Selamat menyambut tahun yang ke 1439 dalam kalendar Hijriyah. Hasil ijtihad Khalifah Umar ibnu al-Khattab, maka umat Islam mempunyai kalendarnya sendiri. Selain itu, ia menyebabkan generasi umat Islam sehingga hari ini sentiasa memperingati peristiwa hijrah Rasulullah dari Mekah ke Madinah.
Umar telah memilih tahun penghijrahan Nabi, bukan tahun kelahiran baginda, bukan tahun pengangkatannya sebagai Rasul dan bukan tahun kewafatannya, sebagai tarikh permulaan kalendar. Ia menunjukkan bahawa Umar dan sahabat-sahabat di zaman itu amat menghargai betapa pentingnya hijrah dalam seluruh kehidupan Nabi, berbanding peristiwa-peristiwa lain.
Ada banyak sunnah Rasulullah yang boleh kita ikuti, dari cara beribadah, berpakaian sehinggalah ke cara berperang. Tetapi, satu sunnah yang harus kita hidupkan ialah sunnah berhijrah. Umat Islam harus berani berubah, melakukan turning point dalam kehidupan dan mencuba kaedah dan platform baru dalam memperbaiki nasib umat.
Semoga kita semua tergolong dalam kalangan orang-orang yang berhijrah.
No comments:
Post a Comment