Friday, August 14, 2009

MATLAMAT KAUNSELING

1. Mengajar klien untuk bertanggungjawab ke atas dirinya.
Melalui sesi kaunseling, klien diajar bertanggungjawab ke atas diri sendiri. Sifat 'lepas tangan' tidak mendatangkan hasil yang baik. Klien yang bertanggungjawab ke atas dirinya akan berusaha sambil berhati-hati dalam mengatur dan merancang perjalanan hidupnya. Seandainya timbul sebarang masalah, klien yang bertanggungjawab ke atas dirinya tidak akan menyalahkan orang lain.

2. Memperbaiki imej diri yang negatif.
Imej diri yang negatif merupakan halangan bagi klien untuk mencapai cita-cita atau membuat sebarang tindakan. Klien seperti ini akan menyekat perkembangan dan penggunaan potensi dirinya. Kaunselor membimbing klien membentuk imej yang positif. Di antara lain, klien belajar memupuk ciri-ciri yang baik dan mengurangkan ciri-ciri yang negatif. Imej dari yang positif menandakan kestabilan personaliti.
3. Mengajar klien menyesuaikan diri dengan keadaan.
Penyesuaian diri sama ada dengan orang lain atau persekitaran amat penting. Klien yang tidak tahu atau tidak mahubelajar menyesuaikan diri akan mengalami banyak konflik. Klien perlu sedar bahawa dia tidak bloeh mengharapkan orang lain atau persekitaran berubah dahulu. Ada kalanya, orang lain atau persekitaran tidak akan beruah. Maka apa yang penting di siniialah klien belajar menyesuaikan diri dengan keadaan sebagai usaha mengurangkan ketegangan atau konflik.
4. Mempermudah atau menggerakkan perubahan tingkahlaku
Ada kalanya, tingkah laku yang sedia ada menjejaskan perjalanan hidu[ klien. Tingkah laku perlu disesuaikan dengan 'siapa' klien berinteraksi, bila, tujuan dan situasi di mana klien berada. Kaunselor mengajar klien membuat perubahan tingkah laku yang mampu dilakukannya. Perubahan tingkah laku tidak semestinya besar. Ianya boleh merupakan perubahan yang kecil. Faktor penting ialah klien dapat mengurus dan mengawal perubahan yang berlaku. Perubahan ini pula biarlah berkekalan.

5. Membantu klien menjadi lebih produktif.
Kaunselor membimbing klien supaya menyedari bahawa hidup ini tidak statik. Apa yang penting ialah klien perlu berusaha sedaya upaya dia inginkan hasil yang memuaskan. Dengan kata lain, klien tidak boleh berdiam sahaja sambil mengimpikan satu kehidupan yang berkesan dan memuaskan.

6. Membimbing klien mencari dan memupuk sumber dalaman.
Kaunseling menyedarkan klien bahawa setiap manusia mempunyai kelebihannya sendiri. Klien sering tidak mempedulikan sumber dalaman yang dimilikinya dan seterusnya mengakibatkan helplessness. Kklien yang menggunakan sumber dalamannya akan berasakan bahawa dia boleh mengawal perjalanan hidupnya (setakat yang termampu olehnya).

7. Mempertingkatkan kemampuan klien membuat keputusan.
Klien sering mengelakkan diri daripada membuat keputusan ini kerana tugas dan proses membuat keputusan bukanlah sesuatu perkara yang menyeronok atau menyenangkan. Banyak masalah timbul kerana klien tidak memberi kata putus. Kaunselor membimbing klien melalui proses membuat keputusan. Klien akan menimbang sendiri beberapa perkara ang akan memudahkannya membuat keputusan. Keputusan yang matang memerlukan klien mengambil kira faktor pengorbanan peribadi, masa, tenaga, wang ringgit dan sebagainya (George & Cristiani, 1990). Klien juga diajar bagaimana menggunakan sumber yang wujud dalam persekitaran dalam membuat keputusan yang baik.
8. Membantu klien mengurus masalah yang 'belum selesai' dalam hidupnya.
Memang benar tidak semua anusia akan mengalami masalah seandainya konflik yang berlaku pada masa dahulu tidak diatasi. Namun, kemungkinan besar wujud keadaan di mana kelemahan seperti kekeliruan, kerunsingan, kemarahan dan salah faham lahir kerana sesuatu konflik (sama ada kecil atau bessar) yang berlaku pada masa daulu perlu dilihat kembali, diatasi atau dihadapi. Tugas kaunselor di sini ialah membimbing klien mela-lui proses ini.

Ringkasnya, matlamat kauseling ialah membantu atau memberi jalan agar manusia dapat mengurus dirinya sendiri sama ada dari segi mental, perasaan, kerohanian dan tingkah lakunya. Manusia seperti ini akan berdikari dan tidak lagi menysahkan orang lain dengan permasalahannya. Dia sudah dapat menerima hakikat bahawa hidup tidak lekang daripada masalah. Namun, dia dapat mencari ruang-ruang pernafasan dalam kesempitan hidup. Manusia ini sudah tidak menyalahkan orang lain, persekitaran ataupun takdir. Dia rdha dengan apa yang berlaku ke atas dirinya dan mencari iktibar ataupun pengajaran di sebalik eristiwa tersebut. Masalah ang telah melandanya tidak merugikan hidupnya. Malah, dia bersukur bahawa dia berhadappan dengan masalah, kerana dia memperolehi kekuatan dalaman. Dengan kata lain, masalah tilah dapat 'menguakan' dirinya.

1 comment: