Saturday, November 21, 2009

Khidmat Susulan

Bagi kaunselor yang memberikan tugasan, kontrak, atau latihan ke pada klien mereka, khidmat susulan adalah perlu. Khidmat susulan perlu untuk memonitor kemajuan klien dalam kontek keupayaannya menguruskan permasalahan yang dibawanya. Khidmat susulan mungkin berbentuk:

1. Mendengar kemajuan yang telah dibuat oleh klien dan memberikan galakan atau bimbingan baru untuk meningkatkan progres diri klien.
2. Mengubah strategi atau bentuk intervensi yang dibuat oleh klien.
3. Menilai strategi yang telah dilaksanakan oleh klien.
4. Memberikan khidmat lanjutan seperti khidmat rujukan sekiranya dirasakan perlu.

Contoh:

Kes di atas.
Kaunselor: Boleh tuan ceritakan bagaimana usaha yang telah tuan lakukan.

Klien: Segalanya telah berjalan dengan baik, saya dan isteri saya telah bersepakat dalam hal ini. Kami merasa lebih kuat untuk menguruskan masalah anak remaja kami ini. Anak saya juga nampaknya lebih banyak bercakap-cakap dengan ibunya, walaupun dengan saya masih kurang. Tapi saya rasa kurang tension bila berhadapan dengannya. Kami boleh duduk bersama, tetapi tak tahu apa nak diceritakan.



Kaunselor: Bagaimana dengan cadangan untuk balik kampung atau bercuti bersama keluarga?

Klien: Ini masih belum dapat dilaksanakan, kerana walaupun cuti sekolah, saya masih belum dapat cuti. Tetapi minggu depan kami bercadang untuk balik kampung.

Kaunselor berperanan membantu klien menyemak kejayaan dan halangan dihadapi dalam melaksanakan rancangannya.

Membuat Rujukan

Salah satu peranan penting yang dilaksanakan oleh kaunselor dalam mengambil tindakan ialah merujukkan klien kepada pakar, tempat, atau bahan maklumat yang diperlukan.

Membuat rujukan bukanlah satu kelemahan kaunselor, malah ia merupakan satu daripada khidmat penting. Sekiranya dalam penilaian kaunselor klien memerlukan maklumat, khidmat pakar yang tidak ada pada kaunselor, atau di luar dari kemampuan kaunselor, maka klien hendaklah dirujukkan kepada pihak-pihak yang dapat memberikan bantuan.

Panduan membuat rujukan

1. Kenal pasti keperluan klien dengan jelas.
2. Beritahu keperluan klien mengikut penilaian kaunselor.
3. Beritahu klien yang kaunselor tidak berkebolehan dalam memberikan khidmat yang diperlukan.
4. Dapatkan tempat rujukan yang betul.

No comments:

Post a Comment