Sekejam-kejam manusia bernama cikgu,
kejam lagi pengalaman. Bila dengar je berita kekejaman cikgu, muka masih mampu
tersenyum. Dalam hati terdetik, itu belum cukup kejam.
Apa bayangan kekejaman cikgu pernah
kita gambarkan? Apa perbuatan cikgu yang dianggap kejam dalam mendidik anak
murid? Kalau setakat rotan, berdiri atas kerusi, berjemur di tengah panas,
gigit telinga, itu belum cukup kejam.
Terasa hati sangatkah ibu bapa dengan
kekejaman cikgu bila cikgu suruh anaknya sapu sampah akibat membuang plastik
gula-gula merata-rata? Kalau itulah definisi kekejaman seorang cikgu, masih
boleh diperbetulkan lagi.
Pernah dengar cikgu bernama Pengalaman?
Dia lagi kejam. Kadang-kadang dia mengajar kita dengan cara yang tak terfikir
dek akal. Mengajar ilmu perniagaan
tanpa belas kasihan. Sampai terduduk anak muridnya
bila tersilap langkah.
Cikgu bernama Pengalaman yang mengajar
subjek politik juga kejam. Dia mengajar kita sampai ada yang mati. Tengok la
sejarah negara kita. Cikgu Pengalaman mengajar kita erti sebuah kemerdekaan.
Tok nenek berkorban dan terkorban dalam proses pembelajaran itu. Kita kalau
taknak diperlakukan oleh cikgu yang bernama Pengalaman ni, kenalah belajar
bersungguh-sungguh.
Lihatlah bumi sebelah Timur. Para Cikgu
sedang mengajar manusia subjek Politik. Lihatlah di barat, Cikgu Pengalaman
sedang mengajar subjek Akhlak. Lihatlah di serata dunia. Cikgu Pengalaman
mengajar dengan cara yang amat kejam.
Pengalaman Mengajar Erti Kedewasaan
Berhati-hatilah dengan Cikgu
Pengalaman. Dia ada bersama kita setiap masa. Kita sayangi dan hargai dia.
Kekejaman dia adalah satu rahmat buat kita.
No comments:
Post a Comment