NAMA AKTIVITI : Telinga
yang baik
PERALATAN
YANG DIGUNAKAN : Sebuah Tongkat atau Kayu
PENGLIBATAN : 30 hingga 50 orang
SASARAN : kanak-kanak, remaja dan orang
dewasa
OBJEKTIF : 1. Memupuk keyakinan dan keberanian diri peserta.
2. Memudahkan peserta berinteraksi
dalam suasana yang
baru.
3. Mendidik peserta agar menjadi
pendengar yang baik.
4. Menyedarkan peserta agar sentiasa peka kepada pesekitaran
Mereka.
5. Memupuk nilai disiplin dalam diri
peserta.
JANGKA
MASA : 30 minit
LANGKAH
DAN KAEDAH :
Semua peserta berdiri dan membuat satu bulatan. Mereka ini dikenali sebagai pengikut. Seorang daripada mereka yang cukup bertuah
akan menjadi pemimpin dan berdiri di tengah-tengah bulatan. Pemimpin tersebut akan memukul
tongkat/kayunyta ke lantai dan berkata ‘JALAN!’...maka pengikut pengikut itu
harus mengatakan ‘MBEK’...sambil berjalan mengelilingi bulatan tersebut. Suara pengikut itu harus sesuai dengan irama
pukulan yang dibuat oleh pemimpin. Kalau
pukulannya cepat, maka pengikut-pengikut itu harus berjalan dengan cepat. Kalau pukulannya lambat, maka
pengikut-pengikut itu harus berjalan dengan lambat. Kalau pemimpin mengangkat tongkatnya/kayunya,
pengikut-pengikut itu harus bertepuk tangan dan berhenti berjalan. Tepukan mereka juga harus sesuai dengan irama
yang diberikan oleh pemimpin. Kalau
tongkat/kayu di angkat satu kali, maka pengikut-pengikut itu bertepuk tangan
satu kali. Kalau tongkat/kayu itu
digerakkan dengan cepat, maka tepukan mereka juga harus cepat.
Seandainya ada di antara pengikut-pengikut
yang membuat kesilapan, dia akan didenda.
FALSAFAH
PERMAINAN INI:
Untuk menjadi pemimpin yang baik, kita
perlu menjadi pengikut yang baik.
TEAM
BUILDING
NAMA
AKTIVITI : MENYALAKAN LILIN
PERALATAN
YANG DIGUNAKAN : BATANG MANCIS,
TANAH
LIAT SATU BUNGKUS,
BENANG
UBAT
NYAMUK,
TANGKAI
PANCING
PENGLIBATAN : 8 ORANG DALAM BEBERAPA KUMPULAN
SASARAN : REMAJA SEKOLAH
OBJEKTIF : 1. Membantu peserta untuk menyesuaikan diri dalam
persekitaran
Yang
baru (tempat,situasi,rakan-rakan)
2. Untuk mewujudkan kerjasama di dalam
satu pasukan
3. Memupuk nilai tolong-menolong dan berusaha
untuk mencapai satu
Kejayaan
dalam pasukan.
4. Ingin mewujudkan semangat ‘ kita
satu pasukan’ (kesatuan)
5. memupuk nilai keberanian dan
keyakinan diri.
JANGKA
MASA : 30 MINIT
LANGKAH
DAN KAEDAH :
Permainan ini boleh dilakukan di dalam atau
di luar bilik.
Semua peserta dibahagikan kepada beberapa
kelompok dan setiap kelompok tersebut membentuk satu barisan. Tidak jauh dari barisan kelompok tersebut,
diletakkan tanah liat yang telah pancake dengan 8 batang mancis.
Pada permulaan permainan, orang yang
pertama dari setiap kumpulan membawa batang pancing yang telah dipasang dengan
ubat nyamuk yang menyala dan kemudian dia akan berlari di depan barisan
tadi. Dalam waktu setengah minit, dia
harus berusaha menyalakan setiap batang mancis.
Jika masa yang telah ditetapkan telah
berakhir, pancing tersebut perlu diserahkan kembali kepada orang kedua dan
diteruskan kepada orang lain yang ada di dalam kumpulannya secara bergilir
sampai selesai.
Kumpulan yang berjaya menyalakan batang
mancis paling banyak dianggap sebagai pemenang.
FALSAFAH
LDK INI :
Satu satu faktor utama kejayaan sesebuah
pasukan adalah dengan adanya KESATUAN di dalam kumpulan. KESATUAN ini tidak akan wujud tanpa adanya
kerjasama dan semangat bantu-membantu di kalangan ahli dalam pasukan tersebut.
No comments:
Post a Comment