Di dalam kaunseling, penamatan dibuat pada dua keadaan, iaitu penamatan bagi setiap sesi kaunseling yang dijalankan, dan penamatan hubungan kaunseling antara klien dan kaunselor yang mungkin mengambil masa beberapa sesi.
PENAMATAN SETIAP SESI
Di dalam setiap sesi, kaunselor akan memulakannya dengan menstruktur beberapa lama sesi itu akan berlangsung. Oleh itu kira-kira lima atau sepuluh minit sebelum sesi diberhentikan klien akan diberitahu bahawa masa hampir tamat. Ini akan membantu klien memfokus kepada matlamat dari persoalan yang dibawanya.
Selain daripada faktor masa yang telah berakhir (cukup), kaunselor boleh memberhentikan sesi sekiranya dia merasakan klien telah mendapat manfaat daripada sesi itu atau klien sendiri mengambil keputusan untuk memberhentikannya
Panduan memberhentikan sesi
1. Rumus semula apa yang telah dibincangkan di dalam sesi.
2. Ingatkan kembali segala perancangan yang telah dipersetujui.
3. Minta persetujuan klien terutama tentang apa yang disarankan oleh kaunselor.
4. Beri ruang kepada klien untuk memilih sama ada dia merasakan perlu untuk datang kembali bagi sesi yang lain.
Contoh:
Kes di atas
Kaunselor: Kita ada lima minit saja lagi, jadi saya rasa elok saya rumuskan apa yang telah kita rundingkan dalam sesi ini. Pada peringkat awal kedatangan tuan ialah untuk membincangkan masalah tuan dan anak remaja tuan. Tuan rasa tidak dapat mengawal anak ini, begitu juga isteri tuan Jadi, dalam perbincangan kita tuan bersetuju untuk berkerjasama dengan isteri tuan. Tuan mengambil keputusan untuk membincangkan masalah ini dengan isteri tuan. Ini adalah beberapa langkah yang akan tuan ambil dalam masa dua minggu ini. Sekiranya tuan rasa perlu berbincang lagi dengan saya setelah dua minggu nanti, tuan dipersilakan.
Penamatan Hubungan Kaunseling
Kadangkala hubungan kaunseling mengandungi beberapa sesi. Setelah klien dapat mencapai matlamatnya hubungan ini haruslah ditamatkan. Proses penamatan ini harus diberitahu kepada klien. Kaunselor tiak boleh secara sengaja mengikat klien untuk terus bergantuang kepadanya atau sebaliknya. Matlamat kaunseling adalah untuk membantu klien agar menjadi individu yang berfungsi sepenuhnya. Oleh itu bagi hubungan kaunselor adalah penting bagi memastikan klien dapat berfungsi dan mengambil langkah menamatkan sesi.
Panduan menamatkan sesi
1. Klien pada penilaian kaunselor telah dapat berfungsi dengan normal.
2. Klien telah dapat menguruskan masalah dirinya.
3. Klien berpendapat yang dia mahu berhenti dari hubungan tersebut.
Contoh:
Kes di atas
Kaunselor: Kita telah bertemu sebanyak lima sesi, saya lihat tuan bertambah gembira sekarang. Tuan juga menyatakan yang tuan telah berjaya berbaik-baik dengan anak tuan. Jadi saya rasa bolehlah kita memberhentikan hubungan kaunseling ini. Saya harap tuan berjaya di dalam kehidupan tuan.
No comments:
Post a Comment