LDK 1: Ice Breaking
Objektif:
I.
Membentuk kumpulan dalam kalangan peserta supaya mudah
dalam proses penyampaian maklumat sepanjang program berjalan.
II.
Merapatkan jurang antara peserta dan fasilitator agar
tugas fasilitator dapat diperjelaskan lagi sebagai pemudahcara dan pembimbing
peserta.
III.
Merapatkan lagi jurang pemisah antara ahli supaya
hubungan yang lebih eratdapat diwujudkan pada masa hadapan.
IV.
Membentuk ikatan berkumpulan dan semangat kerjasama
dalam kumpulan agar segala masalah dapat diselesaikan secara bersama untuk masa
hadapan.
Pecahan Kumpulan (puzzle)
Langkah:
I.
Peserta
akan diberi cebisan gambar setiap seorang.
II.
Peserta
dikehendaki mencari ahli kumpulan mereka berdasarkan gambar tersebut dan
membentuk sekeping gambar yang lengkap.
III.
Seterusnya
membentuk kumpulan.
Ta’aruf-
Pukulan Kasih
I.
Fasilitator
akan menanyakan nama penuh,nama panggilan,asal,hobi,cita-cita, dan sebagainya
mengikut kesesuaian.
II.
Peserta
dikehendaki membuat satu bulatan mengikut kumpulan masing-masing.
III.
Seorang
peserta dikehendaki berdiri di tengah-tengah.
IV.
Fasilitator
akan menyebut nama seorang ahli dalam kumpulan tersebut dan peserta di tengah
hendaklah memukul nama yang disebut dengan lembut,menggunakan surat khabar yang
digulung.
V.
Setiap
orang peserta hendaklah diberi peluang berdiri di tengah dan memukul ahli yang
lain pula sehingga semua nama ahli telah disebut.
Aduhai
Kumpulanku Sayang – Aktiviti dalam kumpulan.
I.
Ahli
kumpulan diminta untuk memikirkan nama untuk kumpulan mereka.
II.
Setelah
itu setiap kumpulan akan mempersembahkan nama kumpulan dan sorakan mereka.
Falsafah:
-Memupuk kerjasama di kalangan ahli
di dalam kumpulan masing-masing.
-Menunjukkan bahawa setiap kumpulan
mempunyai identiti masing-masing.
-Meningkatkan keyakinan diri
peserta.
-Melatih peserta agar peka dan bertanggungjawab terhadap kumpulan mereka
sendiri.
LDK 2: World Cup
Objektif:
-menguji kepekaan peserta terhadap arahan yang
diberi
-melatih kerjasama antara ahli kumpulan
Kaedah:
-setiap kumpulan akan diberikan satu perkataan
seperti sepak,tendang,tanduk dan gol.
-ketua fasilitator yang bertindak sebagai central
akan memberikan arahan kepada setiap kumpulan bagi melaungkan perkataan bagi
kumpulan masing-masing
-permainan akan diteruskan berdasarkan budi
bicara ketua fasilitator yang bertindak central
LDK:3 Tarikan
Kasih
Objektif;
-melatih kerjasama antara ahli kumpulan
-membentuk sikap sabar dan berhati-hati dalam
diri peserta
-melatih sifat kepimpinan peserta
Kaedah;
-setiap kumpulan akan dibekalkan secawan air dan
setiap ahli kumpulan akan mendapat seutas tali
-setiap peserta dikehendaki mengikatkan tali
masing-masing pada cawan tersebut
-setiap kumpulan dikehendaki bergerak dari
garisan permulaan hingga ke garisan penamat sambil membawa caawan yang berisi
air tersebut dimana setiap peserta akan menarik hujung tali masing-masing
-permainan akan dinilai berdasarkan isipadu air
yang masih terdapat dalam cawan tersebut
LDK 4: Telefon rosak
Objektif;
-melatih sifat peka dalam diri peserta
-membentuk kerjasama antara ahli kumpulan
-melatih kreativiti peserta dalam berfikir
Langkah;
-setiap kumpulan akan diberikan satu frasa ayat
-peserta pertama yang menerima frasa tersebut
dikehendaki memberitahu frasa tersebut kepada peserta yang berikutnya dan akan
berterusan hingga kesemua ahli kumpulan mengetahui frasa tersebut
-peserta yang terakhir dikehendaki menterjemahkan
frasa tresebut dalam bentuk lukisan
LDK 5: PEMBAHAGIAN KUMPULAN
Nama pelajar
akan diagihkan oleh fasi.
Nama akan ditampal di papan
kenyataan sekolah bersama nama fasi.
Objektif:
1) Menggalakkan peserta bergaul dan
berkenalan diantara satu sama lain.
2) Menyedarkan peserta bahawa kerjasama itu
penting.
Falsafah:
1) Membina semangat untuk bekerjasama yang
lebih erat antara satu sama lain.
2)
Menggalakkan interaksi didalam kumpulan
Taaruf
(20 minit)- Aktiviti Dalam Kumpulan
i) Fasilitator akan menanyakan nama
penuh, nama panggilan, asal,
hobi,
cita-cita dan sebagainya mengikut kesesuaian
ii) Kemudian fasilitator boleh membuat
aktiviti ringkas untuk
mengingati nama peserta dan berkenalan
dengan rapat
mengikut kekreatifan masing-masing jika berkesempatan.
iii)
Setiap kumpulan juga diminta untuk
melantik ahli kumpulan masing-masing.
Aduhai
Kumpulanku Sayang (60 minit)-Aktiviti Dalam Kumpulan
Objektif:
i)
Mencipta nama kumpulan sendiri mengkut
kretiviti masing-masing.
ii) Mencipta sorakkan semangat untuk kumpulan sendiri.
iii) Menghasilkan ahli kumpulan yang teguh.
Langkah:
i) Ahli kumpulan akan diarahkan untuk
menulis
nama
kumpulan di atas sekeping kertas.
ii) Kemudian peserta juga akan diminta
untuk membuat sorakan
kumpulan.
iii) Setelah itu setiap kumpulan akan mempersembahkan
nama
kumpulan dan sorakan mereka.
Falsafah
:
-Memupuk
kerjasama dikalangan ahli di dalam kumpulan masing-masing
-Menunjukkan
bahawa setiap kumpulan mempunyai identiti masing-
masing
-Meningkatkan
keyakinan diri peserta
-Melatih
peserta agar peka dan bertanggung jawab terhadap kumpulan
mereka sendiri.
SLOT 1
Tajuk: Mari
Berkenalan
Masa : 20 Minit
Alatan : Borang Bingo, Pen
Objektif:
1) Menggalakkan ahli berkenalan diantara satu
sama lain.
2) Menyedarkan ahli bahawa terdapat orang
lain yang mempunyai minat yang sama dengan mereka.
Langkah:
1) Fasilitator menerangkan kepada peserta
bahawa aktiviti ini memerlukan mereka bergerak dan mencari rakan yang mempunyai
minat yang sama dengan mereka dalam masa 5 minit.
2) Fasilitator akan mengedarkan borang Bingo
dan meminta peserta menandakan sekurang-kurangnya 6 hobi mereka.
3)
Dalam masa 3
minit, peserta perlu mencari rakan yang mempunyai hobi yang sama dan menurunkan
tandatangan mereka pada ruang berkenaan. Satu tandatangan bagi satu
ruang.
Falsafah:
1) Penting bagi semua mengetahui maklumat
rakan supaya perhubungan dapat dieratkan lagi.
2)
Membina perasaan rasa dipunyai.
BORANG BINGO:
Layari Internet
|
Membela binatang
|
Membaca novel
|
Menolong keluarga
|
Kumpul setem
|
|
Tidur
|
Membeli-belah
|
Menjahit
|
Kerja amal
|
Kumpul syiling lama
|
|
Memancing
|
Berkhemah
|
Menanam pokok bunga
|
Panjat gunung
|
Memasak
|
|
Berbasikal
|
Bersukan
|
Gubah bunga
|
Mengemas rumah
|
Berkelah
|
|
Menonton televisyen
|
Kumpul majalah
|
Mendengar radio
|
Berkayak
|
Melancong
|
Kad Harapan
Tajuk : kad Harapan
Masa : 30 minit
Alat : 2 kad/1 kertas
A4(dibahagi 2) & pensel warna
Objektif:
1) mengalakan pelajar berkongsi dan berinteraksi dalam kumpulan
2) memupuk pendedahan kendiri supaya
pelajar dapat mengenali rakan dengan lebih rapat.
Langkah-langkah
1) pelajar dibekalkan 2 kad dan pensel warna setiap seorang dan disuruh
melukis 1 kad tentang harapan dan 1 kad ketakutan diri.
2) dalam masa 10 minit, pelajar disuruh berhenti dan tidak dibenarkan
rakan-rakan melihatnya.
3) kemudiannya, pelajar akan disuruh untuk membentangkan kad tersebut dalam
kumpulan tentang harapan dan ketakutan yang ada dalam diri.
4) fasi hanya bertindak sebagai pendengar kumpulan tersebut.
Falsafah
Perlu berani tonjolkan diri dan perlu berkeyakinan dalam menghadapi cabaran
hidup
LDK 6
TAJUK: LEMBUT LIDAH
Objektif
i.
Meningkatkan kecekapan otak atau minda bagi mentafsir
input (rangkap ‘Lidah Tergeliat’ yang diberi) dengan cepat dalam masa yang
singkat
ii Menguji kelancaran dan kefasihan
bertutur.
- Menguji kemahiran menuturkan perkataan yang hamper
sama sebutannya.
- Dapat
meringankan tekanan.
Kaedah Permainan
i Pemain hanya diberikan
peluang sekali sahaja untuk menyebutkan anglap yang diberi dan tidak boleh
mengulanginya.
ii. Sebutan hendaklah
jelas,tidakterhenti-henti dan pantas.
Peraturan Permainan
Para peserta dikehendaki menyebutkan
rangkap-rangkap berikut:
PETER
PIPER PICKED A PACK OF PEPPER
DID
PETER PIPER PICK A PACK OF PEPPER?
IF
PETER PIPER PICKED A PACK OF PEPPER,
WHERE’S
THE PACK OF PEPPER PETER PIPER PICKED?
LANKY
LAWRENCE LOST
HIS LASS AND LOBSTER
DID
LANKY LAWRENCE
LOSE HIS LASS AND LOBSTER?
IF
LANKY LAWRENCE
LOST HIS LASS AND LOBSTER,
WHERE
ARE THE LESS AND LOBSTER LANKY LAWRENCE
LOST?
created by: nurul izzah
Assalamu'alaikum cikgu,
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian. saya mohon ambil untuk tujuan training.
jazakallah.. :)
sangat membantu..thanks!
ReplyDeletetq..sgt mbantu
ReplyDeletetq..sgt membantu
ReplyDeletepengongsian idea yg sangat membantu
ReplyDeleteTerbaik..sangat2 membantu saya dalam menyediakan aktiviti untuk pelajar asrama saya..
ReplyDeleteSifu...izinkan saya share sikit slot milik sifu utk kegunaan mengadakan kursus. Terima kasih sifu.
ReplyDeleteMOHON IZIN GUNA BAHAN
ReplyDeleteMohon izin guna modul
ReplyDeleteMOHON IZIN GUNA BAHAN
ReplyDeleteMohon izin guna bahan. Terima kasih.
ReplyDelete