Sunday, May 23, 2010

10 TANDA JODOH (UTK BACAAN)


1.Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi
hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa
yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita
dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara
remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa
kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur.
Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang
berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah,
dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang

Tuesday, May 11, 2010

Gelombang Minda Alpha

Kebelakangan ini ramai bercerita tentang gelombang minda alpha. Tidak kurang yang mencarinya di internet dengan kata kunci ‘Minda Alpha’, ‘Gelombang Alpha’ dan pelbagai lagi yang berkaitan dengan alpha dan minda. Ia satu perkembangan yang baik dan menunjukkan bahawa masyarakat telah mula mempunyai kesedaran tentang tenaga minda atau kata lain dipanggil kuasa minda. Maka dengan itu, saya terpanggil untuk berkongsi sedikit ilmu berkaitan gelombang alpha dengan para pembaca.

Apa itu Gelombang Alpha atau Alpha Wave?

Sebenarnya gelombang minda terdiri daripada 4 iaitu, Beta, Alpha, Theta dan Delta. Setiap gelombang ini memiliki frekuensi yang berbeza.

Ketika kita sedang dalam keadaan sibuk bekerja, mengurus atau pendeka kata dalam setiap urusan atau kehidupan biasa, gelombang minda kita berada dalam keadaan Beta. Gelombang Beta merupakan gelombang yang ‘sibuk’. Getarannya sangat rapat dan berkecamuk. Gelombang ini sangat sinonim dengan mereka yang stress, buntu fikiran, tak keluar idea, cepat tension, cepat marah, cepat meradang. Boleh dikatakan gelombang ini mempengaruhi kita menjadi lemah fikiran akibat tekanan. Namun itulah dia gelombang yang sentiasa kita miliki dan dalam erti kata lain, kita suka dengan gelombang itu. Kenapa saya kata begitu? Kerana walau dalam apa juga keadaan, kita tetap suka duduk dalam keadaan yang sibuk itu. Dengan alasan dah memang kerja saya begitu, susah, bos cerewet, kena hantar in time dan banyak lagi. Maka dari mula hingga akhir kita akan tetap duduk dalam keadaan itu, namun apa yang di cita-citakan tetap tak dapat

Gelombang Alpha pula ialah gelombang di mana ketika itu minda kita berada di tahap rehat. Ketika bila minda berada di tahap Alpha? Minda berada di tahap Alpha ketika kita sedang bersantai, memandu, mandi, dan paling utama ketika kita solat. Untuk pengetahuan para pembaca, gelombang ini merupakan gelombang yang paling utama untuk kita mencapai apa yang kita inginkan. Gelombang Alpha ini tercetus atau terjadi ketika kita berada dalam keadaan separa sedar. Contohnya ketika kita mandi, waktu mandi kita tidak berfikir benda yang serius. Kita akan berkhayal, fikiran kita akan melayang, kadang-kadang kita berfikir benda yang di luar bidang kita, kita terkhayal perkara yang kita tak ada ketika ini.
Adakala, kita membayangkan kita sedang memandu kereta idaman, berada di rumah idaman, dating dengan gadis/teruna idaman. Adakala kita membayangkan memiliki perniagaan yang hebat sedangkan pada hakikatnya kita masih makan gaji. Ketika itu lah gelombang minda kita berada di tahap Alpha. Sebenarnya untuk kita memiliki apa yang kita idamkan kita mesti berada di dalam keadaan Alpha. Kreativiti juga hadir ketika minda kita berada dalam keadaan Alpha. Bila kita kreatif barulah banyak idea untuk maju akan hadir dalam minda kita.

Jika dalam perniagaan kita sememangnya di kehendaki menjadi kreatif. Bagaimana untuk mendapatkan gelombang Alpha ini? Di sinilah Alpha Brain Wave, iaitu satu ciptaan muzik berbentuk digital boleh digunakan untuk membantu mendapatkan gelombang alpha ini. Muzik tersebut merupakan hasil kaji selidik pakar-pakar bagi membantu membetulkan getaran gelombang minda dan seterusnya membantu mereka yang menggunakannya untuk mendapat tahap gelombang Alpha dengan lebih cepat.

Selain itu mereka yang rajin melakukan sembahyang tahjjud dan meditasi juga mudah untuk berada di tahap Alpha. Gelombang ini merupakan frekuensi yang seiring dengan frekuensi universe. Ini bererti jika kita ingin menghantar pesanan kepada universe kita hendaklah berada dalam frekuensi yang sama dengannya. Contoh ini sama dengan frekuensi radio, jika di Melaka siaran yang sama tetapi memiliki frekuensi yang berbeza daripada Kuala Lumpur atau Terengganu. Meditasi sangat membantu dalam kita memastikan gelombang minda kita sentiasa berada di tahap Alpha.

Gelombang Theta pula ialah gelombang dalam keadaan rehat yang mendalam. Bermimpi atau bermeditasi yang terlalu khusyuk. Gelombang ini selalunya didapati pada mereka yang bertapa. Ada juga perawat menggunakan hynosis untuk merawat pesakitnya, perawat akan mengarahkan agar minda pesakit menukarkan gelombangnya kepada gelombang Theta. Namun gelombang ini tidak banyak membantu bagi orang seperti kita yang masih mengejar cita-cita.

Gelombang Delta, corak gelombang minda yang paling lambat. Gelombang ini terbentuk ketika seseorang itu berada di tahap koma, tidak sedar diri atau ditidurkan. Ketika berada di tahap ini seseorang itu tidak lagi berhubung dengan dunia nyata. Namun gelombang ini diperlukan untuk melakukan rawatan ke atas seseorang pesakit itu.

Apabila kita telah ada satu ketetapan maka barulah kita ada fokus dan halatuju yang betul untuk mencapai matlamat tersebut. Jika kita masih ragu-ragu dengan apa yang kita sendiri ingin kan, bagaimana khazanahNya ingin merealisasikan kehendak kita? Kita kena PASTI dan YAKIN dengan apa yang dicari dan dicita, setelah seiringan barulah Khazanah Allah akan membantu kita untuk mencapai cita-cita kita.

Saturday, May 8, 2010

MEMBACA RAUT WAJAH

BENTUK WAJAH:
tirus dan panjang-mereka yang mempunyai raut wajah ini umumnya bersifat sabar dan memiliki sifat keteguhan hati.
bulat-menandakan seseorang yang mempunyai kekuatan diri dan harapan yang tinggi.dirinya gemar perhatian dan mampu mengubah suasana kaku kepada gelak tawa.
lebar-bersikap toleransi, mudah sedih dan wawasan yang tinggi.

DAHI:
licin-kuat memikirkan sesuatu dan cepat membuat keputusan.apabila nampak garisan horizontal didahi menunjukkan seseorang yang bersikap pemarah tetapi mempunyai karisma yang tinggi.

MATA:
tegang-apabila terdapat bahagian putih diantara iris/selaput mata dan kelopak mata menunjukkan seseorang sedang tertekan atau risau.
menentang-apabila bahagian putih mengelilingi iris. menunjukkan jiwa tidak stabil dan cepat marah.