LDK 1
Tajuk: Mencari
Pembunuh
Peserta:
Minimum 10
orang
Waktu:
15 – 30 minit
Bahan:
Setiap peserta
mendapat sekeping kertas yang dilipat. Salah satu kertas mempunyai perkataan
“MEMBUNUH” dan yang selebihnya kosong.
Ruangan:
Ruangan yang
besar atau terbuka
Petunjuk:
“Perhatian! Di
antara kamu ada seorang pembunuh yang akan berusaha untuk membunuh kamu satu
persatu. Siapa yang berhati – hati akan selamat dari maut dan dapat menangkap
si pembunuh sebelum dia sempat membunuh semua peserta.
Sekarang berjalan – jalan di ruang
ini. Salah seorang membahagikan secarik kertas kepada setiap peserta. Seseorang
yang mendapat kertas yang berisi perkataan “pembunuh” bererti si pembunuh yang akan membunuh korbannya
dengan kerdipan matanya. Kalau si pembunuh mengerdipkan mata ke arah seseorang
peserta, iaitu mangsanya, maka peserta tersebut harus jatuh dan mati dalam masa
3 saat. Waktu 3 saat ini sangat penting, supaya si pembunuh tidak terus dapat
ditangkap.
Peserta yang mencurigai
seseorang sebagai si pembunuh boleh melapor dan berkata: “ saya mencurigai dia”
dan menunjukkan orang yang ditekanya sebagai pembunuh. Kalau tekaannya benar,
maka pembunuh tertangkap dan permainan pun berakhir. Namun, kalau tekaan
peserta salah maka ia pun harus berhenti bermain.
Permainan ini berakhir kalau
pembunuhnya tertangkap atau kalau si pembunuh telah berhasil membunuh semua
peserta lain.
LDK 2
Tajuk: Sarang
Mancis Kayu
Objektif
Mengajak
peserta untuk belajar bekerjasama dan mengerti perasaan orang lain. Tugas untuk
kelompok sangat sederhana. Oleh itu, para peserta dapat memusatkan perhatian
pada prosesnya.
Peserta:
Semua golongan
umur. Besar kelompok adalah bebas.
Bahan:
Satu kotak
mancis kayu penuh untuk setiap peserta dan satu botol kosong untuk setiap
kelompok kecil.
Masa:
15 -20 minit
Petunjuk:
Kelompok besar
dibagi – bagi menjadi kelompok kecil dengan 5 anggota. Setiap kelompok kecil
mendapat satu botol kosong dan setiap peserta mendapat satu kotak mancis kayu.
Secara bergilir – gilir peserta meletakkan satu batang mancis kayu di atas
bibir botol tadi untuk mencipta satu sarang botol. Peserta tidak boleh
bercakap. Mereka harus saling membantu, misalnya dalam menunjukkan di mana satu
lagi dapat di letakkan. Kalau ada batang mancis kayu jatuh harus di letakkan
kembali sampai sarang burung selesai dibuat.
Variasi
Setiap
kelompok kecil membuat satu gambar dengan menggunakan semua mancis kayu
tersebut.
Evolusi dan
refleksi:
1.
Bagaimana kami bekerjasama?
2.
Bagaimana perasaan saya ketika kawan saya
menjatuhkan semua mancis kayu itu.
3.
Apakah saya sekarang bangga dengan hasil kerja
kumpulan saya?
4.
Apakah ada seorang dalam kumpulan yang menjadi
pemimpin, atau ada peserta mempunyai pengaruh lebih dari yang lain?
5.
Apakah ada cara dalam kumpulan bila orang boleh
meletakkan mancis kayunya?
created by: celestina
No comments:
Post a Comment