Tuesday, August 4, 2009

Kemahiran mendengar dalam hubungan kaunseling

Kemahiran mendengar dalam hubungan kaunseling dapat ditunjukkan melalui:
-Tindak balas secara lisan dan juga bukan lisan.
-Tingkah laku tanpa lisan seperti kedudukan tubuh badan, anggukan, pandangan mata, wajah,dan penggunaan separa bahasa.
-Kemahiran lisan yang asas iaitu kemahiran membuat refleksi.


Refleksi
Refleksi merupakan satu usaha memahami klien dari sudut pandangan klien itu sendiri.


Isi
Refleksi Perasaan
Pengalaman


Refleksi Isi
Pernyataan semula oleh kaunselor mengenai idea yang disampaikan oleh klien. Idea ini dinyatakan semula oleh kaunselor dengan menggunakan perkataan yang ringkas, padat dan tepat.


Contoh 1:
Klien: Buat masa ini kalau saya menentang, mungkin saya akan dianiaya lebih teruk
lagi. Jadi, sekarang saya berhati-hati sambil mencari strategi yang paling baik
untuk saya.


Kaunselor: Jadi sekarang ni anda sedang me
mikirkan strategi yang paling baik.


Contoh 2:
Klien: Kerja di pejabat ini berbagai-bagai, semuanya memerlukan kepada kemahiran
tersendiri. Oleh itu kami harus diberikan sedikit masa untuk menyesuaikan diri.


Kaunselor: Anda rasa perlu masa yang lebih panjang untuk mempelajari berbagai kemahiran
yang diperlukan.


Refleksi isi yang tepat membolehkan klien:
-Merasa dia didengar dengan betul.
-Merasa dia difahami.
-Mendengar semula apa yang sedang dikatakannya dan menyemak kesahihan fakta tersebut.
-Membantu menyemak persepsi kaunselor.
-Perhatian kepada kaunselor
-Jangan membuat refleksi isi terlalu panjang.
-Jangan menggunakan perkataan yang sama berulang-ulang seperti:


'Saya dengar.........'
'Saya faham..........'


3. Tidak perlu membuat refleksi kepada setiap kenyataan yang disampaikan oleh klien.

No comments:

Post a Comment