Tuesday, January 24, 2012

Langkah-langkah dalam proses kaunseling

Proses kaunseling bermula dengan pra-sesi membina hubungan dan membuat penstrukturan antara kaunselor dengan klien. Hubunganboleh terbina apabila persediaan kaunselor memadai, layanan yang baik diberikan dan perbualan antara kaunselor dengan klien berlaku dalam keadaan yang selesa dan terpeutik.


(a) Prasesi
Persediaan bagi kaunselor untuk peringkat ini bergantung kepada situasi di mana khidmat kaunseling itu diberikan sama ada klien dirujuk atau datang sendiri. Pada peringkat ini, kaunselor perlu menyediakan diri dengan mengetahui serba sedikit tentang profil klien menurut Abdul Ghani Sulaiman (2003). Ini boleh dilakukan dengan meminta klien mengisi borang biodata yang berkaitan tentang peribadi, peralatan fizikal, dan maklumat atau rekod-rekod mengenai klien. Antara kemahiran yang diperlukan adalah seperti berikut:
Perancangan prasesi
Sebelum sesi kaunseling dimulakan, kaunselor seharusnya menyemak rekod-rekod klien untuk mendapatkan maklumat yang dianggap berguna. Kaunselor juga harus menyemak diskripsi tugas klien, ini mungkin berguna untuk membantu dalam menilai prestasi dan proses membina matlamat kemudian nanti. Tingkah laku dan prestasi yang ditunjukkan oleh bakal klien hendaklah disenaraikan manakala tingkah laku standard dan prestasi yang dijangka juga perlu disediakan..Kaunselor juga hendaklah menyediakan tempat dan masa yang sesuai untuk berbincang tanpa banyak gangguan.

Keselesaan klien
Di awal sesi, kaunselor haruslah cuba menjadikan klien lebih selesa, tetapi jangan bercakap berbelit-belit sehingga boleh mengelirukan klien. Nyatakan sebab pertemuan dengan jelas, sambil menekankan yang kaunselor berasa prihatin dengan keadaan yang dihadapi oleh klien dan bersedia memberikan bantuan. Kaedah yang dijalankan tidak mengancam klien agar klein tidak berasa terancam agar matlamat kaunseling tercapai.

(b) Kemahiran Membina Hubungan
Tahap ini termasuklah memberi perangsang kepada klien agar sentiasa tenang dengan memberikan tanggapan pertama yang positif.Kaunselor mesti membina suasana sekeliling dan tingkah laku yang meyakinkan dan menunjukkan kemesraan. Berikut adalah beberapa kemahiran asas yang diperlukan:

Membina suasana sekeliling.
Oleh kerana sesi perbincangan kaunseling selalunya mengambil masa kira-kira 30 minit atau lebih serta tajuk perbincangan adalah serius, tempat yang sesuai diperlukan. Kerusi meja yang sesuai perlu disediakan seperti kerusi idak menyakitkan pinggang, atau bergoyang-goyang sehingga mengganggu tumpuan atau pemikitan. Keadaan bilik tidak terlalu panas, terlalu sempit atau terlalu bising. Jangan gunakan tempat lalu-lalang sehingga mengganggu pemerhatian klien atau kaunselor. Tidak ada bau yang tidak menyenangkan seperti bau dari tandas yang berdekatan atau fail atau buku yang bertimbun di atas meja sehingga menyusahkan penglihatan klien atau kaunselor.

Kaunselor perlu membina hubungan yang baik dengan klien bagi menggalakkan klien bercerita atau meluahkan perasan secara tidak langsung tanpa dipaksa. Hubungan yang baik dapat membantu kaunselor memahami masalah klien dengan lebih mendalam lagi.
Menurut Mizan Adiliah, Halimatun Haliliah (2002), kemahiran membina hubungan bertujuan memberi perangsang kepada klien supaya sentiasa tenang dengan memberikan tanggapan pertama yang positif. Kaunselor mesti membina suasana sekeliling dan tingkah laku yang menyakinkan dan membentuk kemesraan. Menurutnya lagi antara tingkah laku yang ditonjolkan oleh kaunselor adalah seperti menunjukkan tingkah laku lisan yang mesra, menunjukkan keinginan untuk menolong, mendengar apa yang diperkatakan oleh klien.
Selain itu juga, kaunselor perlu membina suasana alam sekeliling, suasana tereutik, jarak iaitu ruang bagi berkomunikasi, penampilan diri, kontak mata, kedudukan dan pergerakan tubuh badan, senyuman dan nada suara.
Oleh yang demikian dapatlah disimpulkan bahawa kemahiran membina hubungan perlu diaplikasikan sepanjang sesi bagi mewujudkan kejelikitan dan suasana yang terapeutik antara kaunseling dan klien. Suasana terapeutik ini bukan sahaja antara kaunselor dank lien tetapi perlu memperhatikan suasana fizikal yang kondusif dan jarak antara ke dua-duanya.

(c) Penerokaan masalah
Tugas kaunselor adalah utnuk mendapatkan maklumat yang relevan untuk
memberi makna kepada masalah dan menganalisis meklumat tersebut untuk mencari punca masalah. Masalah yang timbul berpunca daripada tiga keadaan samada diri sendiri, orang lain tetapi melibatkan diri klien dan takdir yang berlaku. Setelah punca masalah dapat dikenalpasti kaunselor bersama klien akan menganalisis secara terperinci.
Kemahiran meneroka dengan mengaplikasikan segala asas kemahiran kaunseling. Ini bertujuan untuk membantu kaunselor membuat penerokaan secara mendalam terhadap kliennya dan menimbulkan perasaan empati terhadap permasalahan klien. Pernyataan klien pada peringkat awal tidak semestinya betul dan tepat, tetapi terpulang pada kebijaksanaan kaunselor mencungkil mempelawa dan memujuk kliennya menghuraikan aspek-aspek tertentu dalam masalah itu. Semua ini akan membatu kaunselor mengenal pasti punca dan pokok masalah awal.
Menurut Eisenberg dan Delaney (1977), peringkat penerokaan adalah proses berlakunya komunikasi yang didorong keikhlasan dan kejujuran serta berterus terang terhadap peranan sebenar yang hendak dibincangkan antara ke dua-dua pihak. Segala perasaan tidak logic, tidak rasional sama ada dalam diri kaunselor atau klien perlu dihindari supaya tidak mengganggu pencapaian matlamat sebenar kaunseling.
Bagi menjayakan sesi penerokaan kaunselor perlu bermatlamat untuk mendapatkan sebanyak yang mungkin permasalahan klien. Selain itu, kaunselor juga perlu mewujudkan perasaan terapeutik di dalam sesi.

(d) Mengenal Pasti Masalah dan Menentukan Matlamat Kaunseling
Peringkat ini dilakukan selepas meneroka masalah klien sepenuhnya. Tujuannya
adalah untuk memudahkan kaunselor membantu klien menyelesaikan masalah yang di hadapi klien. Ianya dibentuk hasil daripada perbincangan antara klien dan kaunselor setelah masalah klien dikenalpasti. Kemahiran yang dilakukan pada peringkat ini adalah untuk membantu memperjelaskan semula punca masalah dan membentuk matlamat sesi. Selain itu, kemahiran yang lebih mencabar seperti konfrantasi dan membuat interpretasi juga memainkan peranan yang amat penting.

(e) Memilih Alternatif Penyelesaian dan Tindakan
Kaunselor berbincang dengan klien untuk membentuk pelan tindakan. Mereka
akan membincangkan alternatif yang dipilih dengan mengambil kelebihan dan kekurangan setiap pilihan yang dipilih. Kaunselor akan menentukan jangka masa sesuatu perubahan harus berlaku. Selain itu, kaunselor bertanggungjawab menilai kejayaan sesuatu alternatif yang dipilh melalui maklumbalas yang diterima oleh klien itu sendiri.
Dalam memilih strategi-strategi ini, Suradi (1996) berpendapat bahawa ada empat strategi yang harus diutamakan oleh seseorang kaunselor bagi memberi informasi kepada kliennya.
1. Satu gambaran tentang pendekatan rawatan yang ada kaitan dengan kliennya
2. Ada persefahaman pada tiap-tiap prosedur
3. Kemungkinan sesuatu keadaan bagi setiap taip-taip prosedur itu termasuklah kebaikan dan risikonya sekali
4. Waktu dan aktiviti-aktiviti yang terlibat pada setiap strategi itu
Kesimpulannya, peringkat alternatif penyelesaian dan tindakan kaunselor perlu
Prihatin terhadap kemampuan perkembangan klien supaya dapat mengambil tindakan yang sesuai bagi membantu klien.

(f) Penamatan dan susulan
Membuat penematan adalah peringkat akhir dalam sesi akaunseling
Selepas klien dapat membantu dan memilih alternatif yang dianggap sesuai bagi mengatasi masalah yang dihadapinya.
Pada peringkat ini, kaunselor perlu menggunakan peneguhan dengan tujuan menyakinkan pelajar dan memastikan pelajar benar-benar melaksanakan alternatif yang dipilih. Selain itu, kaunselor juga perlu memastikan objektif klien tercapai dan dia dapat mengaplikasi pembelajarn yang diperolehi semasa sesi di dalam pergaulan seharian. Kemahiran lain yang perlu dilakukan oleh kaunselor iaitu menstruktur sesi untuk penamatan, menyemak semula kemajuan dan pencapian matlamat dan pengukuhan pembelajaran yang diperolehi.
Secara keseluruhannya, proses kaunseling diakhiri dengan penamatan iaitu kaunselor akan membuat rumusan besar pada peringkat ini. Kaunselor akan menyatakan semula isi penting yang diceritakan oleh klien pada awal sesi hingga mendapat jalan penyelesaian

9 comments:

  1. Replies
    1. Alhamdulillah,mengingati kembali step kaunseling.

      Delete
  2. terima ksaih atas info yang diberikan . ianya sangat berguna bagi saya yang masih belajar dalam bidang kaunseling ini . harap dapat menyediakan maklumat yang lebih terperinci lagi.

    ReplyDelete
  3. credit to :http://splashurl.com/ndgq4gz

    ReplyDelete
  4. Apakah tindakan Yang sepatutnya dilakukan semasa sesi kaunseling?
    A. Banyak bercakap dari mendengar
    B. Banyak mendengar dari bercakap
    C. Terlalu yakin dgn kptusan sndiri
    D. Brtnya soalan dgn jwpn ya atau tidak

    ReplyDelete
  5. Terima kasih. Maklumat yang bermanfaat dan berguna.

    ReplyDelete
  6. mantap sangat ilmunya, saya nak tanya

    Apakah yang perlu dilakukan oleh klien semasa proses kaunseling?

    A. Membina hubungan
    B. Mewujudkan interaksi
    C. Menstruktur hubungan
    D. Membina kepercayaan

    ReplyDelete