Sunday, October 11, 2009

Teori Gestalt

Psikologi Gestalt (Kognitivisme Awal)

''Gestalt' berasal daripada perkataan Jerman yang bermakna 'organisasi' atau 'konfigurasi'. Ketika Pavlov, Thorndike dan Skinner sedang menguatarkan teor-teori tentang pembelajaran masing-masing, sekumpulan ahli psikologi Jerman turut terlibat dengan mengkaji pembelajaran. Mereka menggelarkan diri mereka sebagai ahli psikologi gestalt yang terdiri daripada Max Wertheimer (1880-1943), Kurt Koffka (1886-1941) dan Wolfgang Kohler (1887-1967).

Pergerakan gestalt bermula dengan kajian yang dijalankan oleh Wertheimer ketika beliau sedang naik keretapi unuk bercuti di negara Jerman. Beliau ternampak dua lampu yang 'nyala dan padam' berseling-selingan mengikut kadar tertentu. Sesiapa yang melihat lampu-lampu tersebut akan nampak seolah-olah lampu itu bergerak ke hadapan dan ke belakang. (Tentu kamu pernah melihat fenomena ini!). Setelah melihat kejadian ini, Wertheimer mencadangkan bahawa jika mata melihat sesuatu rangsangan dengan cara yang tertentu, maka rangsangan tersebut memberikan ilusi atau salah persepsi yang seolah-olah bergerak yang telah dinamakan olehnya sebagai Fenomena Fi.

Sesuatu fenomena terlahir akhibat gabungan elemen-elemennya tetapi berbeza daripada elemen-elemen yang menyebabkannya. Contoh: pergerakan lampu itu tidak dapat diterangkan dengan menganalisis kedua-dua mentol (iaitu, elemen-elemen yang nyala dan padam tetapi telah lahir akhibat gabungan elemen-elemen tersebut. Individu yang melihat kejadain tersebut telah membuat hubung kaitan dan menggabungkan elemen-elemen untuk mewujdkan persepsi pergerakan. Dengan perkataan lain individu berkenaan telah menambahkan "sesuatu" kepada pengalamannya yang tidak terkandung di dalam data derianya.

"Sesuatu" ini ialah ORGANISASI. Kita tidak dapat menentukan makna atau maksud sesuatu fenomena sekiranya kita mengkaji elemen-elemen secara terasing. Elemen-elemen berkenaan apabila terkumpul ebrsama dan manjadikan konfigurasi atai organisasi; ia adalah bermakna, iaitu suatu 'gestalt'.

Contoh: apabila kamu melihat gambar seorang terkenal, kamu tidak melihat secara terasing; iaitu, melihat rambutnya dahulu, dikuti dengan matanya, kemudian hidungnya, mulutnya dan kemudain menggabungkan kepada suatu keseluruhan ('gestalt') tentang rupa orang berkenaan.

"Keseluruhan melebihi jumlah bahagian-bahagiannya" (The whole is greater than the sum of its parts). Jadi wajah orang terkenal itu melebihi jumlah keseluruhan rambut, mata, hidung dan mulut. Tahukah kamu mengapa?.
Fenomena Celik Akal ('Insight')

Wolfgang Kohler, seroang perisik Jerman semasa Perang Dunia I, yang bertempat di Tenerife, Afrika Barat mengkaji tingkahlaku cimpanzi menyelesai masalah. Hasil kajiannya ditulis dalam buku betajuk The Mentality of Apes (1925).

Eksperimen 1:

Seekor cimpanzi diletakkan di dalam sangkat. Pisang digantung daripada bumbung sangkar. Di dalam sangkar terdapat beberapa kotak berlainan saiz. Mula-mula haiwan itu melompat-lompat untuk mendapatkan pisang itu tetapi tidak berjaya. Oleh kerana usaha-usaha itu tidak membawa hasil. cimpanzi itu berhenti sejenak, seolah-olah memikir cara untuk mendapatkan pisang itu. Tiba-tiba haiwan itu dapat sesuatu idea dan terus menyusun kotak-kotak itu untuk dijadikan sebagai tangga dan memanjatnya untuk mencapai pisang itu.

Haiwan itu dikatakan telah memperolehi 'CELIK AKAL' untuk berindak sedemikian.m Adakah fenomena seperti ini pernah berlaku kepada anda?


Rujukan:
Gestalt Theory (Wertheimer)
Gestalt Theory and Perceptual Organisation
Optical Illusion and Gestalt Psychology
Law of closure, proximity, similarity.
Teori-Teori yang Diperkenalkan oleh ahli Psikologi Gestalt


Antara Teori-Teori Gestalt ialah:

1) Hukum Penutupan (Law of Closure)

2) Hukum Berdekatan (Law of Proximity)

3) Hukum Bentuk & Latar Belakang (Law of Figure &Background)



Apakah Hukum-Hukum lain yang dicadangkan?
Rujukan:

Tools Making Chimps

Kajian-kajian Wolfgang Kohler (1887-1967) dalam tahun 1920an tentang kebolehan cimpanzi menyelesaikan masalah.


Wolfgang Kohler

German-American psychologist who worked with Kurt Koffka and Max Wertheimer and founded Gestalt psychology



Learning by Insight (Pembelajaran Celik Akal)

Preparation (Penyediaan)

Incubation (Inkubasi)

Illumination (Iluminasi)

Verification (Verifikasi)


ku kutip dari sinihttp://peoplelearn.homestead.com/cognitivism1.html

1 comment: