ICE BREAKING (KELOMPOK BESAR)
Aktiviti 1 :
Salam Mesra
Masa :
20 Minit
Alatan :
Tiada
Objektif :
1. Mewujudkan suasana yang selesa di
kalangan peserta.
2. Mengurangkan rasa tertekan, takut.
Langkah :
1.
Buat bulatan besar ( asing lelaki dan perempuan )
2. Bilang 1. 2. 3. mengikut peserta.
3.
Peserta angka ganjil buat bulatan di dalam. Peserta di
luar ikut arah jam dan peserta di dalam lawan arah jam.
4. Setiap peserta memperkenalkan diri
kepada semua ahli dalam bulatan.
Perbincangan:
1.
Apakah perasaan adik-adik… takut… tak selesa… malu…
2.
Apakah respons rakan-rakan adik apabila bercerita tentang
diri… suka…dll
Pengajaran :
1.
Pengenalan diri akan mewujudkan perhubungan yang mesra
dengan orang yang belum dikenali.
Aktiviti 2 :
Dunia ku dunia baru
Masa :
30 Minit
Alatan : Tiada
Objektif :
1.
Memberi peluang kepada peserta berkenalan antara satu
sama lain dalam suasana yang menyeronokkan.
2.
Mengurangkan rasa malu, rendah diri dan takut apabila
berada dalam kelompok yang belum dikenali.
Langkah :
1.
Peserta diberi kad yang masing-masing bernombor 1 –6.
2.
Setiap nombor akan mewakili satu gerakan tertentu.
3. Peserta lelaki dan perempuan diminta
berbaris sebelum kad diedarkan kepada mereka.
4.
Ketua menyatakan bahawa peserta berada dalam dunia baru.
Di dunia ini tiada siapa yang boleh bertutur. Mereka hanya boleh melakukan
gerakan yang tertentu. Mereka semua perlu mencari rakan yang sama jenis untuk
membentuk satu perkampungan.
-
Jenis
pertama aksi menangis
-
Jenis
kedua aksi burung terbang
-
Jenis
ketiga aksi ketawa
-
Jenis
keempat aksi garu kepala
-
Jenis
kelima aksi bunyi motor
-
Jenis
keenam aksi bunyi kucing
5. Apabila bertemu dengan jenis yang sama
mereka perlu mengangguk dan cari rakan lain yang sama jenis.
6. Ketua memastikan peserta tidak
bercakap selain bunyi tertentu.
7. Jika ada jenis yang tidak menemui
jenis yang sama. Maka mereka perlu buat gerakan itu dan rakan mereka hendaklah
menjemput mereka masuk kelompok.
Perbincangan:
1. Bagaimanakah perasaan peserta menjalankan
aktiviti
2.
Bagaimana cara berinteraksi apabila tidak boleh bertutur.
Pengajaran :
Untuk berkenalan dengan seseorang,
kita perlu mempunyai sifat peramah, sedia menghampiri dan tidak menunggu
ditegur oleh orang lain.
LDK
(Kendiriku)
Aktiviti : Akukah itu?
Masa : 30
minit
Alatan
:Kertas A4 dan pen/pensel
Objektif : 1. Peserta mengenal diri mereka yang sebenar.
2.
Peserta akan dapat menyedari keadaan diri mereka.
3.
Timbul keinginan untuk meneroka keadaan diri sendiri.
Langkah :
1.
Peserta diminta untuk melukis gambar mereka sendiri
mengikut kebolehan masing-masing. (Kecantikan lukisan itu tidak penting)
2.
Peserta diminta tidak duduk terlalu dekat (jarak antara
peserta) semasa melakukan tugas ini.
3.
Letakkan tanda yang mudah untuk kenal pasti lukisan
masing-masing. Tetapi jangan tulis nama pada lukisan tersebut..
4.
Masa diberikan antara 5 – 7 minit untuk menghasilkan
lukisan tersebut..
5.
Ketua akan mengumpul semua lukisan yang telah siap dan
kemudian menyerahkan semula kepada peserta. Tetapi kena pastikan bahawa lukisan yang dibuat itu
tidak diserahkan kepada empunya lukisan.
6.
Peserta diminta untuk mengenal pasti tuan empunya lukisan
gambar tersebut dengan hanya menunjukan sahaja apabila diminta oleh ketua tanpa
bergerak atau bangun dari kerusi.
7.
Bagi peserta yang salah meneka , ketua akan cuba bertanya
mengapakah susah untuk mengenal pasti empunya lukisan gambar tersebut dan bagi
yang meneka dengan betul ketua akan
menanyakan sebab mereka bolah meneka dengan betul.
Pengajaran/
Rumusan : 1. Susah untuk mengenal
pasti seseorang itu dengan hanya melihat
pada
luaran sahaja kerana mungkin apa-apa yang dilihat tidak sama
dengan
sikapnya yang sebenar.
2. Orang tidak akan dapat mengenal diri kita jika sekiranya kita sendiri
tidak kenal siapa diri kita
# Semoga
kamu mendapat cukup kebahagiaan untuk membuat kamu bahagia, cukup cubaan untuk
membuat kamu kuat, cukup penderitaan untuk membuat kamu menjadi manusia yang
sesungguhnya, dan cukup harapan untuk membuat kamu positif terhadap kehidupan.
created by: sunarti