Friday, September 21, 2012

LDK: lembut lidah


LDK 1: Ice Breaking

Objektif:
                                     I.      Membentuk kumpulan dalam kalangan peserta supaya mudah dalam proses penyampaian maklumat sepanjang program berjalan.
                                  II.      Merapatkan jurang antara peserta dan fasilitator agar tugas fasilitator dapat diperjelaskan lagi sebagai pemudahcara dan pembimbing peserta.
                               III.      Merapatkan lagi jurang pemisah antara ahli supaya hubungan yang lebih eratdapat diwujudkan pada masa hadapan.
                               IV.      Membentuk ikatan berkumpulan dan semangat kerjasama dalam kumpulan agar segala masalah dapat diselesaikan secara bersama untuk masa hadapan.

Pecahan Kumpulan (puzzle)
Langkah:
                                     I.      Peserta akan diberi cebisan gambar setiap seorang.
                                  II.      Peserta dikehendaki mencari ahli kumpulan mereka berdasarkan gambar tersebut dan membentuk sekeping gambar yang lengkap.
                               III.      Seterusnya membentuk kumpulan.

Ta’aruf- Pukulan Kasih

                                     I.      Fasilitator akan menanyakan nama penuh,nama panggilan,asal,hobi,cita-cita, dan sebagainya mengikut kesesuaian.
                                  II.      Peserta dikehendaki membuat satu bulatan mengikut kumpulan masing-masing.
                               III.      Seorang peserta dikehendaki berdiri di tengah-tengah.
                               IV.      Fasilitator akan menyebut nama seorang ahli dalam kumpulan tersebut dan peserta di tengah hendaklah memukul nama yang disebut dengan lembut,menggunakan surat khabar yang digulung.
                                  V.      Setiap orang peserta hendaklah diberi peluang berdiri di tengah dan memukul ahli yang lain pula sehingga semua nama ahli telah disebut.

Aduhai Kumpulanku Sayang – Aktiviti dalam kumpulan.

                                     I.      Ahli kumpulan diminta untuk memikirkan nama untuk kumpulan mereka.
                                  II.      Setelah itu setiap kumpulan akan mempersembahkan nama kumpulan dan sorakan mereka.

Falsafah:
            -Memupuk kerjasama di kalangan ahli di dalam kumpulan masing-masing.
            -Menunjukkan bahawa setiap kumpulan mempunyai identiti masing-masing.
            -Meningkatkan keyakinan diri peserta.
-Melatih peserta agar peka dan bertanggungjawab terhadap kumpulan mereka sendiri.


LDK 2: World Cup

Objektif:
-menguji kepekaan peserta terhadap arahan yang diberi
-melatih kerjasama antara ahli kumpulan

Kaedah:
-setiap kumpulan akan diberikan satu perkataan seperti sepak,tendang,tanduk dan gol.
-ketua fasilitator yang bertindak sebagai central akan memberikan arahan kepada setiap kumpulan bagi melaungkan perkataan bagi kumpulan masing-masing
-permainan akan diteruskan berdasarkan budi bicara ketua fasilitator yang bertindak central

LDK:3 Tarikan Kasih
Objektif;

-melatih kerjasama antara ahli kumpulan
-membentuk sikap sabar dan berhati-hati dalam diri peserta
-melatih sifat kepimpinan peserta

Kaedah;
-setiap kumpulan akan dibekalkan secawan air dan setiap ahli kumpulan akan mendapat seutas tali
-setiap peserta dikehendaki mengikatkan tali masing-masing pada cawan tersebut
-setiap kumpulan dikehendaki bergerak dari garisan permulaan hingga ke garisan penamat sambil membawa caawan yang berisi air tersebut dimana setiap peserta akan menarik hujung tali masing-masing
-permainan akan dinilai berdasarkan isipadu air yang masih terdapat dalam cawan tersebut

LDK 4: Telefon rosak
Objektif;

-melatih sifat peka dalam diri peserta
-membentuk kerjasama antara ahli kumpulan
-melatih kreativiti peserta dalam berfikir

Langkah;
-setiap kumpulan akan diberikan satu frasa ayat
-peserta pertama yang menerima frasa tersebut dikehendaki memberitahu frasa tersebut kepada peserta yang berikutnya dan akan berterusan hingga kesemua ahli kumpulan mengetahui frasa tersebut
-peserta yang terakhir dikehendaki menterjemahkan frasa tresebut dalam bentuk lukisan


LDK 5: PEMBAHAGIAN KUMPULAN
 Nama pelajar  akan diagihkan oleh fasi.
Nama akan ditampal di papan kenyataan sekolah bersama nama fasi.

Objektif:
1)      Menggalakkan peserta bergaul dan berkenalan diantara satu sama lain.
2)      Menyedarkan peserta bahawa kerjasama itu penting.

Falsafah:
1)      Membina semangat untuk bekerjasama yang lebih erat antara satu sama lain.
2)    Menggalakkan interaksi didalam kumpulan

Taaruf (20 minit)- Aktiviti Dalam Kumpulan

            i)          Fasilitator akan menanyakan nama penuh, nama panggilan, asal,
                        hobi, cita-cita dan sebagainya mengikut kesesuaian
            ii)         Kemudian fasilitator boleh membuat aktiviti ringkas untuk
mengingati nama peserta dan berkenalan dengan rapat                                  mengikut kekreatifan masing-masing jika berkesempatan.
iii)                Setiap kumpulan juga diminta untuk melantik ahli kumpulan masing-masing.


Aduhai Kumpulanku Sayang (60 minit)-Aktiviti Dalam Kumpulan

Objektif:
i)        Mencipta nama kumpulan sendiri mengkut kretiviti masing-masing.
ii)      Mencipta sorakkan semangat untuk kumpulan sendiri.
iii)    Menghasilkan ahli kumpulan yang teguh.
Langkah:
            i)          Ahli kumpulan akan diarahkan untuk menulis
                        nama kumpulan di atas sekeping kertas.
            ii)         Kemudian peserta juga akan diminta untuk membuat sorakan
                        kumpulan.
            iii)        Setelah itu setiap kumpulan akan mempersembahkan nama
                        kumpulan dan sorakan mereka.
Falsafah :

            -Memupuk kerjasama dikalangan ahli di dalam kumpulan masing-masing
            -Menunjukkan bahawa setiap kumpulan mempunyai identiti masing-          
              masing
            -Meningkatkan keyakinan diri peserta
            -Melatih peserta agar peka dan bertanggung jawab terhadap kumpulan
              mereka sendiri.
SLOT 1
Tajuk: Mari Berkenalan
  
 Masa : 20 Minit
 Alatan : Borang Bingo, Pen

 Objektif: 
1)      Menggalakkan ahli berkenalan diantara satu sama lain.
2)      Menyedarkan ahli bahawa terdapat orang lain yang mempunyai minat yang sama dengan mereka.

 Langkah:
1)      Fasilitator menerangkan kepada peserta bahawa aktiviti ini memerlukan mereka bergerak dan mencari rakan yang mempunyai minat yang sama dengan mereka dalam masa 5 minit.
2)      Fasilitator akan mengedarkan borang Bingo dan meminta peserta menandakan sekurang-kurangnya 6 hobi mereka.
3)      Dalam masa 3 minit, peserta perlu mencari rakan yang mempunyai hobi yang sama dan menurunkan tandatangan mereka pada ruang berkenaan. Satu tandatangan bagi satu ruang.

 Falsafah:
1)      Penting bagi semua mengetahui maklumat rakan supaya perhubungan dapat dieratkan lagi.
2)      Membina perasaan rasa dipunyai.

BORANG BINGO:
Layari Internet
Membela binatang
Membaca novel
Menolong keluarga
Kumpul setem

Tidur
Membeli-belah
Menjahit
Kerja amal
Kumpul syiling lama

Memancing
Berkhemah
Menanam pokok bunga
Panjat gunung
Memasak

Berbasikal
Bersukan
Gubah bunga
Mengemas rumah
Berkelah

Menonton televisyen
Kumpul majalah
Mendengar radio
Berkayak
Melancong

Kad Harapan
Tajuk : kad Harapan
 Masa : 30 minit
 Alat : 2 kad/1 kertas A4(dibahagi 2) & pensel warna

Objektif:
1) mengalakan pelajar berkongsi dan berinteraksi dalam kumpulan
2) memupuk  pendedahan kendiri supaya pelajar dapat mengenali rakan dengan lebih rapat.

Langkah-langkah
1) pelajar dibekalkan 2 kad dan pensel warna setiap seorang dan disuruh melukis 1 kad tentang harapan dan 1 kad ketakutan diri.
2) dalam masa 10 minit, pelajar disuruh berhenti dan tidak dibenarkan rakan-rakan melihatnya.
3) kemudiannya, pelajar akan disuruh untuk membentangkan kad tersebut dalam kumpulan tentang harapan dan ketakutan yang ada dalam diri.
4) fasi hanya bertindak sebagai pendengar kumpulan tersebut.

Falsafah
Perlu berani tonjolkan diri dan perlu berkeyakinan dalam menghadapi cabaran hidup

LDK 6


TAJUK:         LEMBUT LIDAH

Objektif
i.          Meningkatkan kecekapan otak atau minda bagi mentafsir input (rangkap ‘Lidah Tergeliat’ yang diberi) dengan cepat dalam masa yang singkat
ii       Menguji kelancaran dan kefasihan bertutur.
  1. Menguji kemahiran menuturkan perkataan yang hamper sama sebutannya.
  2. Dapat meringankan tekanan.

Kaedah Permainan
i        Pemain hanya diberikan peluang sekali sahaja untuk menyebutkan anglap yang diberi dan tidak boleh mengulanginya.
ii.      Sebutan hendaklah jelas,tidakterhenti-henti dan pantas.


Peraturan  Permainan
Para peserta dikehendaki menyebutkan rangkap-rangkap berikut:

            PETER PIPER PICKED A PACK OF PEPPER
            DID PETER PIPER PICK A PACK OF PEPPER?
            IF PETER PIPER PICKED A PACK OF PEPPER,
WHERE’S THE PACK OF PEPPER PETER PIPER PICKED?

            LANKY LAWRENCE LOST HIS LASS AND LOBSTER
            DID LANKY LAWRENCE LOSE HIS LASS AND LOBSTER?
            IF LANKY LAWRENCE LOST HIS LASS AND LOBSTER,
            WHERE ARE THE LESS AND LOBSTER LANKY LAWRENCE LOST?





created by: nurul izzah

12 comments:

  1. Assalamu'alaikum cikgu,
    terima kasih atas perkongsian. saya mohon ambil untuk tujuan training.
    jazakallah.. :)

    ReplyDelete
  2. Terbaik..sangat2 membantu saya dalam menyediakan aktiviti untuk pelajar asrama saya..

    ReplyDelete
  3. Sifu...izinkan saya share sikit slot milik sifu utk kegunaan mengadakan kursus. Terima kasih sifu.

    ReplyDelete
  4. Mohon izin guna bahan. Terima kasih.

    ReplyDelete