LDK 1
TAJUK : Membentuk Piramid
MASA : 10 minit
BILANGAN
AHLI : 4 orang
BAHAN / ALAT : Duit Syiling atau batu
OBJEKTIF : 1)
Menyegarkan minda ahli.
2)
Menggalakkan fikiran kreatif dalam menyelesaikan masalah
LANGKAH
1. Gambar akan dilukis berbentuk pyramid seperti
dalam rajah di bawah :

Rajah 1:1
2. Setiap
kumpulan akan diarahkan untuk mengeluarkan 10 duit syiling yang sama saiz. Setiap kumpulan diminta untuk menyusun duit
syiling tersebut seperti rajah di atas.
3.
Fasilitator akan memberikan arahan dengan menyatakan bahawa susunan
tersebut adalah susunan pyramid yang terbalik.
Tugas kumpulan adalah untuk memperbetulkan sususan pyramid tersebut
dengan hanya mengalihkan 3 sahaja duit syiling supaya ia membentuk piramid.
4. Selesai
sahaja aktiviti diatas, fasilitator bersama dengan semua kumpulan membuat
penilaian dan perbincangan mengenai permainan sebentar tadi. Tujuannya adalah untuk mengetahui mengapa ada
kumpulan yang cepat menyelesaikan tugas dan ada yang sebaliknya.
REFLEKSI:
Di dalam menghadapi masalah yang sukar di dalam
kehidupan ini sama ada ia masalah yang besar atau kecil, sememangnya ada jalan
untuk menyelesaikannya. Semua ini
bergantung kepada individu itu untuk berani mengambil risiko. Terdapat masalah yang memerlukan masa yang
lama tetapi ada juga yang boleh melakukannya dengan segera. Di dalam keadaan sebegini, kita haruslah
mempunyai kesabaran dan kepercayaan terhadap diri sendiri dan kepada Tuhan
bahawa usaha yang dibuat adalah yang terbaik bagi kita.



TAJUK : Mengenali rakan baru
MASA : 40 minit
BILANGAN
AHLI : 4 orang
BAHAN / ALAT : Kertas dan Pen
OBJEKTIF : 1) Menggalakkan ahli mengenali rakan dengan
lebih dekat
2) Menggalakkan ahli supaya tidak berasa takut atau malu
berinteraksi
dengan ahli lain.
3) Memberi peluang kepada setiap ahli untuk bergaul dan
bertukar-tukar maklumat dalam kumpulan.
LANGKAH
1. Ahli
akan berpasangan dengan seorang ahli yang lain yang mereka paling tidak kenali
di dalam kelompok.
2. Mereka
diberikan masa 5 minit hingga 10 minit untuk mengenali antara satu sama
lain. Pada pertengahan masa tersebut, pengenalan
akan diberhentikan agar setiap pasangan tersebut boleh menulis catatan tentang
pandangan pertama mereka terhadap pasangan mereka.
3. Setelah
mereka selesai berbuat demikian, mereka dibenarkan menyambung semula perbualan
mereka sehingga tamat masa tersebut.
4. Setelah
tamat sesi pertama ini, pasangan kedua tadi digabungkan dengan satu
pasangan kumpulan yang lain untuk
membentuk kumpulan berempat.
5. Dalam
kumpulan ini, seorang ahli dari pasangan A tadi perlu mengenalkan pasangannya
kepada pasangan B. Mereka akan
bergilir-gilir memperkenalkan pasangan masing-masing.
6. Sesi
kedua ini mungkin mengambil masa 10 hingga 15 minit iaitu sehingga
keempat-empat ahli tadi mengenali antara satu sama lain.
7. Seterusnya,
dua daripada kumpulan berempat tadi akan bergabung dengan membentuk 8 ahli.
8. Fasilitator
akan member peluang kepada kumpulan yang lebih besar ini berinteraksi secara
bebas tanpa peraturan tertentu.
9. Masa
yang ditetapkan untuk menjalankan sesi yang ketiga ini ialah 15 minit.
REFLEKSI:
Teknik ini amat berguna bagi menggalakkan peserta
mewujudkan rasa percaya antara satu sama lain dan seterusnya timbul rasa untuk
lebih mengenali peserta-peserta lain secara lebih mendalam.
No comments:
Post a Comment