Friday, September 21, 2012

LDK: PUZZLE DAN LUKISAN, PEREKA FESYEN



TAJUK: PUZZLE DAN  LUKISAN.
MASA: 30 minit
Alat : kad manila berbentuk segiempat  yang telah dipotong kepada 6 bahagian dalam bentuk yang tidak seragam. satu set kad manila terdiri daripada 6 keratan. Setiap set terdiri daripada warna yang sama.
BILANGAN AHLI: 6 orang untuk satu set, ahli tidak terhad.
OBJEKTIF: Bagi memupuk sikap kerjasama dalam mencapai sesuatu matlamat.                  
LANGKAH-LANGKAH:
1. Keratan- keratan kad manila dikumpulkan didalam sebuah kotak. Kemudian setiap ahli akan diminta untuk mengambil  satu keratan kad sahaja.
2. Dalam masa 10 minit ahli diminta untuk mencari  5 lagi keratan kad manila yang lain untuk dicantumkan dengan keratan miliknya untuk menjadi satu segiempat yang sempurna.
3. Apabila satu  segiempat kad manila telah terhasil, maka setiap pemilik keratan kad manila tersebut akan mambentuk satu kumpulan.
4. Arahan diberikan kepada setiap kumpulan untuk melukis objek yang dikehendaki  contohnya gambar bola, kasut dan sebagainya  dengan syarat lukisan yang dibuat mestilah melibatkan keenam-enam keratan kad tersebut.
5. Hanya pemilik keratan tersebut sahaja yang boleh melukis pada keratan miliknya. Ini bermaksud setiap ahli akan terlibat untuk melukis 1 objek yang dikehendaki. Hasil lukisan perlulah diwarnakan.

TAJUK: PEREKA FESYEN
MASA : 45 MINIT
ALAT; SURAT KHABAR LAMA, GUNTING, GAM, STAPLER, PENSEL BERWARNA,
BILANGAN AHLI : 6 ORANG
OBJEKTIF:  Memudahkan ahli untuk bergaul diantara satu dengan yang lain.
                    
LANGKAH-LANGKAH:
1.            Satu kumpulan yang terdiri daripada 6 orang ahli ditubuhkan. Salah seorang daripada ahli kumpulan dipilih sebagai bakal peraga fesyen untuk meragakan hasil karya rakan mereka.
2.            Setiap kumpulan dibekalkan peralatan seperti yang dinyatakan diatas. Pada mulanya ahli kumpulan perlu berbincang tentang fesyen yang ingin dihiaskan kepada rakan mereka.
3.            Setelah kata sepakat diperolehi maka setiap seorang ahli kumpulan akan mereka bentuk  hiasan yang sesuai untuk diragakan oleh  rakan yang dipilih tadi.
4.            Sebagai contoh sekiranya ahli kumpulan ingin memperagakan fesyen seorang sultan di zaman dahulu kala, maka setiap seorang akan menghasilkan karya masing-masing untuk diragakan oleh rakan mereka nanti. Fesyen yang khusus tidak ditetapkan dan ini bergantung kepada pilihan ahli kumpulan tersebut
5.            Sebagai contoh seorang ahli akan membuat keris, seorang ahli lain membuat kasut sultan, seorang ahli lain menyiapkan seluar sultan, seorang peserta lain membuat baju dan seorang ahli lain membuat songkok untuk sultan. Semua bahan- bahan yang digunakan hanyalah menggunakan bahan yang diberikan sahaja.
6.            Ssetelah 30 minit masa berlalu, maka setiap ahli kumpulan akan membentangkan hasil karya mereka. Mereka diminta untuk mempersembahkan karya mereka dan dalam pada masa yang sama mereka akan memperkenalkan diri mereka secara tidak langsung.  Contohnya:
                Sultan: “ Beta bernama Kristito. Beta merupakan seorang sultan bagi kerajaan Kota Belud. ‘beta memiliki  7 orang bersaudara dan beta adalah anak yang ke- 5. Beta telah menamatkan pengajian beta dalam jurusan  Ekonomi  pada tahun 2004 di Universiti Malaysia Sabah dan kini beta sedang menuntut ilmu pertahanan diri pencak silat Bimbingan dan Kounseling. Hari ini kamu semua harus berasa bertuah kerana beta berkenan untuk mempersilakan pakar pereka fesyen beta kepada kamu semua”.
                Ahli sebagai pereka kasut: Hamba bernama Asrul. Hamba yang telah mereka khas kasut ini. Hamba merupakan seorang pereka kasut terkenal  yang berasal dari Putera Jaya Telipok. Sebelum ini hamba telah menuntut ilmu mereka kasut  di Universiti Malaysia Sabah dalam bidang Psikologi pembangunan belia dan komuniti. Sehingga kehari ini hamba masih belum berumah tangga…..
7.  pembentangan diteruskan oleh ahli yang lain. Pembentangan dilakukan mengikut kreativiti ahli dengan tujuan untuk memperkanalkan diri mereka kepada ahli yang lain.      

created by: Asrul

No comments:

Post a Comment