendiri dan berkenalan dengan lebih lanjut seterusnya. 
  created by: dukiman

No comments:

Post a Comment