Untuk mengukuhkan Makna mesej yang ingin disampaikan, pergerakan tangan juga kadangkala memainkan peranan penting. Pergerakan tangan yang sesuai dapat memudahkan komunikasi, tetapi pergerakan yang terlalu banyak kadankala akan menjadi halangan dalam komunikasi antara kaunselor dan klien. begitu juga dengan pergerakan kaki. Kaunselor yang terlalu menggoyangkan kakinya akan mengganggu klien, terutama jika ini disertakan dengan bunyi-bunyi. Pergerakan tangan dan kaki klien juga perlu diperhatikan. Klien yang nervous kadangkala melahirkan rasa cemasnya dengan menggoyangkan kakinya dengan tidak henti-henti. Ini perlu diperhatikan oleh kaunselor. Kaunselor yang peka harus mengambil kira tingkah laku ini sebagai maklumat penting dan harus berusaha memberi fokus kepada rasa nervous yang dialami oleh klien. Pergerakan tubuh badan dan kaki selslunya dipelajari dan maknanya berasaskan kepada budaya masing-masing. Berikut adalah beberapa contoh pergerakan tangan:
Senyuman kaunselor boleh meredakan ketegangan emosi di pihak klien. Klien akan berasa lebih selesa dan mudah untuk memulakan perbincangan. Senyuman juga harus diberikan mengikut kesesuaian dalam sesi kaunseling. Sekiranya senyuman tidak sesuai, klien akan silap menginterpretasikannya.
- Berpeluk tubuh - membawa erti seorang yang tertutup, kurang salamat, atau kurang bersedia untuk berbincang, merasa negatif dan defensif.
- Tangan di dalam kocek - seolah-olah menyembunyikan sesuatu.
- Kedua-dua belah tangan memegang kuat pada tangan kerusi....... rasa takut atau risau.
- Tergaru-garu - ragu-ragu dan tidak pasti atau gelisah.
- Menggigit jari - tertekan, ragu-ragu, cemas atau risau
Senyuman
Senyuman merupakan unsur penting dalam kaunseling terutama sekali di peringkat awal. Ia bertindak sebagai penjalin hubungan yang baik antara kaunselor dengan kliennya.
Erti senyuman
- Persahabatan.
- Penerimaan atau mengalu-alukan.
- Keinginan untuk bekerjasama.
Senyuman kaunselor boleh meredakan ketegangan emosi di pihak klien. Klien akan berasa lebih selesa dan mudah untuk memulakan perbincangan. Senyuman juga harus diberikan mengikut kesesuaian dalam sesi kaunseling. Sekiranya senyuman tidak sesuai, klien akan silap menginterpretasikannya.
Senyuman klien juga harus difahami oleh kaunselor. Klien mungkin akan tersenyum untuk menutup rasa takut, risau, keliru atau serba salah. Ada juga klien senyum kerana malu, mengejek, sedih atau gembira. Kepekaan kaunselor melihat senyuman ini sangat penting untuk memastikan sesi kaunseling yang dijalankan itu sesuai dan menepati matlamatnya.
No comments:
Post a Comment