Sunday, August 16, 2009

Definisi Kaunseling

Menurut Blocer (Shertzer & Stone, 1974), kaunseling adalah proses interaksi yang
menggerakkan pemahaman yang bermakna, terhadap diri dan persekitaran dan menghasilkan pembentukan dan/atau penjelasan matlamat dan nilai untuk tingkah laku masa depan.

Burks dan Stefflre (George & Cristiani, 1990), mendefinisikannya: Kaunseling melambangkan satu perhubungan yang profesional di antara seorang kaunselor yang terlatih dengan seorang klien. Perhubungan ini kadangkala melibatkan lebih daripada dua individu. Ianya bertujuan membantu klien memahami dan menjelaskan pandangan mereka terhadap ruang kehidupan, dan belajar mencapai matlamat ang mereka tentukan sendiri melalui pemilihan-pemilihan yang bermakna, dan melalui penyelesaian masalah yang berbentuk emosional atau antara individu.

Krumboltz (George & Cristiani, 1990) pula mengatakan, kaunseling merangkumi aktiviti-aktiviti yang beretika yang dilakukan oleh kaunselor dalam usaha membantu klien melibatkan diri dengan jenis-jenis tingkah laku yang akan menghasilkan penyelesaian kepada masalah klien.


Sebagai rumusan, kaunseling adalah proses pertolongan yang profesional yang bertujuan membantu individu memahami dirinya dan alam sekelilingnya.

1 comment:

  1. assalammualaikum tuan, bole kah tuan terangkan definisi kaunseling berdasarkan perspektif lembaga kaunselor malaysia dan persatuan kauseling malaysia . :)

    ReplyDelete