“...Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya...”; al-Kahfi:97
Ayat menyatakan mereka tidak dapat “menebuk” tembok tersebut. Ini bermaksud tiada yang mampu menebuk tembok kecuali apabila Allah swt melepaskan Ya’juj & Ma’juj. Sebaliknya dan di dalam satu hadis, Nabi bangkit dari tidur [dalam satu riwayat yang lain, Nabi masuk ke rumah Zainab binti Jahsyi], lalu berkata, "Celakalah Arab kerana kejahatan telah hampir. Ya'juj dan Ma'juj telah menembusi tembok seluas ini." Nabi mengisyaratkan lubang dengan menemukan ibu jari dan jari telunjuk.
Apakah maksud hadis apabila dibaca bersama ayat 97 surah al-Kahfi yang menyatakan Ya’juj & Ma’juj “tidak dapat menebuknya”? Ini membuktikan Allah swt telah melepaskan mereka kerana fakta tembok menjadi berlubang membuktikan mereka telah berjaya menebuk tembok. Tiada siapa di dalam seluruh alam ini dapat "menebuk" tembok itu kecuali setelah Allah swt sendiri melepaskan Ya'juj dan Ma'juj. Oleh itu fakta ini bermaksud Ya’juj & Ma’juj telah dilepaskan semasa Rasulullah saw di Madinah, iaitu selepas Allah swt menukarkan kiblah ke arah Kabbah.
No comments:
Post a Comment