Tuesday, July 7, 2020

BUTANG HIJAU DAN BUTANG MERAH


BIDANG: PSIKOSOSIAL DAN KESEJAHTERAAN MENTAL MURID (PKM)

Butang Hijau 🟢 mewakili apa yang kita suka
Butang Merah 🔴 mewakili apa yang kita tidak suka (Pantang Larang)

Jadinya, murid tahu apa dia suka dan apa yang dia tidak suka.
Murid akan memberitahu rakan-rakannya tentang Butang Merahnya.

Contoh Butang Hijau:
"Setiap pagi saya akan bersalaman dengan ibu".

Contoh Butang Merah:
“Saya tidak suka orang menipu saya kerana saya akan berasa sangat marah”

Asertif Diri :
Murid akan memberitahu kepada rakan-rakan tentang Butang Merahnya supaya rakan-rakan tidak menipunya dan membuatnya marah.

Langkah-langkah:
1) Guru menerangkan mengenai maksud Butang Hijau dan Butang Merah.
2) Murid-murid mengenalpasti dan menyatakan Butang Hijau dan Butang Merah secara bergilir-gilir.
3) Guru mengedarkan kertas berwarna Hijau dan Merah kepada semua murid.
4) Murid membuat lakaran Butang Hijau dan Butang Merah pada kertas tersebut.
5) Murid mempamerkan Butang Hijau dan Butang Merah masing-masing di hadapan kelas untuk pengetahuan dan ingatan kepada rakannya yang lain.

Falsafah:
1. Murid menyedari perkara yang digemari dan tidak digemari serta dapat menyatakan dengan asertif perkara tersebut kepada rakan-rakannya.
2. Ia dapat membina keyakinan diri yang positif dan mewujudkan suasana yang sejahtera sesama murid.

No comments:

Post a Comment