Nada suara membantu dalam memahami konteks dan situasi perkara yang dirundingkan. Dengan menderngar nada suara, kaunselor dapat memahami klien dengan lebih tepat. Nada suara selalunya membawa bersama emosi yang terkandung di dalam sesuatu perkataan atau jarak serta kelajuan sesuatu sebutan.
Sesuatu perkataan yang sisebut dengan nada yang berbeza akan membawa erti yang berbeza pula. Contohnya, perkataan 'sayang', juka disebut dengan nada lembut, bererti sayang yang sebenar. Tetapi jika 'sayang' disebut dengan nada keras, mungkin bererti marah.
Adalah penting bagi kaunselor mendengar nada suara kerana ia akan memberi peluang kepadanya untuk memahami emosi klien seperti nada tegang, geram atau marah, sedih, tidak bermaya, ,erungut tidak puas hati, kekuasaan, tenteramdan kelam-kabut.
SUARA-SUARA SEPARA BAHASA
Ia merupakan suara yang membawa makna tersendiri walaupun sebenarnya perkataan itu tidak memberikan sebanrang erti. Misalnya, terbatuk-batuk, ketawa, tersedu, menerit, merungut-rungut, berbisik-bisik sendiri, mengeluh dan lain-lain. Bisik sendiri, mengeluh dan lain-lain.Nada suara dan separa bahasa ini membawa erti tersendiri yang perlu diambil perhatian oleh kaunselor, kerana kadangkala klien tidak dapat meluahkan perasaan dengan baik tetapi lebih mudah untuk melahirkan perasaannya melalui separa bahasa.
No comments:
Post a Comment