Sunday, September 23, 2012

PASANGAN KEMBAR KU


MASA : 15-20 ( bergantung kepada bilangan ahli kumpulan).
ALATAN : Kertas A4
PROSEDUR
  1. Semua peserta diberikan kertas A4
  2. Setiap peserta diminta untuk menulis tujuh (7) perkara atau fakta mengenai diri peserta masing-masing.
a)      Bulan Kelahiran
b)      Tempat kelahiran
c)      Bilangan adik-beradik
d)     Kedudukan dalam keluarga
e)      Warna kegemaran
f)       Hobi
  1. Setiap peserta diminta untuk mencari peserta lain yang mempunyai salah satu persamaan perkara atau fakta tentang diri mereka.
  2. Apabila menemui ahli tersebut dan mendapatkan tandatangan dibahagian sebelah fakta itu.
  3. Peserta yang Berjaya menjumpai pasangan yang mempunyai paling banyak persamaan tentang maklumat diri adalah pemenang.
FALSAFAH
  1. Untuk mengetahui bahawa setiap manusia adalah unik meskipun adakalanya terdapat persamaan dengan yang lain.
  2. Kita dilahirkan dengan keunikan tersendiri. Setiap manusia ada persamaan dan perbezaan.
  3. Gunakan potensi yang ada pada diri untuk meningkatkan kecemerlangan akademik dan sahsiah.
  4. Mengenali diri sendiri adalah sangat penting sebelum kita mengenali orang lain.

No comments:

Post a Comment