Tuesday, January 19, 2010

Sebarkanlah salam.....


Amalan yang merupakan kemuliaan di sisi Allah ialah dengan memberi salam apabila bertemu di antara dua orang Islam. Perkara ini merupakan satu saranan oleh Allah ke atas hamba-Nya melalui firman-Nya:

“Apabila diucap dengan satu ucapan maka balas olehmu dengan ucapan yang lebih baik daripadanya atau jawab secara yang elok, sesungguhnya Allah ke atas setiap sesuatu akan diperhitungkan.” (Surah Al-Nisa': 86)

Melalui ayat ini Allah menyarankan agar hambanya mengamalkan ucapan yang baik ketika bertemu dengan saudara sesame Islam bagi menjaga kesejahteraan yang dianugerahkan oleh-Nya. Dengan demikian umat Islam hendaklah memberi salam. Setiap kali bertemu saudaranya iaitu yang terdiri daripada orang orang Islam sama ada kenal ataupun sebaliknya. (Rujuk Al-Razi: 544, 604H, hlm. 169. juzuk 10. Dalil yang menegaskan kenyataan di atas melalui hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Urnar:

‘Bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. yang mana satu antara amalan dalam Islam itu lebih baik? Jawab Rasulullah, Kamu memberi makan kepada orang yang memerlukannya dan mengucapkan salam ke atas sesiapa yang kamu kenal dan yang tidak kenal’ (Riwayat Bukhari Dan Muslim)


Cara Memberi Dan Menjawab Salam Serta Ganjarannya

Cara salam yang disyariatkan pada awal pertemuan diucap dengan salam:
-‘Selamat sejahtera atas kamu dan rahmat Allah serta keberkatannya.’
- Dan dijawab oleh saudaranya dengan berkata:‘Dan ke atas kamu selamat sejahtera dan rahmat Allah serta keberkatannya.’

Memadai juga dengan kata bererti "kesejahteraan ke atas kamu" dan setiap jawapan ini akan mendapat ganjaran pahala, mengikut kadar ucapannya, iaitu sepuluh pahala atau kebaikan, jika ditambah "warahmatullah" akan digandakan lagi sepuluh pahala dan sekiranya ditambah "wabarakatuh" maka akan diberi tiga puluh pahala atau kebaikan kepadanya. Begitulahjuga sebaliknya bagi yang menjawab. Ganjaran pahala memberi dan menjawab salam ini telah dinyatakan dalam. hadis yang diriwayatkan oleh A'mran bin Hussaini.

Telah datang seorang lelaki kepada Nabi s.a.w. dan berkata, ‘Assalamualaikum’. Maka Rasulullah menjawab salam kemudian dia duduk. Maka Rasulullah berkata sepuluh pahala kemudian datang yang lain memberi salam dengan berkata ‘Assalamualaikum warahmatullah’, lalu Rasulullah jawab salam tadi, dan berkata dua puluh pahala. Kemudian datang yang ketiga terus berkata ‘Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh’. Rasulullah pun menjawab salam tadi dan terus duduk, maka Rasulullah berkata tiga puluh pahala. (Riwayat Oleh Abu Daud Tarmizi: Hadis Hasan)

Sekiranya kita renung di sini, didapati amat besar ganjaran pahala yang diberi oleh Allah kepada pemberi dan penerima salam yang telah diajar melalui sunnah Rasulullah s.a.w. di samping mengerat siratulrahim sesama Islam.

Salam Ke Arah Keutuhan Ummah

Berdasarkan demikian apakah pengertian dan maksud salam?

Salam bermakna memberi keamanan. Sewaktu kalimah salam diucap terhadap sescorang muslim dengan berkata sesungguhnya kita mengqasat dan mendoakan dijiwanya mempunyai ketenangan, ketenteraman, gembira dan bahagia sepanjang masa, begitu juga sebaliknya harapan dari yang menjawab terhadap pemberi salam. Dengan demikian terlerailah segala perasaan hasad dengki, dendam kesumat dan sebagainya, sebaliknya tersemai dan terjalinlah perasaan persaudaraan antara satu sama lain. Kemanisan wajah yang tersenyum manis dan keramahan yang diadunkan dengan gerak geri beradab, sopan santun bersama kehalusan budi akan mengeratkan tali persaudaraan dengan adanya kalimah salam yang diucapkan. Maka di kala itu, bayangan persengketaan jauh sekali. Itulah amalan muslim ke arah keutuhan umah. (Rujuk Al-Hafiz Zakiyuddin Abdul 'Azmi bin 'Abdul Qauni Al-Munzari 1987M bersarnaan 1407H. 426-428)

Hukum Memberi Salam

Salam merupakan asas bagi setiap muslim dan muslimah yang perlu diketahui dan dijadikan pegangan serta amalan dalam pergaulan harian. Hukum memberikan salarn itu adalah "sunat" dan Nabi Muhammad s.a.w. melakukan demikian serta melazimi dan membiasakan diri dengan memberi salam. Manakala hukum menjawab salam pula adalah "wajib" iaitu sekiranya tidak menjawab hukumnya berdosa. (Rujuk Imam Al-Hafiz Abi Muhd. 'Abdul Rahman b. 'Abdul Rahim. 1353H. 469)

Maka di sini berdasarkan firman Allah yang tersebut di atas iaitu:

“Dan apabila diucap dengan satu ucapan maka balas olehmu dengan ucapan yang lebih baik daripadanya atau jawab secara yang elok. Sesungguhnya Allah ke atas setiap sesuatu akan di perhitungkan.” (Surah Al-Nisa': 86)

Melalui ayat ini Allah menyuruh kita mengucapkan sesuatu yang baik dan bermakna seperti salam atau seumpamanya yang menandakan penghormatan terhadap orang lain seperti tabik, lambaian tangan dan sebagainya. Maka dengan itu kita hendaklah membalasnya dengan sebaik mungkin kerana Allah Maha Mengetahui tentang segala yang dilakukan oleh hamba-Nya sama ada melalui amalan dan niat. Inilah yang dihitungkan ke atas hamba-Nya. Dari ayat di atas Rasulullah s.a.w. menjelaskan melalui sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah berbunyi begini:

‘Memberi salam oleh yang berkenderaan ke atas yang berjalan, yang berjalan ke atas yang duduk, yang sedikit ke atas yang hanyak dan pada satu riwayat yang kecil ke atas yang besar". (Riwayat Al Bukhari)

Hadis ini rnemberi pengajaran bahawa salam itu merupakan satu penghormatan dari seorang kepada orang lain dalam Islam. Ucapan salam, itu tidak semestinya dilakukan dengan perkataan tetapi juga boleh dilakukan dengan isyarat seperti membunyikan hon kenderaaan ketika mernandu. Dengan perkataan lain ucapan salam ini boleh dilakukan melalui pelbagai cara mengikut keadaan waktu dan tempat. (Rujuk Syamsul Al-Haq Al-Azim. Al-Abadi 1979, hlm. 100-101)

Peringatan

Selain itu sebagai peringatan, apabila seorang lelaki memberi salam kepada seorang wanita yang mana pemberi salarn itu tidak dikenali, maka hendaklah dipastikan terlebih dahulu tujuannya. Mungkin mereka hendak menggoda atau sengaja nakal hendak mengusik dan sebagainya. Maka dalam keadan begini salam tersebut tidak wajib dijawab pada syarak, kerana ia akan membuka peluang untuk lelaki tadi mendekati wanita serta menyempurnakan niat jahat yang boleh mendatangkan padah kepada kaum wanita, berdasarkan kaedah feqah iaitu menolak keburukan perlu diawasi terlebih dahulu daripada mencari sebarang kebaikan.

Bersalaman

Bersalaman atau berjabat tangan dalam kehidupan seharian lebih menjurus kepada adat atau kebiasaan sahaja, namun kita tidak pernah mendalami hakikat sebenar melalui syariat Islam. Maka di sini saya ingin menjelaskarmya melalui hadis Rasulullah s.a.w., yang dilakukan oleh Rasulullah dan sahabat sahabatnya serta jaminan ganjaran yang diberi oleh Allah terhadap dua saudara Islam bila bersalaman antara satu sama lain ketikamana mereka bersua dan di mana sahaja mereka berjumpa.

Peranan Bersalaman Dalam Kehidupan Muslim

Peranan bersalaman boleh dikatakan sebagai satu penghormatan atau tanda kemesraan antara individu dengan yang lain ketika mereka bertemu. Maka eloklah kedua duanya bersalaman atau berjabat tangan kerana perbuatan itu akan membuahkan kemesraan dan kasih sayang, perkenalan dan persahabatan serta mendapat ganjaran pahala yang besar di sisi Allah ke atas hamba-Nya. Berdasarkan dalil yang telah ditegaskan olch Rasulullah dengan sabdanya:

‘Sesungguhnya seorang muslim itu apabila bertemu saudaranya lalu bersalaman oleh kedua duanya, maka gugurlah dosa mereka sepertimana berguguran daun dari pokok yang kering ditiup angin kencang, melainkan kedua duanya diampunkan segala dosa mercka walaupun banyak seperti buih di lautan.’ (Riwayat Thibrani)

Begitu juga apabila tiba masanya sescorang sahabat dari perantauan disambut olch keluarga dan saudara mara, sahabat handai, maka tidak mengapa sambutan itu dilakukan dengan saling bersalaman dan berpelukan sebagai tanda kegembiraan sepertimana hadis Rasulullah s.a.w.:

‘Keadaan sahabat Rasulullah apabila mereka bertemu mereka bersalaman dengan berjabat tangan, dan apabila mereka menyambut kepulangan yang jauh mereka berpelukan.’ (Riwayat Abu Daud)

Oleh yang demikian syariat tetap mengakui bahawa bersalaman atau berjabat tangan memainkan peranan penting ke arah pengukuhan ummah dengan jalinan silaturahim antara satu sama lain, sepertimana yang diterangkan dalam hadis yang lain.

‘Apabila bertemu antara dua orang muslim lalu kedua duanya bersalaman dan memuji Allah lalu kedua duanya meminta ampun kepada Allah, Allah mengampunkan dosa kedua duanya.’ (Riwayat Abu Daud)

Hadis ini memberi fahaman kepada kita bahawa persaudaraan Islam memainkan peranan yang amat besar dalam mengukuhkan sesuatu masyarakat dan bangsa itu sendiri ke arah menjalinkan perpaduan kaum secara sihat dan harmoni serta dalam keredhaan Allah selalu. Hal ini sepertimana dijelaskan melalui hadis di atas. Namun demikian perlu diingatkan bahawa bejabat tangan itu hanya dibolehkan lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan sabaja.

Di samping itu Islam membolehkan bersalaman antara lelaki Islam dengan lelaki bukan Islam. Begitujuga perempuan Islam dibolehkan bersalaman dengan perempuan bukan Islam, dengan maksud supaya tidak rasa kecil hati atau tersisih serta bertujuan bagi mewujudkan perpaduan ke arah keamanan hidup semata-mata.

Hukum Bersalaman Lelaki Perempuan

Syariat Islam melarang sama sekali untuk bersalaman antara lelaki dan perempuan yang tidak ada pertalian persaudaraan. Ringkasnya yang batal air sembahyang dan dibolehkan berkahmin, melainkan dengan berlapik. Apa yang dinyatakan di atas berdasarkan mazhab Syafie dan juga telah dinyatakan oleh Sheikh 'Athiah Saqar dari Majlis Fatwa Al Azhar dengan katanya berdasarkan kaedah mazhab Syafie:

‘Tidak halal bersalarnan antara lelaki dan perempuan melainkan dengan berlapik.’

Ini berdasarkan ayat al Quran yang berbunyi:

“Ataupun kamu sentuh wanita maka tiada kernudahan air untuk kamu berwuduk maka hendaklah karnu tayammum dengan tanah yang suci.” (Surah Al-Nisa': 43)

Berdasarkan ayat ini mengilcut mazhab Imam Syafie adalah batal wuduk sekiranya bersentuh lelaki dengan perempuan, maka dengan demikian adalah haram bersentuhan dengan sengaja sama ada secara bersalaman atau lainnya. Sama ada dengan rasa keinginan atau tidak, bersalaman tidak boleh kecuali dengan berlapik atau beralas.

Manakala jumhur, iaitu (Hanafi, Maliki dan Hambali) berpendapat tidak mengapa sekadar bersalarnan antara lelaki dan perempuan sekiranya tidak ada keinginan nafsu antara mereka.

Walau bagaimanapun menurut fatwa Sheikh Mohd Mutwalli al-Sha'rawi menyatakan bahawa tidak digalakkan bersalaman antara lelaki dengan perempuan sekalipun disertakan dengan niat sekadar bersalaman sahaja. Kerana ini adalah peraturan dari hukum syarak ditakuti akan wujud bibit-bibit keinginan nafsu syahwat melalui antara dua tangan yang bersalaman tadi. (Rujuk Muhd. Mutwali Al-Sya'rawi. T.T. 157).

Menurut mazhab Syafie seandainya bersalaman tanpa lapik adalah berdosa kerana sentuhan di antara dua tangan yang bukan mahramnya (bukan ibu bapa atau saudaranya) wajiblah beristighfar dan bertaubat memohon keampunan dari Allah. (Rujuk Al-Imam Abi Zakaria Yahya bin Syarafi Al-Nawawi Al-Demsyacli. 1992. hlm. 185-186).

Masalah ini jika hendak diperkatakan dianggap sesuatu yang ringan dan remeh di kalangan orang Islam. Sebenamya ia adalah besar dan berat di sisi Allah dan di sudut akhlak orang Islam, lebih-lebih lagi di kalangan anak-anak muda dan remaja kerana ini membawa saharn kepada gejala gejala yang lebih besar. Sebab itulah dari menularnya permasalahan yang lebih besar maka jalanjalan yang mendorong ke arahnya mesti dihalang terlebih dahulu. Soal ini ditegaskan berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Ma'qal bin Yasar telah menceritakan bahawa Rasulullah pernah bersabda dengan katanya:

‘Sekiranya ditikam di kepala seseorang kamu dengan sebatang besi adalah lehih haik baginya dari menyentub kulit wanita yang tidak halal untuk disentuh.’ (Riwayat Baihaki)

Hadis ini menunjukkan bahawa syariat Islam menegah sama sekali menyentuh jasad wanita yang sihat dan sempurna serta normal, kecuali apabila wanita itu didapati sakit atau memberi pertolongan cemas ataupun dengan maksud mengubat, maka ini dibolehkan di sisi syariat sekadar yang sepatutnya dengan ertikata memberi pertolongan serta disaksi olch orang lain iaitu bukan herdua duaan dan tidak sekali kali melampaui batasan. (Rujuk Muhd. 'Abdul Raof Al-Manawi. 1972. hlrn. 258)

Cara Memberi Salam Antara Lelaki Dan Wanita

Suka dinyatakan di sim bahawa Rasulullah s.a.w. sentiasa memberi salam kepada kaum wanita dengan ucapan ‘Assalamualikum’ serta memberi isyarat sebagai penghormatan dengan mengangkat tangan sahaja dan tidak bersalaman dengan berjabat tangan. Soal ini telah diceritakan oleh Asma' binti Yazid melalui sepotong hadis:

‘Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah melambai di perkarangan masjid pada suatu hari didapati sekumpulan kaum wanita sedang duduk di sisi masjid. Maka Rasulullah s.a.w. mengangkat tangannya sebagai tanda penghornnatan dengan mengucapkan kalimah salam.’ (Riwayat Tarmizi)

Demikianlah perbezaan amalan bersalaman antara lelaki dan perempuan namun ganjarannya adalah sama di sisi Allah dengan mendoakan semoga selamat sejahtera, asalkan salam yang diberi itu betul dan ikhlas, Allah sahaja yang membalas.

No comments:

Post a Comment