Friday, September 21, 2012

LDK : jom kenal


JOM KENAL 

MASA : 30 minit

ALATAN : -

PROSEDUR :
1. Peserta berkumpul dalam kelompok besar..
2. Ketua fasilitator memberi arahan pergerakan fizikal dan spontan (tangan dan kaki)   
    secara lisan dan tanda isyarat terhadap pergerakan yang ditunjukkan.
3. Peserta diminta melakukan pergerakan mengikut arahan fasilitator.
4. Aktiviti ini dilakukan secara berulang dan terkawal.

FALSAFAH :
1. Sedar akan kewujudan diri.
2. Sedar tentang kesempurnaan fizikal dan bersyukur di atas anugerah Tuhan.
3. Badan sihat otak cergas.
4. Peka kepada arahan.

AKTIVITI  LDK 1

Tajuk : BOLA KU BALING
MASA : 15 minit

ALATAN : Sebiji bola plastik

PROSEDUR :
1. Ahli kumpulan diminta berdiri di hadapan kerusi masing-masing dalam satu bulatan.
2. Fasilitator memulakan aktiviti dengan menyebut namanya sambil membaling bola 
    dengan perlahan kepada peserta pertama dalam kumpulan.
3. Aktiviti tersebut diulang oleh peserta yang lain sehingga semua ambil bahagian.

FALSAFAH :
1. Mengetahui nama seseorang adalah penting untuk berkomunikasi dengan berkesan.
2. Kehadiran insan lain adalah penting dalam hidup kita.
3.Menghormati rakan dengan berusaha menyebut dan mengingati nama rakan dengan 
   betul.


AKTIVITI LDK 2

Tajuk : DIRIKU DAN KUMPULANKU

MASA : 15 minit

ALATAN : Kad gambar buah-buahan (durian, rambutan, pisang, kelapa)

PROSEDUR :
1. Peserta diminta berkumpul dalam kumpulan berdasarkan kad gambar buah masing-
    masing.
2. Peserta diminta berkumpul dalam kumpulan berdasarkan abjad pangkal nama masing- 
    masing.
3. Sekali lagi peserta diminta berkumpul mengikut bulan kelahiran masing-masing.
4. Seterusnya peserta diminta berkumpul semula berdasarkan kod yang diberikan pada  
    kad nama masing-masing.
5. Ketua fasilitator memperkenalkan fasilitator bagi setiap kumpulan.

FALSAFAH :
1. Kerjasama dengan lebih mendalam boleh mewujudkan kemesraan dan perasaan saling
    hormat menghormati di antara satu sama lain.
2. Hubungan tanpa keraguan akan membentuk kerjasama yang kuat antara ahli.


KESIMPULAN

Melalui aktiviti LDK yang dijalankan ianya akan mendorong ahli dalam kelompok berusaha untuk memperbaiki kelemahan kendiri dan mempertingkatkan kebolehan yang ada untuk terus mengembangkan potensi diri. Interaksi antara ahli akan lebih terbuka. Justeru, setiap ahli dalam kelompok secara tidak langsung akan membuat pendedahan kendiri dan menjadi ahli yang jujur dan dapat memberi kerjasama dalam proses sesi yang dijalankan. Oleh itu, matlamat kelompok akan tercapai tanpa wujud rasa tidak selesa dan tertekan dalam kelompok.

created by: cristine@norshidah

No comments:

Post a Comment