Tuesday, June 29, 2021

Kuiz Online Bimbingan

 Senarai Kuiz Online Bimbingan yang boleh murid sertai:


1. https://wordwall.net/ms/resource/9520402/pilih-emosi-yang-sesuai-mengikut-situasi


2. https://wordwall.net/ms/resource/6175075/adab-bersyukur


3.  https://wordwall.net/ms/resource/10555490/adab-belajar


4. https://wordwall.net/ms/resource/6278813/adab-bersama-ibu-bapa


5. https://wordwall.net/ms/resource/10673311/baca-pernyataan-dan-cari-jawapan-yang-betul


6. https://wordwall.net/play/10717/259/944


7. https://wordwall.net/ms/resource/7678317/tips-pengurusan-masa


8. https://wordwall.net/ms/resource/7268636/pengurusan-masa


9. https://wordwall.net/ms/resource/1583678/penyalahgunaan-dadah


10. https://wordwall.net/ms/resource/714954/pengetahuan-umum

Sunday, May 23, 2021

💐JOM TEROKA KERJAYA SAMBIL BERMAIN💐

💐JOM TEROKA KERJAYA SAMBIL BERMAIN💐


➡️Klik Link dan terus bermain👇🏻

https://gamilab.com/play/2c0965fa-36c3-438b-9a25-dedafd3c5efc


💐KEMPEN GAYA HIDUP SIHAT💐HIDUP PENUH ERTI TANPA DADAH💐


➡️Klik Link dan terus bermain👇🏻

https://gamilab.com/play/de67c599-86c3-4f88-a7c3-27c55200543e


❤️Kenali & Terokai Diri Anda❤️-Ujian Psikologi

 (1) Ujian Minda Sihat (DASS)

❤️https://forms.gle/uHNrjWEEaaYGTHvSA


(2) Ujian Gaya Daya Tindak

❤️https://forms.gle/F8kDykqs4fMjP5DQ8


(3) Inventori Minat Kerjaya (IMK)

❤️https://forms.gle/turHoQhLm1nRNDWG6


(4) Inventori Profil Kecenderungan Minat Kerjaya

❤️https://forms.gle/kzwEG959bTm7Z4u58


(5) Inventori Kematangan Kerjaya (IKK)

❤️https://forms.gle/unTf7EKic4Bhk1Ge6


(6) Inventori Tret Personaliti (ITP)

❤️https://forms.gle/QctfSpz1avDDKxpBA


(7) Inventori Gaya Belajar

❤️https://forms.gle/dSXzsRjp8TRcSLo17


(8) Inventori Personaliti Warna (IPW)

❤️https://forms.gle/JnkQxfrRnrwK4xvWA


Dapatkan segera keputusan ujian psikologi anda setelah selesai menjawab.


"Belaian Psikologi Meringankan Tekanan Emosi"


aktiviti kendiri bimbingan


https://wordwall.net/ms/resource/9853821/adab-belajar-atas-talian



https://wordwall.net/ms/resource/9788589/adab-dengan-guru



https://wordwall.net/ms/resource/6599008/cita-cita-saya



https://wordwall.net/ms/resource/9344266/cita-cita-saya



https://www.liveworksheets.com/ov1421223tz



CITA-CITA SAYA https://wordwall.net/ms/resource/9825379/cita-cita-saya



https://www.liveworksheets.com/qu485489dh



https://www.liveworksheets.com/kb436427ey



https://www.liveworksheets.com/oh1177552zz



https://www.liveworksheets.com/fg698545ou

Senarai Kuiz Online Bimbingan

 1- JAUHI DADAH

https://wordwall.net/play/16680/560/746


2-PADANKAN EMOSI

https://wordwall.net/play/16676/839/118 


3-KATA MOTIVASI 

https://wordwall.net/play/16675/462/950


4-KENALI ROKOK

https://wordwall.net/play/16665/626/558 


5-SAHSIAH BAIK

https://wordwall.net/play/16675/462/950


6-SAYA PATUH PERATURAN SEKOLAH

https://wordwall.net/play/16674/762/132


7-JOM KENALI TANDA-TANDA STRESS

https://wordwall.net/play/16663/500/274 


8-TEKA TEKI EMOSI

https://wordwall.net/play/16664/047/238 


9-PENGURUSAN DIRI

https://wordwall.net/play/16662/993/226


10- SIKAP DIRI YANG POSITIF & NEGATIF

https://wordwall.net/play/16678/267/261


11- 7 FORMULA KOMUNIKASI BERKESAN 

https://wordwall.net/play/16662/231/890


12- 25 NAMA KERJAYA YANG TERSEMBUNYI 

https://wordwall.net/play/16661/914/836


13- MASA ITU EMAS

https://wordwall.net/play/16679/556/781


14- KENALI NAMA PEKERJAAN BERUNIFORM 

https://wordwall.net/play/8318/467/929


15- KENALI NAMA PEKERJAAN TIDAK BERUNIFORM 

https://wordwall.net/play/8319/034/415


16- PEKERJAAN YANG ADA DI SEKOLAH

https://wordwall.net/play/8320/060/156


17- PEKERJAAN YANG ADA DI HOSPITAL 

https://wordwall.net/play/8320/060/156 


18- PEKERJAAN YANG KU TAHU 

https://wordwall.net/play/16661/304/334


19- AMALAN GAYA HIDUP SIHAT 

https://wordwall.net/play/16678/679/194

Monday, October 5, 2020

Sajak Doa Orang Lapar

 



SAJAK DOA ORANG LAPAR – RENDRA

Kelaparan adalah burung gagak yang licik dan hitam jutaan burung-burung gagak bagai awan yang hitam Allah ! burung gagak menakutkan dan kelaparan adalah burung gagak selalu menakutkan kelaparan adalah pemberontakan adalah penggerak gaib dari pisau-pisau pembunuhan yang diayunkan oleh tangan-tangan orang miskin Kelaparan adalah batu-batu karang di bawah wajah laut yang tidur adalah mata air penipuan adalah pengkhianatan kehormatan Seorang pemuda yang gagah akan menangis tersedu melihat bagaimana tangannya sendiri meletakkan kehormatannya di tanah karena kelaparan kelaparan adalah iblis kelaparan adalah iblis yang menawarkan kediktatoran Allah ! kelaparan adalah tangan-tangan hitam yang memasukkan segenggam tawas ke dalam perut para miskin Allah ! kami berlutut mata kami adalah mata Mu ini juga mulut Mu ini juga hati Mu dan ini juga perut Mu perut Mu lapar, ya Allah perut Mu menggenggam tawas dan pecahan-pecahan gelas kaca Allah ! betapa indahnya sepiring nasi panas semangkuk sop dan segelas kopi hitam Allah ! kelaparan adalah burung gagak jutaan burung gagak bagai awan yang hitam menghalang pandangku ke sorga Mu WS Rendra DARI KUMPULAN PUISI “SAJAK – SAJAK SEPATU TUA” ( PUSTAKA JAYA – 1995 )

Tuesday, July 7, 2020

BUTANG HIJAU DAN BUTANG MERAH


BIDANG: PSIKOSOSIAL DAN KESEJAHTERAAN MENTAL MURID (PKM)

Butang Hijau 🟢 mewakili apa yang kita suka
Butang Merah 🔴 mewakili apa yang kita tidak suka (Pantang Larang)

Jadinya, murid tahu apa dia suka dan apa yang dia tidak suka.
Murid akan memberitahu rakan-rakannya tentang Butang Merahnya.

Contoh Butang Hijau:
"Setiap pagi saya akan bersalaman dengan ibu".

Contoh Butang Merah:
“Saya tidak suka orang menipu saya kerana saya akan berasa sangat marah”

Asertif Diri :
Murid akan memberitahu kepada rakan-rakan tentang Butang Merahnya supaya rakan-rakan tidak menipunya dan membuatnya marah.

Langkah-langkah:
1) Guru menerangkan mengenai maksud Butang Hijau dan Butang Merah.
2) Murid-murid mengenalpasti dan menyatakan Butang Hijau dan Butang Merah secara bergilir-gilir.
3) Guru mengedarkan kertas berwarna Hijau dan Merah kepada semua murid.
4) Murid membuat lakaran Butang Hijau dan Butang Merah pada kertas tersebut.
5) Murid mempamerkan Butang Hijau dan Butang Merah masing-masing di hadapan kelas untuk pengetahuan dan ingatan kepada rakannya yang lain.

Falsafah:
1. Murid menyedari perkara yang digemari dan tidak digemari serta dapat menyatakan dengan asertif perkara tersebut kepada rakan-rakannya.
2. Ia dapat membina keyakinan diri yang positif dan mewujudkan suasana yang sejahtera sesama murid.

Friday, May 1, 2020

MODUL PKP 9: PESANAN


1. Nota pesanan amalan bagi perempuan yang di datangi haid sewaktu bulan Ramadhan.
2. Tips merebut pahala dan melaksanakan dengan berilmu....










Sunday, April 26, 2020

MODUL PKP 8: UJI MINDA



Arahan:
1. Baca arahan dengan teliti
2: Perbincangan bersama kelompok kelas, keluarga atau individu...
3. Nyatakan jawapan

Falsafah
1. Uji minda
2. Melatih kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis...

Selamat mencuba





Friday, April 24, 2020

MODUL PKP 7: UJI MINDA


Arahan:
1. Baca arahan dengan teliti
2: Perbincangan bersama kelompok kelas, keluarga atau individu...
3. Nyatakan jawapan

Falsafah
1. Uji minda
2. Melatih kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis...


Selamat mencuba

Thursday, April 23, 2020

MODUL PKP 6: CHEF MUDA


JOM MASAK THAI DESSERT PUMPKIN BOU LOY

1. Sediakan:
Tepung pulut
Buah labu
Santan
Daun pandan
Pewarna hijau
Gula
Garam

2. Pengukus yang selamat digunakan
3.Lidi atau pencungkil gigi

Boleh lihat sini cara buat:

https://youtu.be/xyJN77mlNCM

Falsafah
1. Memupuk minat memasak di kalangan murid
2. Bina kerjasama antara adik beradik dan ahli keluarga secara santai
3. Kemahiran psikomotor, kreativiti
4. Terapi diri







MODUL PKP 5: TABATA


1. Stay at home
2. Pakai pakaian yg sesuai dan selesa
3. Cari ruang yang boleh bergerak selesa

Falsafah:
1. Gaya hidup sihat
2. Membakar lemak sebab banyak sgt makan tepung


https://youtu.be/4soVG6aU22I

MODUL PKP 4: HARIMAU MALAYA



1. Lihat pada gambar tersebut
2. Berikan jumlah harimau yang kamu nampak
3. Bulatkan dan cari sama sama dengan ahli keluarga dan rakan dlm kumpulan
4. Guru/admin boleh bimbing agar murid terus berusaha mencari jawapan.

Falsafah
1. Meneliti gambar yang diberikan.
2. Mewujudkan suasana santai bersama ahli keluarga dan rakan dalam kelompok whatup

Jom
Cari jawapann





MODUL PKP 3:SODUKU



SODUKU yang berasal dari Jepun
Ia bermaksud kayu tunggal sebagai kayu pengukur kecerdasan seseorang

1. Selesaikan SODUKU ini
2. Asah pemikiran perlahan lahan
3. Isikan no pada kotak kosong

Falsafah
1. Melatih kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah secara logik , kreatif
2. Melatih otak kiri bekerja secara logik

Jom
Cari jawapann

MODUL PKP 2:TERAPI LUKISAN


1. Lihat gambar yang di papar. Antara beberapa lukisan yang menarik boleh dihasilkan dengan mudah guys. (Dah lama water colour tu duk keras dalam bekas nya)
2. Ada lapan gambar yang dihasilkan dan boleh buat pilihan untuk mencuba untuk hasilkan bagi mengisi masa terluang
3. Cari ruang, kosongkan fikiran, senyum dan menarilah tangan....
4. Aturkan gerakkan tangan hasilkan sesuatu mengikut kemampuan.
5.  Taraaaa tengok hasilnya guys......
Cikgu pun dah cubaaa... nak tengok hasilnya..?
6. Klik link tersebut untuk lihat youtube yaa..

Cikgu rasa happy, warna warni, oh terapi seni
Jom kita cuba ......
Siapa dah siap send pada cikgu yaaa......

Falsafahnya;
1. Dengan melukis dapat membantu mengurangkan kekusutan fikiran
2.Salah satu medium komunikasi
3. Meluahkan perasaan dan emosi
4. Bina rasa positif dengan hasil yang warna warni.


All the best









MODUL PKP 1: ORIGAMI SAYA


1. Membuat origami
2. Kertas yg sesuai digunakan, majalah atau surat khabar yg tidak mahu lagi digunakan atau kertas warna.
3. Setelah siap tuliskan sesuatu kepada origami tersebut.... nyatakan emosi, perasaan dan apa shj yg mahu dituliskan.

https://youtu.be/WWVX1iE5xzU

https://youtu.be/HszOqU-bkJo

https://youtu.be/bc0HXtS9as0

Yeayy dah siap penanda buku origami
Dan burung2 emosi dan motivasi berterbangan

Falsafah:
1. Latihan psikomotor tangan
2. Melatih gaya tindak kreatif
3. Menyatakan perasaan, meluahkan emosi
4. Hasilnya akan membuatkan murid puas hati boleh disimpan
5. Boleh dilaksanakan bersama ahli keluarga.

Selamat mencuba

Kalau dah berjaya boleh share dengan cikgu hasilnya.


Friday, September 22, 2017

SELAMAT TAHUN BARU 1439H

Selamat menyambut tahun yang ke 1439 dalam kalendar Hijriyah. Hasil ijtihad Khalifah Umar ibnu al-Khattab, maka umat Islam mempunyai kalendarnya sendiri. Selain itu, ia menyebabkan generasi umat Islam sehingga hari ini sentiasa memperingati peristiwa hijrah Rasulullah dari Mekah ke Madinah.

Umar telah memilih tahun penghijrahan Nabi, bukan tahun kelahiran baginda, bukan tahun pengangkatannya sebagai Rasul dan bukan tahun kewafatannya, sebagai tarikh permulaan kalendar. Ia menunjukkan bahawa Umar dan sahabat-sahabat di zaman itu amat menghargai betapa pentingnya hijrah dalam seluruh kehidupan Nabi, berbanding peristiwa-peristiwa lain.

Ada banyak sunnah Rasulullah yang boleh kita ikuti, dari cara beribadah, berpakaian sehinggalah ke cara berperang. Tetapi, satu sunnah yang harus kita hidupkan ialah sunnah berhijrah. Umat Islam harus berani berubah, melakukan turning point dalam kehidupan dan mencuba kaedah dan platform baru dalam memperbaiki nasib umat.

Semoga kita semua tergolong dalam kalangan orang-orang yang berhijrah.

Saturday, August 27, 2016

Minda Sedar dan Minda Separa Sedar

Minda Sedar (Conscious Mind) – minda yang kita boleh kawal, seperti berfikir, belajar, memasak, berbual, dan banyak lagilah

Minda Separa Sedar (Subconscious Mind) – ia tidak berfungsi secara logik, lebih kepada emosi, rasa hati, imaginasi, mimpi

90% daripada badan kita adalah milik minda separa sedar. Kita perlu seiringkan kedua-dua minda ni supaya kita dapat menjadi insan yang lebih baik, dan berjaya dalam hidup. Contohnya minda sedar kita kata saya nak dapat cemerlang untuk peperiksaan. Tapi minda separa sedar kita tak inginkannya pun, asyik berfikiran negatif, rasa diri tak layak, tak pandai, so kita takde usaha pun ke arah itu. Kedua-duanya tak seiring, so kita jadi malas, lemau, takde semangat untuk dapatkannya. Nak study pun asyik bertangguh, sebab minda separa sedar kita tak mengarahkan badan kita untuk buat pun, dan menarik tenaga-tenaga dan sumber-sumber negatif dekat dengan kita.

Cara nak aktifkan minda separa sedar


Kita boleh aktifkan dan mantapkan minda separa sedar pada waktu-waktu yang dipanggil sebagai alpha wave di mana ianya adalah waktu perantaraan minda sedar dan minda separa sedar.
  • Waktu hujan
  • Waktu kita berehat
  • Waktu solat
  • Waktu hampir tidur

Waktu-waktu ini adalah di mana kita di dalam keadaan tenang dengan suasana yang tenang. Paling senang nak buat masa kita nak tidur.
  • Pejamkan mata
  • Bercakap dengan diri sendiri di dalam hati, apa yang nak kita berlaku esok atau bila-bila
  • Berdoa pada Allah, mintak apa yang kita nak dan hajati
  • Ulang banyak-banyak kali

Cth: Nak bangun awal untuk study 

Cakap dalam hati, “aku nak bangun pukul 3pg esok”, “aku nak studi”, “bangun siti bangun, pukul 3pg dah”, “bagus siti, berjaya bangun awal”.

Ucapkan kata-kata yang positif sahaja, spesifikkan hajat kita, ulang kata-kata tu banyak kali, sampai terlelap pun takpe. Percayalah, pukul 3pg atau mungkin lebih awal, kita akan terbangun dengan sendirinya.

Selain waktu-waktu itu, kita masih boleh aktifkan minda separa sedar kita sendiri. Bukan hanya pada waktu alpha tadi, bila-bila masa kita nak aktifkan pun boleh, tapi pastikan tiada gangguan luar la ye. Caranya adalah dengan menggunakan teknik pernafasan alpha.


Bila minda separa sedar kita banyak dimasukkan dengan elemen-elemen baik dan positif, kesannya ia akan menarik situasi-situasi baik, orang yang baik-baik, dan benda-benda yang baik kerana kesemuanya mempunyai getaran tenaga yang baik.

Tuesday, July 26, 2016

AL-KISAH BATU KURAU

Batu Kurau merupakan salah sebuah mukim di daerah Larut Matang yang terletak kira-kira 20 Km dari Bandar Taiping. Batu kurau boleh dilawati dengan melalui Jalan Besar dari Kamunting ke Batu Kurau atau dari Selama melalui Jalan Redang Panjang atau Jalan Pondok Tanjung ke Batu Kurau.

Dari sudut sejarah, Batu Kurau telah dibuka sejak tahun 1850-an lagi, apabila pemimpin Batu Kurau yang pertama iaitu Tok Amar Wan Kasa Bin Raja Hulubalang Petani telah dilantik menjadi Penghulu pada tahun 1859-1867. Dalam hal ini didapati sejarah kewujudan mukim Batu Kurau adalah sezaman dengan sejarah pembukaan dan kemajuan bandar Taiping pada tahun 1850-1857 semasa Long Jaafar menjadi pembesar di jajahan Larut (Taiping).

Menurut orang tua-tua, asal-usul nama Batu Kurau diambil sempena daripada seketul batu besar yang menyerupai ikan kurau terletak di tebing Sungai Kurau (berhampiran jambatan jalan raya Kampung Batu 14). Sungai ini berpunca daripada beberapa batang anak sungai dari Kampung Sempeneh, Anak Kurau, Changkat Lobak hingga ke Kampung Pondok Tanjung, seterusnya mengalir ke Bukit Merah dan masuk muara di Kuala Kurau, daerah Kerian.[1]

Penduduk di Batu Kurau kebanyakannya terdiri daripada orang Melayu keturunan Petani yang mempunyai pertalian darah dengan penduduk wilayah Pattani, Selatan Thai. Sememangnya orang Petani suka memilih tempat yang strategik untuk membuka kampung sesuai dengan cara hidup mereka yang bercucuk tanam dan menternak haiwan. Mereka suka tinggal di kawasan kaki bukit yang mempunyai lata sungai yang jernih airnya serta kawasan tanah pamah yang berpaya untuk menanam padi. Kawasan kaki bukit memang sesuai untuk tanaman pokok buah-buahan seperti durian, langsat, manggis, cempedak dan sebagainya; sementara lata yang mengalir ke sungai-sungai dapat membekalkan air ke sawah padi. Justeru, kehidupan orang Petani yang begitu simbiosis dengan faktor alam semula jadi ini telah menjadi satu nostalgia sebagaimana dengan serangkap lagu lama orang Petani seperti di bawah :

Ayun pak pek pak pong,
Gulai asam pedas,
Pakai baju tampung,
Lenggang bagai duras,
Duras buaya kampung,
Hilir-hilir mudik,
Mana kampung kita,
Balik sana bukit!

Justeru, walau di mana jua di negara ini, jika kita melihat pemandangan topografi seperti ini sudah pasti penduduknya adalah terdiri daripada orang-orang Petani. Sebagai contoh di negeri Perak orang Petani juga tinggal di Ijok, Selama, Bukit Gantang, Air kuning, Lenggong, Gerik dan Pengkalan Hulu; sementara di Kedah pula seperti di Baling dan juga Sik.

Nama-nama tokoh besar yang lahir dari Batu Kurau ialah seperti Allahyarham Dato’ Seri Hj. Kamaruddin B. Mat Isa mantan Menteri Besar Perak yang kelima (1970-1974) yang berasal dari Kampung Batu 16. Selain itu, Allahyarham Tuan Hj. Muhammad Saman B. Muhammad yang lebih dikenali sebagai Hj. Mat Saman Kati (1922-1995) berasal dari Kampung Relau Berdiri, Batu 16; merupakan seorang ulama terkenal dan pernah dilantik sebagai Mufti negeri Perak dari tahun 1978-1986.

Tuesday, May 17, 2016

"Memang selalu demikian saudaraku".


"Memang selalu demikian saudaraku"

Setiap perjuangan selalu melahirkan
Sejumlah pengkhianat dan para penjilat
Jangan kau gusar, saudaraku.

Setiap perjuangan selalu menghadapkan kita
Pada kaum yang bimbang menghadapi gelombang
Jangan kau kecewa, saudaraku.

Setiap perjuangan yang akan menang
Selalu mendatangkan pahlawan jadi-jadian
Dan para jagoan kesiangan.

Memang demikianlah halnya, saudaraku.
Kepada Allah SWT dipohon keberkatan dan restu.
Semoga perjuangan diberkati. Amin