Saturday, May 14, 2016

GURU & NEGARA

Era kegemilangan manusia yang digelar guru kian dimakan permodenan dan juga peradaban. Mana2 manusia yang telah memberi/ mengajar sesuatu yang baru layak di panggil guru. Walaubagaimanapun Masyarakat lebih sinonim dengan manusia yang memberi ilmu di sekolah adalah guru, walaupun hakikatnya ramai lagi manusia2 yang boleh dipanggil guru. Perubahan zaman dan tahun menjadikan manusia yang digelar guru menjadikan rutin semakin mencabar.

Dahulu guru banyak mendominasi gerakan2 masyarakat dalam membawa perubahan sesuatu tempat. Jika tak salah dalam era 70an atau 80an boleh dikatakan guru merupakan antara golongan yang paling dipercayai selepas mahasiswa. Tak kira kampung, pekan atau bandar suara2 guru mendapat tempat walaupun hanya sekadar pandangan. Dengan penglibatan secara langsung dalam gerakan2 tersebut sebilangannya terpaksa terjun ke dalam bidang politik.

Politik adalah salah satu kaedah untuk menjadi salah satu kuasa pemutus atau pembuat dasar. Dengan keterlibatan didalam politik maka secara langsug telah mengambil bahagia dalam pembuat keputusan. Penglibatan secara langsung telah memberi peluang guru menentukan hala tuju negara secara amnya.

Abad 21 merupakan zaman kegilaan. Semakin banyak beban dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan buka sekadar berkongsi ilmu dengan manusia lain. Kesan yang amat ketara guru dan masyarakat kian renggang dan berjauhan. Tempat2 yang dahulunya diisi oleh golongan guru kian kosong. Ini memberi peluang kepada golongan lain menjadi pengganti. Suara guru kian senyap dalam gerakkan2 masyarakat apatah lagi gerakan politik yang banyak tekanan dan halang. Peluang hanya terbuka luas untuk pak angguk dan pak turut.

Ingin sekali melihat zaman kegemilang manusia bergelar guru. Sesuatu perlu dipersalahkan dan sesuatu juga perlu bertindak untuk membetulkan keadaan. Pendidikan semakin didagangkan untuk keuntungan kapitalis2 tertentu. Tak kira la di peringkat rendah hingga ke tinggi.

Semoga suatu hari keakraban masyarakat kembali bersama golongan bernama guru kerana itu akan memberi kesan kepada halatuju negara dan masyarakat madani.

No comments:

Post a Comment